Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

Terengganu sememangnya terkenal sebagai destinasi tumpuan pelancong baik dari dalam mahupun luar negara. Namun begitu, kebanyakan pelancong banyak tertumpu ke pulau-pulau yang terdapat di Terengganu..tapi tahukah korang, selain mempunyai pulau yang cantik, Terengganu juga mempunyai banyak lagi destinasi pelancongan yang korang wajib ketahui.

1. Kampung Mangkuk, Setiu


Kampung Mangkuk terletak berhampiran Pantai Penarik dan mempunyai tarikan tersendiri dan keindahan semulajadi yang masih belum terusik dek projek pembangunan, menjadikan ia antara lokasi yang perlu dilawati.


Aku sempat melawat sekitar Kampung Mangkuk pada lawatan ke Terengganu pada minggu lepas. Seriously kampung ni cantik sangat dan memang lokasi insta worthy. Aku sendiri tak lepaskan peluang untuk bergambar di sini dan hasilnya memang meletop!

Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

2. Terrapuri Heritage Village


Terrapuri Heritage Village telah dibangunkan sejak 2011 dan terletak di Kampung Mangkuk, Setiu. Terrapuri Heritage Village adalah sebuah resort yang menempatkan rumah Melayu Tradisional Terengganu.


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu


Resort yang terdiri dari 29 buah rumah mempunyai ciri antik dan klasik berusia ratusan tahun dipelihara dan disusun atur sebaiknya. Terrapuri dan kawasan persekitarannya diilhamkan dari istana Terengganu pada abad ke-17. 


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu


Bukan sahaja dijadikan resort penginapan, Terrapuri yang bermaksud The Land of Palace (Tanah Istana) turut membuka peluang untuk orang ramai melawat resort mereka namun dikenakan sedikit bayaran. Malah Terrapuri turut membuka pintu resort mereka untuk photo shoot perkahwinan dengan bayaran sebanyak RM500 untuk setengah hari.


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

3. Rumah Botol


Terletak di Setiu, Rumah Botol mula ilhamkan oleh Tengku Mohd Ali atau lebih dikenali sebagai Ayah Ku. Bermula dengan usaha murni beliau yang enggan melihat para pelancong tercedera ketika menikmati keindahan pantai di Terengganu yang berjalan menyelusuri pantai berkaki ayam, Ayah Ku mula mengutip botol-botol yang terpakai untuk dibuang.


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu


Namun begitu, setelah mendapati setiap botol mempunyai ciri unik tersendiri..akhirnya Ayah Ku mula mengumpul dan menjadikan botol-botol tersebut sebagai koleksi. Sehingga kini terdapat lebih 7,000 botol di dalam simpanana beliau dan mula dipamerkan.


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu
Antara koleksi kesayangan Ayah Ku


4. Dusun Warisan Pelong, Sg. Tong


Dusun seluas 20 ekar ini membuka peluang kepada para pelancong dan penduduk tempatan untuk menikmati segala jenis buah-buahan tempatan yang ada di sini dengan bayaran sebanyak RM50 sekepala. Korang boleh menikmati segala macam buah-buahan tempatan yang ada di sini seperti manggis, rambutan, pulasan, durian, dokong, duku, langsat, salak Terengganu dan pelbagai lagi.


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu


Dusun Warisan Pelong ini turut menyediakan pakej makan tengahari di dusun. Pengunjung bukan sahaja takat boleh menikmati buah-buahan tempatan dan makan tengahari menu masakan Melayu tetapi juga dapat bermain sungai di sini.


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu
Hidangan masakan menu ala kampung yang kami sempat jamah umbut sawit masak acar, ayam kampung goreng, masak lemak umbut sawit dan sambal belacan


5. Rumah Warisan Haji Su


Terletak di Kampung Losong, Rumah Warisan Haji Su ini adalah peninggalan Allahyarham Haji Su Mohammed Salleh bin Haji Mohammed iaitu seorang tokoh yang sangat berpengaruh dan merupakan pedagang kaya yang telah banyak memberikan sumbangan kebajikan di kampung Losong ini.


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu


Rumah kepunyaan Allahyarham Su Mohammed Salleh Mohammed ini dibina pada 1850 bercirikan reka bentuk rumah Limas Belanda dan rumah Bujang Berpeleh Kembar Tiga yang berkait rapat dengan identiti negeri Terengganu.


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu


6. Tempat Pemprosesan Keropok Lekor, Losong


Kampung Losong memang terkenal sebagai tempat pemprosesan keropok lekor di Terengganu. 


Keropok lekor atau keropok batang merupakan sejenis makanan tradisional pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya di Terengganu yang terkenal. Perkataan "Lekor" bermaksud "Lingkar" dalam bahasa Melayu Terengganu yang menggantikan ejaan "ar" kepada "or" di akhir suku kata. Oleh itu maksud Keropok Lekor ialah Keropok yang berlingkar. Keropok diperbuat daripada isi ikan laut dan campuran sagu dan sedikit garam. Terdapat juga keropok yang dicampurkan dengan tepung kanji. Keseluruhan ramuan tersebut akan diuli dan digentel panjang bertali, sebelum direbus didalam air panas.


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

7. Drawbridge/Jambatan Angkat Terengganu


Drawbridge ini adalah tarikan terbaru di negeri Terengganu Darul Iman ini.

Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

Jambatan Angkat Terengganu atau Terengganu Drawbridge merupakan sebuah jambatan imbang yang terletak di Kuala TerengganuTerengganuMalaysia. Ia merupakan jambatan keempat di kawasan bandar Kuala Terengganu yang menyeberangi Sungai Terengganu selepas Jambatan Sultan MahmudJambatan Manir dan Jambatan Pulau Sekati.

Jambatan Angkat Terengganu merupakan sebuah projek dalam inisiatif Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER). Jambatan imbang sulung di Malaysia ini dibina oleh Zelan Construction Sdn Bhd dengan menelan belanja RM248 juta. Kerja pembinaan bermula pada Ogos 2014 dan disiapkan pada pertengahan tahun 2019. Jambatan angkat ini juga merupakan sebahagian daripada projek pembangunan Kuala Terengganu City Centre (KTCC).

Jambatan Angkat Terengganu dibuka untuk tempoh percubaan dari 2 hingga 17 Jun sewaktu musim perayaan Aidilfitri, kemudian ditutup semula untuk memberi ruang kepada kerja-kerja ujian dan penambahbaikan. Akhirnya ia dibuka kepada kenderaan dan pejalan kaki pada 1 Ogos 2019.

Aku sangat bernasib baik kerana berpeluang untuk menyaksikan keindahan Drawbridge ini dari dalam cruise yang membawa kami menyaksikan keindahan Terengganu. Bertuah juga kerana aku sempat mengabadikan gambar di sini.


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu


8. Kampung Jambu Bongkok


Kampung Jambu Bongkok adalah sebuah perkampungan nelayan yang terletak di daerah Marang. Masih terpelihara dari sebarang pembangunan, menjadikan Kampung Jambu Bongkok ini unik dan sering mendapat perhatian. 


Kalau tak silap aku, di sinilah penggambaran salah satu filem lakonan Zizan Razak tapi aku tak pasti filem yang mana satu. Tapi percayalah, korang takkan menyesal datang ke Kampung Jambu Bongkok ni sebab bagi korang yang suka bergambar, tempat ni memang insta worthy sangat!


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu
  
Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu


9. Tempat Pemprosesan Nisan Nira


Nisan Nira sangat terkenal di Pantai Timur. Nisan adalah singkatan dari perkataan MANISAN. Gula Nisan atau Nisan Nira ni tak jauh bezanya dari gula melaka namun dihasilkan dari manisan nira kelapa.


Kalau berkesempatan, datanglah sendiri ke Kampung Batangan, Marang, Terengganu ini bagi menyaksikan sendiri cara pemprosesan gula nisan. Nisan yang asli menggunakan 100% nira dijual pada harga RM4 sekeping.


Pada lawatan aku ke Terengganu yang lepas, aku berkesempatan melawat ke tempat memproses gula nisan di Manis Sokmo Enterprise. Bukan setakat menghasilkan gula nisan, Manis Sokmo Enterprise turut menghasilkan dodol daun palas, candy kelapa dan juga air nira kelapa asli.


Kalau korang berminat untuk melihat dengan lebih dekat, datanglah ke Manis Sokmo Enterprise yang terletak di Kampung Batangan, 21600, Marang, Terengganu


Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu


10. Warisan Sari


Warisan Sari adalah tempat mempersembahkan persembahan tradisional seperti gamelan. Dibuka pada setiap hujung minggu untuk pengunjung, Warisan Sari tidak mengenakan sebarang bayaran pada pengunjungnya. 


Warisan Sari terletak di Lot 20237 (sebelah Sek. Keb. Tok Jembal), Jalan Tok Jembal, 21300 Kuala Nerus, Terengganu.


Kedatangan kami pada minggu lalu ke Warisan Sari sangat bertuah kerana kami telah dipersembahkan dengan persembahan gamelan oleh Kumpulan Gamelan Sri Gelam Ratna Kusuma dari Sekolah Kebangsaan Tanjung Gelam.

Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu


Bagi yang tidak tahu tentang sejarah gamelan, nah aku kongsikan petikan gamelan yang aku ambil dari wikipedia.


Perkataan "gamelan" berasal daripada perkataan Jawa "gamel", bermaksud memukul ataupun tukul. Gamelan diperkenalkan ke Pahang ketika pemerintahan Sultan Ahmad Muadzam Shah. Tengku Ampuan iaitu Wan Fatimah telah meningkatkan muzik gamelan dan diikuti oleh isteri kedua Sultan iaitu Che Bedah. Puteri mereka iaitu Tengku Ampuan Mariam telah berkahwin dengan Sultan Sulaiman Badrul Alam Syah pada 1913, dan telah membawa gamelan ke Terengganu.

Pada tahun 1914,apabila Sultan Ahmad Mangkat, isterinya Cik Zubedah telah berangkat ke Terengganu untuk tinggal bersama puterinya, Tengku Ampuan Mariam di istana. Tengku Ampuan Mariam amat meminati gamelan dan dengan itu pada 1915, set gamelan di bawah jagaanya di Pahang telah dibawa ke Istana Maziah Terengganu. dan melatih pemuda-pemudi Terengganu untuk bermain/menari gamelan.

Pada 1920, selepas kemahkotaan Sultan Sulaiman, usaha dipergiatkan dengan membawa bekas penari Pahang, Yang Khoja dan Cik Meriam untuk melatih penari Terengganu dan dinaungi oleh Tengku Ampuan Mariam sendiri.

Demikian pula, En, Wan Mohd, En.Wan Ahmad & En.Ahin, bekas pemain muzik Pahang bersama melatih kumpulan Terengganu yang dikelolakan oleh Sultan Sulaiman. Sehingga 1936, Sultan dan permaisuri berjaya memiliki set sendiri.Berbagai-bagai lagu dan tarian dicipta termasuk lambang sari, geliung, ketam renjong,togok,gagak seteru, lancang kuning dan sebagainya.Tengku Ampuan Mariam telah menulis sebuah manuskrip mengenai tarian sementara Sultan Sulaiman telah bertanggungjawab menukarkan nama "Joget Pahang" kepada "Joget Gamelan Terengganu".

Bagaimanapun gamelan Terengganu mengalami kejatuhan pada zaman penaklukan Jepun,1941 dan kemangkatan Sultan Sulaiman,1942. Tengku Mariam berpindah ke Istana Kolam dengan membawa set gamelan bersama 2 orang bekas penarinya, Cik Adnan Abd. Set gamelan telah dikembalikan ke Pahang , 1973 setelah berlakunya tawar-menawar yang tidak menyenangkan antara kerajaan Pahang dan kerajaan Terengganu. Set Gamelan tersebut telah dianugerahkan kepada Muzium Pahang di Pekan dan dipamerkan.

Tempat Yang Wajib Korang Singgah Kalau ke Terengganu

banyakkan tempat menarik di Terengganu ni? Itu pun aku belum habis cerita semuanya. Masih tersimpan rapi kisah di Tanah Bris, tempat membuat Tembaga, Pulau Kekabu dan banyak lagi. Insyallah jika berkesempatan aku akan kongsikan lagi tempat menarik yang wajib korang terjah di Terengganu Darul Iman ni. 


Hingga berjumpa lagi..chioww..

Apa pun, nah aku hadiahkan korang 1 video tentang Terengganu



"Artikel ini sempena Media FAM Trip You'll Love Terengganu now & forever anjuran Tourism Terengganu & Gaya Travel"

Post a Comment

25 Comments

  1. Terkesima dengan keindahan Terengganu ciptaan yang Maha esa ini. Terima kasih kerana berkongsi gambar & informasi berguna tentang destinasi menarik untuk dikunjungi nanti. Insyaallah kanda akan sampai ke lokasi menarik ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dari dulu kte memang suka Terengganu sebab kite suka laut dan laut paling cantik di semenanjung ni kat Terengganu la..hehe..bukan takat laut tp negeri ni memang lawa

      Delete
  2. Puas hati betul makan buah kat Dusun Warisan tu samoau tak bergerak dari meja tu heheh..

    ReplyDelete
  3. Wahh lawa-lawa belaka gambar Kak Min! Trip ni best sangat sebab membuka mata betapa banyak tempat tarikan dan kayanya budaya di negeri Terengganu ni kan? Nice sharing, Kak Min!

    ReplyDelete
  4. Wah, rasa macam kejap lagi nak pergi je. Cantiknya Terengganu...

    ReplyDelete
  5. Cantik semuanya gambar kak min, nice sharing.. Pernah sampai kampung jambu bongkok tu memang lawa sangat. Banyak pokok kelapa tepi pantai 😍

    Yang suka bergambar dengan alam kena pergi situ kalau ke Terengganu

    ReplyDelete
  6. ciktom anak jati terengganu..jemput dtg melawat tganu tau..mmg best sgt..confirm xmyesal pegi..suami ct org perak pun suka benor kalau dpt blk tganu..hihi

    ReplyDelete
  7. MasyaAllah cantike nyaaa pemandangan di Terengganu. Terengganu ni mmg first wishlist negeri yg nur nak pergi. Rindu terengganu. Last pergi pun 2017. Alahai rindunya. Tengok pula gambar2 cikmin yg cantik2 ni, bertambah rindu jadinya!

    ReplyDelete
  8. Kampung mangkuk setia tu lawa beb. Selama kampung dkt ganu ni, tak pernah lagi pergi byk tempat th. Terperap je dekat rumah. Tenang jgk jalan2 dkt situ kan. Tepi pantai. Fuhh

    ReplyDelete
  9. banyak nya tempat yang mek belum lawati. allahu, september ni berkunjung lagi ke terengganu. insyaallah akan pegi tempat tempat menarik ni.

    ReplyDelete
  10. dua tahun duduk terengganu time study dulu tak pernah tahu pun banyak tempat best kat sana tsk tsk nanti datang balik sana nak konvo je huhu

    ReplyDelete
  11. Wah, banyaknya tempat2 menarik di Terengganu ni.. Kalaulah saya ada peluang ke Tganu, tu hah tempat pemprosesan lekor tu wajib saya nak singgah ... I suka lekor ...

    ReplyDelete
  12. Bulan 5 ke haritu baru pegi terengganu. Tak puas berjalan. Banyak lagi tempat tak cover. Akan repeat lagi ke terengganu.

    ReplyDelete
  13. Wahh menariknyaa. Yeayy esok nak pergi kuala terengganu jugak! Jalan-jalan cari kepok! Bestnyaaa thanks for the info cikminnn! 💕 Tak sabarr nak tunggu esok

    ReplyDelete
  14. Banyak tempat menarik rupanya di Terengganu. Syira tak penah lagi pegi. Lengkap info

    ReplyDelete
  15. Negeri Terengganu Darul Iman memang terbaik dari segi makanan dan keindahan alam yang cukup menarik bagi orang luar untuk melancong ke sana. :)

    ReplyDelete
  16. Dah lama x ke Terengganu, betullah..kalau ke sana mmg ke pulau atau gi cari makan je, tak de pun nak jalan2 kat area kg2. Serius mmg terpegun tgok kecantikkan kat sana. Nanti nak gi gak lah kat tmpt2 yg Min gi ni

    ReplyDelete
  17. Rawlins sangat teringin nak pergi Terrapuri dan tengok drawbridge tu!
    Cantiknya T'ganu!
    Next time bawa Rawlins sekali ye kak.

    ReplyDelete
  18. Gambar2 Kak Min so cantikkkkkkkkkk! And tempat2 and semua benda Kak Min intro I nak pegi try! Semua 10 ni xpenah pegi or try even pegi Terengganu that day. I nak pegi yg homestay and kampung tu so bad. Nak fefeeling~

    ReplyDelete
  19. rindunya nak pergi terengganu, dah lama tak singgah sana. dengar cerita macam2 dah ada sekarang. teringin nak pergi ke draw bridge tu. nak ambik gambar kat situ, emsti cantik !!

    ReplyDelete
  20. cantiknya scenery terengganu... i wanna plan a jalan-jalan trip to terengganu and stop by the places u suggested d...

    ReplyDelete
  21. cantek2nya gambar cik min...suka akk tengok..banyak rupanya tempat menarik di terengganu..semuanya nampak hebat yang mana kita patut war-warkan tempat yg mungkin akan jadi tarikan pelancong

    ReplyDelete
  22. cantiknya semua tempat dalam entri ni. Tak pernah tahu pun keindahan negeri terengganu. Selalu nampak update pasal pantai je. Cantik!

    ReplyDelete
  23. Masih belum berkesempatan tuk ke terengganu....ada masa nanti nk ajak family bercuti kesana boleh melawat tempat2 yg dia nyatakan....thanks for infor

    ReplyDelete
  24. God Bless, you didn't miss the opportunity to take a picture here and the results were so explosive! Amazing performance!

    ReplyDelete