Biar Betul?? Berbelanja RM30 Dapat Menang Emas di Chapayom Malaysia!!

by - September 12, 2019

Semenjak dua menjak ni aku tengok ramai kawan-kawan aku dok serbu Chapayom. Tertanya jugak la kan..apa yang menarik sangat di Chapayom tu. Sampai la semalam bila aku sendiri 'turun padang' gi
Chapayom Central i-City Mall barulah aku tahu kenapa kawan-kawan aku dok serbu Chapayom ni.



Pelbagai Hidangan Menarik di Chapayom

Semalam aku berkesempatan ke Central i-City Mall yang terletak tak jauh dari rumah aku. Usai ke sana terus je aku ke Chapayom sebab nak tengok sendiri apa yang menariknya di sini. Sampai je ke Chapayom terus aku tertarik dengan beberapa menu yang pada kiraan aku nampak sangat menarik dan harga pun sangat berpatutan.

Oleh sebab semalam aku datang bertiga dengan kakak dan anak saudara aku, jadi kami sepakat untuk mencuba beberapa menu. Jom aku sharekan dengan korang apa menu yang dah aku cuba di Chapayom ni.

1. Thai Cocoa With Egg Pudding

Sumpah! Sedap giler wei minuman Thai Cocoa With Egg Pudding ni. Memang kaya dengan rasa koko yang enak ditambah pula dengan rasa puding yang sejuk di tekak. Kalau korang datang ke Chapayom ni aku memang rekemen sangat korang amik minuman ni!

Harga : RM9.90


2. Thai Milk Green Tea 

Ni pun minuman wajib yang korang kena cuba! Menggunakan daun teh premium, Thai Milk Green Tea memang betul-betul kaw! Korang boleh pilih topping mengikut kesukaan korang sama ada pearls, special grass jelly, sour jelly atau pun red bean. Macam aku semalam, aku pilih pearls.

Harga : RM9.90


3. Red Thai Tea

Aku tau ramai peminat teh kat sini kan? Menggunakan premium grade Thai Tea, rasa teh yang enak dan syahdu ditekak ini bertambah enak bila ditambah pearls.

Harga : RM9.90


4. Mango Sticky Rice

Tak sah la kalau pergi ke kedai yang menghidangkan makanan Thai tak order Pulut Mangga ni kan? Padanan pulut, mangga dan santan yang jadi kegemaran ramai.

Harga : RM11.90


5. Jackfruit Sticky Rice

Pernah makan bah nangka yang berintikan pulut? Ha..kalau tak pernah, korang wajib cuba menu ni! Memang sedap ditambah pula berkuahkan santan pekat...yummy..

Harga : RM8.90


6. Papaya Somtum

Somtum kat Chapayom ni memang sedap cuma sedikit pedas bagi mereka yang tak tahan pedas

Harga : RM7.90


7. Thai Imported Noodles

Ni pun menu wajib cuba bagi mereka yang gemarkan tomyam. Rasa tomyam dia yang padu memang sangat menikam jiwa!

RM7.90


8. Flakey Canai Soft Serve with Brown Sugar Boba

Ni pula menu rare yang patut korang cuba! Seriously..sedap wei gabungan rasa roti canai yang dihidang bersama ais krim dan boba. Lebih menarik lagi ialah aiskrim yang mereka hidangkan tu adalah resipi adunan mereka sendiri tanpa menggunakan sebarang serbuk. Teh yang mereka gunakan untuk dijadikan aiskrim pula ialah teh yang dibancuh sendiri menggunakan Thai premium tea! Memang terangkat beb! Ditambah pula brown sugar boba..perghh..mertua lalu pun tak sedar wei!


9. Popcorn Chicken with Thai Sweet Sauce / Cheese Sauce

Semalam, aku berebut dengan anak saudara aku si Awsam popcorn chicken ni. Menarik tentang popcorn chicken yang dihidangkan di Chapayom ini ialah popcorn chickennya tak keras malah ayam digoreng lembut dan sangat juicy. Cicah pulak dengan cheese dan sos manis Thai..perghh..berebut wei aku dengan budak umur 10 tahun hahaha..


Chapayom Malaysia di Central i-City Mall

Macam yang aku bagitau dari awal, Chapayom ni terletak di aras LG di Central i-City Mall. Nak cari pun senang je, berdekatan dengan Village Grocer.

Stall Chapayom pun sangat selesa, dan agak luas untuk korang makan beramai-ramai bersama keluarga, rakan taulan dan saudara mara.


Belanja RM30 & Berpeluang Memenangi Solid Gold Bar!

Pergh..menariknya lagi di Chapayom ni ialah jika korang berbelanja RM30 korang akan berpeluang utuk memenangi solid gold bar wei! Untung laaa..makan sedap, minum sedap pastu boleh menang emas pulak kan? Tapi korang kena gi cepat tau! Jangan lengah-lengahkan masa pulak sebab nanti terlambat pulak nak menangi solid gold bar dari Chapayom Malaysia ni.


Sedikit Tentang Chapayom 

Chapayom bermula sebagai gerai kecil sehinggalah berkembang dan mempunyai sebanyak 1500 cawangan. Bermula 7 tahun lepas, Chapayom mula berkembang sehingga membuka cawangan ke Indonesia, Australia, Myanmar dan terkini di Malaysia.

Bukan setakat itu sahaja, CHAPAYOM yang berasal dari perkataan CHA yang membawa maksud TEH dan PAYOM yang membawa maksud POKOK BERTUAH (FORTUNE TREE/LUCKY TREE) ini bakal membuka cawangan mereka di Singapura dan Brunei juga.

Bagi korang yang berminat untuk merasai keenakan rasa Thai Tea sebenar boleh la melangkah masuk ke :

Chapayom
LG K01, Central i-City Mall,
Shah Alam, Selangor

Tel : 017-3720298



You May Also Like

10 comments

  1. Menempel lagi lah kita kat blog Kak Min hahaha. Hari tu komen kat post akak pasal chapayom ni. Hujung minggu ni kita pegi tryyyy yg akak suggest hari tuuu!

    ReplyDelete
  2. mak aihh sedap sungguh tengok Thai tea ni dengan noodle ni..dah la kita ni peminat makanan Thai tapi jauh nau moga2 dia buka la cawangan kat area KL ni..

    ReplyDelete
  3. Semua makanan nampak sedap belaka. Dengan harga yang mampu milik memang akan menjadi pilihan masyarakat kita. Terima kasih share lokasi

    ReplyDelete
  4. Sedapnya green tea ni. Sedapnya tengok semua gambar. Apa ni apa ni. Nur terliur tengok malam2. Macam mana nak tidur kalau macam ni. Pulak tu dpt join cuba rezeki 1g emas pulak tu. Pandai chapayom punya marketing strategy...

    ReplyDelete
  5. Best ye dpt bawak balik gold lagi.tapi halal ke air boba yang ni.first time dengar .takot pulak nak Cuba yang tak ada tanda halal ni

    ReplyDelete
  6. makanan dah la semua sedap. ada peluang nak menang mas pulak. allahu. kalau dapat pergi ni best. terliur kat pulutnya tu.

    ReplyDelete
  7. nie kedai makan baru nie. first time dengar tapi ramai beri feedback positif. i guess menu dorg sedap2. nanti kalau dtg ke shah alam nak cuba lah datang ke Chapayom nie.

    ReplyDelete
  8. I miss Thai milk tea, their tea is really nice and addicting. Wow they serve some other nice yummy food too, time to drop by for some food and yummy Thai Milk Tea.

    ReplyDelete
  9. Tak pernah Cuba lagi tapi Bila terbaca blog Kak min, terus lapar perut saya. Adehh... Terliur nampak food gambar tu...

    ReplyDelete
  10. seriously belanja rm30 je kak. nak kena cuba nasib ni kot-kot ada rezeki kan.

    ReplyDelete