Norish Kareem Couture (NKC) Perkenalkan Barisan Pereka Tempatan di Pentas Antarabangsa

Norish Kareem Couture (NKC) nama yang tidak asing lagi di dalam dunia fesyen tempatan. Dimiliki oleh anak tempatan yang berjaya, Norish Kareem turut ingin berkongsi kejayaannya dengan memperkenalkan barisan pereka tempatan di pentas antarabangsa.

Norish Kareem Couture (NKC) bakal mengharumkan nama Malaysia apabila bakal memperagakan rekaan mereka di  London, bersempena London Fashion Week pada September depan . Acara ini bakal diadakan di Kota London dan turut berkolaborasi dengan rakan strategik mereka iaitu Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE).

Norish Kareem Couture (NKC) Perkenalkan Barisan Pereka Tempatan di Pentas Antarabangsa


Acara yang dijangka berlangsung dengan penuh gemilang ini turut memerkenalkan barisan pereka tempatan seperti Fana Coutute, Lila Majnun, Ummiriaz International, MW by Mimi Wahedah dan Liza Azulkarnain. Tak ketinggalan turut serta ialah pereka fesyen dari luar negara.

Lebih menarik lagi, NKFW juga dijangka berterusan di Doha pada November ini menerusi kerjasama dengan agensi kerajaan dari sana

Sekitar Majlis Sidang Media

Pada 17hb Jun yang lepas aku berkesempatan untuk menghadiri majlis sidang media mengenai NKFW ni. 

Aku agak suka dengan semangat Puan Norish Kareem yang ingin memperkenalkan barisan pereka tempatan di persada dunia. Menurut beliau "Saya berhasrat untuk mengetengahkan sekaligus memperkenalkan pereka fesyen dari Malaysia di pentas dunia dan memberi mereka pendedahan kepada industri fesyen antarabangsa. Saya juga akan menyediakan ruang tempat di butik Norish Kareem London untuk pereka fesyen dari Malaysia dan seluruh dunia mempamerkan jenama mereka di Kota London."

Norish Kareem Couture (NKC) Perkenalkan Barisan Pereka Tempatan di Pentas Antarabangsa

Buat pengetahuan, Norish Kareem telah pun membuka sebuah butik kafe di tengah kota London. Sebelum ini jenama fesyen NKC pernah menyertai pelbagai pertunjukan fesyen antarabangsa seperti Muslim Lifestyle di Olympia, London, Indonesia Muslim Fesyen Week, DC Fashion Week di Washington, Runway Dubai di Emiriah Arab Bersatu, Minggu Fesyen Week New York 2017, Minggu Fesyen Paris, London Modest Fashion dan terkini Minggu Fesyen London 2018.

Malah koleksi pakaian NKC juga boleh didapati di Beverly Hills, Amerika Syarikat dan di Dubai, Emiriah Arab Bersatu.

Majlis sidang akhbar yang bertempat di MATRADE baru-baru ini juga turut memperkenalkan barisan pereka fesyen yang bakal turut menyertai NKFW serta rekaan masing-masing.

Norish Kareem Couture (NKC) Perkenalkan Barisan Pereka Tempatan di Pentas Antarabangsa

Norish Kareem Couture (NKC) Perkenalkan Barisan Pereka Tempatan di Pentas Antarabangsa

Norish Kareem Couture (NKC) Perkenalkan Barisan Pereka Tempatan di Pentas Antarabangsa


Bagi pereka fesyen tempatan yang berminat untuk menyertai NKFW, penyertaan anda amat dialu-alukan dan boleh menghubungi pihak NKC menerusi email mereka iaitu sales@norishkareem.com

Bagi mereka yang berminat mengetahui tentang NKC pula, boleh la dapatkan maklumat lanjut mereka di :

Website : www.norishkareem.com
Ig : https://www.instagram.com/norishkareemlondon_official/
Ig : norishkareemfashionweek

Post a Comment

0 Comments