Krim Anti Kulat Berasaskan Kulit Rambutan Dari Procell

Dari kecil lagi aku sangat gemarkan rambutan. Antara buah-buahan tempatan yang menjadi kegilaan aku ialah rambutan. Tambahan pula dulu arwah tok aku ada dusun rambutan, jadi bila tiap kali musim rambutan memang ibarat pesta bagi aku.

Aku rasa ramai jugak antara di luar sana yang macam aku, gemar makan buah rambutan. Tapi tak ramai yang tahu tentang khasiat buah rambutan kan? Jom, aku kongsikan khasiat buah rambutan supaya lebih ramai yang tahu.


4 Khasiat Buah Rambutan Untuk Kesihatan 


Buah rambutan sebenarnya bukan sahaja sedap dimakan malah terkandung banyak khasiat untuk kesihatan. Antaranya ialah :


  • Antioxidant yang tinggi
Karbohidrat dan protein dalam rambutan membantu untuk meningkatkan tenaga dan mengelakkan kembung perut. 

  • Membunuh Parasit
Selain faedah nutrisi, rambutan juga menawarkan fungsi teraputik. Pengambilan buah rambutan boleh membantu membunuh parasit yang ada pada usus dan membantu melegakan gejala cirit birit.

  • Melembapkan Kulit
Rambutan mempunyai kandungan vitamin A yang dapat merawat kekusaman kulit. Kandungan air yang tinggi di dalam rambutan juga dapat berfungsi untuk menghidratkan kulit sekaligus menjadikan kulit lebih lembap. 

  • Meningkatkan Metobolism
Vitamin B yang terkandung dalam rambutan sangat berguna untuk meningkatkan metabolism dalam badan.



Procell Hasilkan Krim Dari Kulit Rambutan

Menyedari tentang banyaknya khasiat rambutan untuk kesihatan, syarikat Procell PLT telah mengeluarkan sejenis krim anti kulat yang mampu merawat masalah kulit seperti panau dan kurap. Procell Nail & Skin Cream memiliki bahan aktif Polyphenols untuk melawan jangkitan kulat.



Kebaikan Procell Nail & Skin Cream ini ialah membantu merawat segala jenis yang berkaitan seperti  :
  • penyakit gatal pada kulit 
  • kurap
  •  panau
  •  jangkitan pada kuku
  • Kayap
  • Ruam
  • Kudis
  • Bisul
  • Jerawat
  • Ruam Lampin


Teksturnya yang ringan dan lembut sangat mudah untuk digunakan dan meresap terus ke dalam kulit.


Procell Nail & Skin Cream ini telah didatangkan dalam bentuk tiub seberat 15 gram dan sangat mudah untuk dibawa ke mana-mana. Manakala, cara penggunaannya sangat mudah iaitu cuma sapukan krim pada tempat yang terjangkiti.

Harga promosi untuk tiub seberat 15 gram ini cumalah RM20 (Harga Pasaran RM40)

Bagi yang berminat untuk mendapatkan krim ini boleh la menghubungi pihak Procell PLT :

Alamat : MDTC Management Office,
Level 1, Block B, UPM-MTDC Technology Centre lll,
University Putra Malaysia, 43400 Serdang.

Website : procell.com.my
Whatsapp : 6013-6746064 (Irfan)
Whatsapp : 6017-5138788 (Hidayah)
Whatsapp : 6013-4449531 (Aira)

Post a Comment

2 Comments

  1. Wah, ini penemuan baru ni. Rambutan pun dah jadi krim sekarang.

    ReplyDelete