Fatihah Frozen Food Antara Peneraju Makanan Sejuk Beku Muslim Bumiputera di Malaysia

Mencari yang halal itu fardhu. Umum mengetahui tentang suruhan mencari makanan dan minuman halal itu satu kewajipan untuk umat Islam. Namun masih ramai yang ambil mudah tentang selain halal, makanan syubahah itu juga sangat dititikberatkan dalam Islam.

Jadi, bagi mengelakkan kita makan makanan syubahah maka sebaiknya kita mencari sesuatu produk makanan dan minuman yang dihasilkan oleh tangan orang muslim itu sendiri.

Tak dinafikan yang sekarang banyak lambakan produk sejuk beku di pasaran. Namun, kadang kita terlepas pandang yang makanan sejuk beku yang dijual itu dihasilkan oleh orang bukan Islam. 


Fatihah Frozen Food Hasil Air Tangan Usahawan Muslim

Menyedari betapa pentingnya memasarkan produk yang halal dan bebas syubahah, Fatihah Frozen Food telah menjadi antara peneraju awal makanan sejuk beku keluaran muslim bumiputera di Malaysia.

Fatihah Frozen Food telah diasaskan oleh Puan Fatihah Anis yang mempunyai lebih 30 tahun pengalaman dalam bidang katering. Bermula secara kecil-kecilan di rumah dan kemudiannya mula berkembang dan Puan Fatihah Anis telah menjadi usahawan wanita Melayu pertama yang menggunakan auto mesin di Malaysia dalam menyediakan roti paratha.

sempat rakan blogger bergambar kenangan dengan Puan Fatihah Anis, pengasas Fatihah Frozen Food (2 dari kanan)


Menyentuh mengenai produk yang dihasilkan oleh Fatihah Frozen Food, mereka telah mengeluarkan banyak produk sejuk beku yang sangat membantu terutama untuk suri rumah. Antara produk keluaran Fatihah Frozen Food ialah :

  • Ais Krim Goreng
  • Cakoi
  • Cek Mek Molek
  • Cucur Badak
  • Karipap Crispy
  • Karipap Pusar
  • Murtabak
  • Popia
  • Roti Boom
  • Roti Paratha
  • Samosa
  • Sardin Roll




Perghhh..memang banyak sangat produk yang dikeluarkan oleh mereka. Lebih menarik lagi mereka telah lama memiliki sijil Halal Jakim, MESTI, GMP & HACCP. Maknanya mereka bukan calang-calang syarikat ye!

Produk mereka pula boleh didapati di hampir seluruh hypermarket di seluruh Malaysia. Antara hypermarket yang memasarkan produk mereka ialah :

  • Mydin
  • Tesco
  • Giant
  • Lulu Hypermarket
Gambar kenangan aku dengan Puan Fatihah Anis ketika pembukaan Lulu Hypermarket di 1 Shamelin Mall, Cheras

Dan mereka juga mempunyai pengedar di luar negara seperti di :

  • China
  • Singapura
  • New Zealand
  • Vietnam

Produk Fatihah Frozen Food Pilihan Kami Sekeluarga

Terus terang, aku sangat suka roti boom keluaran Fatihah Frozn Food ni. Biasanya pagi kalau sempat bersarapan di rumah, aku akan bersarapan dengan roti boom keluaran Fatihah Frozen Food. Dah la senang nak sediakan..sedap pulak tu.


Makan dengan apa pun sesuai. Tapi kebelakangan ni aku suka makan roti boom ni dengan Rendang Kering Pucuk Ubi Kayu. Perghh..memang terangkat!


Kalau korang nak dapatkan maklumat lanjut tentang Fatihah Frozen Food ni, korang boleh la layari :

Laman web : www.fatihahfrozenfood.my
Facebook : https://www.facebook.com/FatihahFrozenFoodMalaysia
Instagram : https://www.instagram.com/fatihah_frozenfood/
Twitter : https://twitter.com/fatihah_frozen

Jom kita sama-sama sokong produk tempatan.

Post a Comment

2 Comments