Rakam Tiap Detik Bermakna Dengan Vivo V17 Pro

by - October 11, 2019

Nak tak nak zaman sekarang, memiliki telefon pintar bukan sekadar hanya satu keinginan tapi adalah sebuah keperluan terutama bagi mereka yang bekerja dalam bidang aku. Setiap penceritaan perlu disertakan gambar menarik dan untuk setiap gambar menarik perlulah menggunakan kamera yang cantik, jelas dan canggih!

Disebabkan itulah, baru-baru ini aku melapangkan jadual harian aku untuk ke majlis pelancaran telefon pintar terbaru dari Vivo iaitu Vivo V17 Pro. Saja aku ke sana untuk melihat sendiri bagaimana hebatnya Vivo V17 Pro yang hangat diperkatakan sekarang.


Dan..ternyata aku mula jatuh hati dengan Vivo V17 Pro sebab ye betul! gambar yang diambil menggunakan V17 Pro ni sangat jelas dan cantik walaupun hanya sekadar gambar selfie!.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Vivo Malaysia iaitu Mike Xu "Penciptaan V17 Pro sekali lagi mempamerkan pendekatan inovasi kami yang mementingkan pengguna. Peranti baharu dalam siri V ini tersedia dengan sistem kamera yang menakjubkan pada kedua-dua muka peranti dan ia bertujuan untuk memperkasakan pengguna untuk pengambilan gambar melampaui imaginasi"..perghh..patut la lawa sangat gambar yang diambil menggunakan V17 Pro ni.

Jom, aku kongsikan dengan korang apakah ciri-ciri menarik yang direka khas oleh Vivo V17 Pro ni yang menyebabkan korang akan mempertimbangkan untuk memiliki telefon pintar yang hebat ini.


Dwi-Kamera Depan Jenis Pop-Naik Beresolusi 32MP untuk Pengambilan Swafoto Yang Sempurna Pada Setiap Masa

Menariknya tentang Vivo V17 Pro ini ialah kamera depannya kini ditambah baik dengan menampilkan dwi-kamera depan yang premium, earpiece dan Selfie Softlight.

Kamera depannya ialah 32MP dan sudut lebar swafoto pula 8MP, sudut lebar swafoto 8MP mampu menangkap gambar dari sudut lebar hingga 105 darjah, menyenangkan lagi pengambilan gambar berkumpulan.


Bagi mereka yang suka berselfie pula, Vivo V17 Pro menyediakan Selfie Softlight untuk gambar yang terang walau dalam gelap dan ciri eksklusif Vivo iaitu Super Night Selfie yang menyediakan penangkapan pemidang yang berbilang yang kemudiannya digabungkan untuk menghasilkan imej terakhir yang menonjolkan wajah pengguna dengan hanya satu klik.



Penghasilan Kualiti Fotografi Yang Canggih dengan AI Kuad Kamera 48MP

Kamera utam Vivo V17 Pro ini 48MP 6P di mana setiap gambar yang diambil akan lebih jelas. Malah Vivo V17 Pro turut dilengkapi dengan Super Wide-Angle di mana korang akan dapat gambar yang lebih luas untuk setiap gambar yang korang ingin abadikan. 

Untuk melengkapkan lagi pilihan penggambaran professional, V17 Pro juga tampil dengan 2 ciri yang menarik untuk kecantikan, iaitu Pose Master yang menyediakan lgak aksi yang semulajadi untuk dipadankan dengan pelbagai jenis pemandangan dan juga Super Night Mode yang bertujuan untuk meningkatkan kejelasan gambar yang ditangkap pada waktu siang mahupun malam.



Pengalaman Visual Yang Tidak Terganggu Dengan Kamera, Earpiece & Sensor Yang Tersembunyi.

Pengguna boleh menikmati kepuasan tontonan dengan rekaan eksklusif Super AMOLED Ultra Fullview Display yang berukuran 6.44 inci dengan nisbah 20:9, dimana nisbah skrin ke badan adalah 91.65%. Paparan tanpa gangguan ini direka dengan bijak untuk menyembunyikan dwi-kamera depan jenis pop-naik, earpiece, nyalaan dan sensor jarak ke dalam badan peranti. Ia merupakan rekaan yang begitu cemerlang demi penghasilan kepuasan visual yang dapat meningkatkan pengalaman mudah alih para pengguna.

Pernti ini juga dilengkapi dengan teknologi pengimbasan cap jari dala skrin. Dengan ketumpatan piksel cap jari yang lebih tinggi dan algoritma yang lebih canggih, pengguna boleh membuka kunci peranti dengan mudah dan selamat.

Prestasi Perkakasan Yang Kukuh Untuk Penggunaan Yang Lancar Pada Setiap Masa.

Ini pula berita baik untuk peminat permainan video sebab V17 Pro ini telah dilengkapi dengan Game Mode untuk menghasilkan pengalaman permainan video yang lancar. Teknologi pecutan Multi-Turbo akan secara aktifnya menaikkan taraf sistem operasi peranti untuk memastikan kepuasan pengguna.

Peranti ini juga dilengkapi dengan Game center yang membolehkan pengguna menyemak prestasi peranti untuk memastikan pengalaman permainan yang memuaskan. V17 Pro juga menyediakan Voice Changer untuk menyeronokkan lagi pengalaman waktu permainan dengan penukaran suara untuk menyamai watak-watak pemain.

V17 Pro dijana dengan cip Qualcomm Snapdragon 675 AIE bersama 8GB RAM + storan dalam 128GB yang memastikan kelancaran prestasi pengendalian aplikasi dan sistem pada bila-bila masa. Kapasiti bateri 4100mAh dengan sokongan teknologi pengecasan pantas dwi-enjin memastikan peranti mempunyai ketahanan yang tinggi untuk penggunaan yang berpanjangan dan selamat.

Harga Mampu Milik

Vivo V17 Pro ini telah didatangkan dalam 2 pilihan warna yang menarik iaitu Knight Black dan Crystal White.

Pilih la mana-mana satu warna menarik pilihan korang dan bayar dengan harga cuma RM1,699!





You May Also Like

1 comments

  1. Tak sabar nak beli Vivo V17 Pro ni. Selalu dengar masa pentas Big Stage je. Nanti nak try selfie lah

    ReplyDelete