Magica Events & Function Hall Realisasikan Impian Tiap Pengantin

by - June 18, 2019

Mengadakan majlis perkahwinan yang gilang gemilang adalah impian setiap pasangan pengantin terutama bagi pengantin wanita.

Majlis perkahwinan bukan sahaja sebagai tanda kesyukuran demi masjid yang terbina, malah menjadi tanda cinta dan kenangan bagi tiap pasangan dua sejoli.

Menyedari keperluan dan impian setiap pasangan pengantin tersebut, Magica Events & Function Halls telah mengadakan sebuah majlis prebiu eksklusif di dewan mereka yang terletak di Star Avenue Lifestyle Mall, Subang pada 16 Jun 2019 yang lepas.



Majlis yang berlangsung penuh gemilang tersebut telah dihadiri oleh para media, rakan perniagaan dan juga orang ramai bagi memperkenalkan dewan-dewan serta pakej-pakej perkahwinan yang telah disediakan oleh pihak Magica Events & Function Hall.

Buat pengetahuan, Magica Events & Function Hall yang terletak di aras 4, Star Avenue Lifestyle Mall ini adalah antara yang terbesar di kawasan kejiranan Subang. 

Magica Events & Function Hall ini menampilkan 3 dewan utama dan gabungan kesemua dewan ini mampu memuatkan sehingga 7,000 tetamu pada satu-satu masa.

Dewan-Dewan Yang Terdapat di Magica Events & Function Hall

Macam yang aku terangkan di atas, terdapat 3 dewan utama yang telah disediakan di Magica Events & Function Hall ini :-

  • Magical Hall

Dewan utama yang sangat memukau dengan interior ekstravaganza yang dekorasinya penuh dengan candelier yang terdiri daripada juntaian kelopak-kelopak kaca dan kristal yang bergemerlapan. 

Dewan ini mampu memuatkan sehingga 3,000 tetamu secara buffet 700 tetamu dengan susunan meja. Dan yang paling memukau adalah dewan ini turut disediakan dengan laluan peragaan yang diperbuat dari kaca sepanjang 22 meter yang bersambung dengan pentas utama yang didekorasi dengan bunga-bungaan. 

Pendek kata dewan ni macam filem-filem animasi puteri-puteri masa aku kecil dulu. Siapa yang nak sangat adakan sebuah majlis perkahwinan ala-ala filem Cinderella, boleh la menempah dewan ini.



  • Classic Hall

Classic Hall cuma terletak bersebelahan dengan Magical Hall dan berkeluasan 12,000 kaki persegi yang didatangkan dengan pentas siap-sedia, pintu masuk yang ditatarias dan hiasan bunga-bungaan dengan hamparan karpet merah.

Tapi yang paling menarik minat aku adalah replika kereta hiasan Cinderella ni. Memang lawa sangat. Sampaikan aku yang dah kawen 10 tahun ni rasa macam nak buat kenduri kawen lagi sekali..haha..


  • Garden Hall

Garden Hall ni dihias ala-ala hutan tropika yang penuh dengan kehijauan. Bak kata seindah taman astakona gitu. Aku suka sangat konsep ni sebab memang redup mata memandang keindahan taman yang penuh dengan bunga.

Bagi pecinta alam, aku cadangkan korang untuk pilih dewan ni. Garden Hall ni mampu menempatkan 250 tetamu dengan susunan meja atau 700 tetamu secara buffet.


Sekitar Majlis Prebiu

Hari tu, ketika menghadiri majlis prebiu bagi memperkenalkan Magica Events & Funtion Hall ni..para tetamu telah dibawa 'tour' keseluruhan dewan yang terdapat di sini.

Lebih menarik lagi ialah para tetamu bukan sahaja diberi jamuan hidangan ala perkahwinan bagi memperkenalkan barisan katering yang ada, malah tetamu turut diperkenalkan dengan barisan rakan niaga yang menyediakan perkhidmatan cenderamata, kad perkahwinan, baju pengatin dan juga pakej photo shoot yang bekerjasama dengan Magica Events & Funtion Hall ini.




Tambah menarik bila peragaan pakaian pengantin turut diadakan disamping cabutan bertuah dengan pemenang bakal memenangi sebuah handphone serta duit raya turut diadakan buat semua tetamu yang dijemput bagi memeriahkan majlis prebiu tersebut.


Bagi mereka yang berminat untuk mendapatkan perkhidamatan serta pakej-pakej dewan yang bukan sahaja untuk majlis perkahwinan malah sebarang majlis atau pun bilik mesyuarat,boleh lah menghubungi pihak Magica Events Sdn.Bhd di :

Alamat : Level 4, Star Avenue Lifestyle Mall, 
No.3, Jalan Zuhal US/179
Pusat Komersial Arena Bintang Seksyen U5,
40150 Shah Alam, Selangor

Tel : +6012-6787795


You May Also Like

0 comments