Rawatan Pergigian Seawal Usia 6 Bulan Di Klinik Pergigian Dr Izzi

by - March 29, 2019

Bila sebut je doktor gigi, aku pasti ramai yang kecut perut. Aku pun tak terkecuali sebagai individu yang tersenarai dalam golongan yang kecut perut nak pergi jumpa doktor gigi.

Tapi tahu tak korang yang penjagaan gigi adalah sangat penting bukan sahaja dari segi kesihatan malah dari segi penampilan. Gigi yang sihat dan terjaga mampu memberikan keyakinan yang tinggi pada seseorang. Ye la, dengan gigi yang cantik dan bersih dah pastilah buat korang rasa yakin nak berdepan dengan orang ramai kan? Hehehe..kalo gigi mula rongak atau nafas berbau dah pasti nak buka mulut pun malu!


Klinik Pergigian Dr Izzi

Becakap tentang gigi, minggu lepas aku dapatkan rawatan pergigian di Klinik Pergigian Dr Izzi sebab aku ada masalah bila makan je makanan akan melekat di gigi bahagian bawah belah kiri. Keadaan ini buat aku rasa tak selesa walaupun tak sakit. Jadi, minggu lepas aku atasi rasa takut nak jumpa doktor gigi tu demi nak tahu apa masalah dengan gigi bawah aku ni.

Aku pergi ke Klinik Pergigian Dr Izzi yang terletak di Seksyen 13 Shah Alam. Melangkah masuk ke Klinik Pergigian Dr Izzi ni, mata terarah pada dekorasi klinik yang kemas dan cantik serta disediakan ruangan untuk kanak-kanak.  Pada aku, klinik ni nampak sangat selesa dan 'mesra' pelanggan.





Bila tiba giliran aku, doktor buat sedikit pemeriksaan dan terus bawa aku ke bilik X-Ray. Ha?? Apa?? X-Ray gigi? Aku pun terpinga sebenarnya sebab maklumlah, kali pertama di usia yang menginjak ke angka 4 kat depan ni aku dengar perkataan X-Ray gigi. Tapi rupanya menurut doktor, setiap pesakit di sini akan dibawa ke bilik X-Ray untuk di X-Ray gigi sebelum menerima rawatan. 

Sebenarnya X-Ray ni bagus tau sebab kita boleh tahu tentang keadaan gigi kita hingga ke akar gigi. Terus terang, ini kali pertama aku buat X-Ray gigi. Selama ni aku tak pernah tahu pun tentang X-Ray gigi..yang aku tahu X-Ray gigi akan dibuat di hospital kerajaan dan cuma merujuk pada kes-kes tertentu je.

Sesi X-Ray ni tak lama pun sebenarnya. Tak sampai 5 minit pun dah siap. Cuma perlu laraskan muka atas mesin X Ray dan ikut arahan. Tu je..hehehe..cuma bagi pesakit perempuan macam aku yang pakai tudung banyak pin, pin-pin tu kena la tanggalkan terutama yang di bahagian dagu. 




Selepas sesi X-Ray barulah aku tau dengan lebih jelas apa masalah gigi aku. Sebelum sesi X-Ray memang doktor ada terangkan yang masalah makanan melekat di gigi bahagian bawah aku tu sebenarnya sebab gigi bongsu aku tumbuh dalam keadaan senget, bila keadaan gigi bongsu senget , makanan akan terletak di celah gigi yang tak sekata tu. Oooo..mati-mati aku ingat sebab gigi aku berlubang. 

Bila keputusan X-Ray terpampang, baru aku faham dengan lebih jelas tentang keadaan gigi bongsu aku yang senget tu. Dan Alhamdulillah, sebenarnya aku tak banyak hadapi masalah gigi kecuali tentang gigi bongsu yang tumbuh senget dan gigi atas bahagian kanan aku yang sedikit menurun sebab aku tak gantikan gigi geraham bawah aku yang aku cabut dulu. Menurut doktor, gigi kita ni dijadikan berpasangan..bila pasangannya tak ada maka ada memberi sedikit 'effect' la pada gigi yang tak ada pasangan tu. 



Selesai X Ray barulah aku meneruskan rawatan lain. Hari tu, sebab tak banyak masalah aku teruskan rawatan scaling atau dalam bahasa mudahnya cuci gigi. Jujur, aku suka buat rawatan kat sini sebab doktornya sangat berlembut ketika rawatan dijalankan..jadi, tak adalah rasa sakit bila gigi tu tengah di cuci. Maklumlah, ini bukan kali pertama aku buat rawatan cuci gigi ni. Dah banyak kali pun..tapi kali ni la yang buat aku rasa macam sebenarnya cuci gigi ni best! hahaha..



Sebab tu la aku nak kongsikan dengan korang tentang Klinik Pergigian Dr Izzi ni. Aku pasti yang korang pun akan rasa apa yang aku rasa bila korang dapatkan rawatan pergigian di sini.

Sedikit Tentang Klinik Pergigian Dr Izzi

Klinik Pergigian Dr Izzi telah ditubuhkan pada April 2015 dan pengasasnya adalah Dr. Izaza Binti Mohd. Zan yang mempunyai lebih dari 13 tahun pengalaman sebagai doktor professional. Dr. Izaza telah menamatkan pengajiannya dalam bidang Doctor Of Dental Surgery (D.D.S) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Sehingga kini Klinik Pergigian Dr Izzi telah mempunyai 2 cawangan iaitu di Pandan Indah dan Shah Alam.

Klinik Pergigian Dr Izzi cawangan Pandan Indah


Ruangan permainan untuk kanak-kanak turut disediakan

Apa yang menarik tentang Klinik Pergigian Dr Izzi ialah, perkhidmatan pergigian untuk kanak-kanak seawal usia 6 bulan turut disediakan di sini. Ibu bapa yang mempunyai anak berusia seawal usia 6 bulan boleh mendapatkan rawatan buat anak-anak mereka bukan sahaja dari segi rawatan tetapi juga dari segi khidmat nasihat.

Di Klinik Pergigian Dr. Izzi ini, mereka sememangnya menekankan tentang kepentingan pendedahan awal pada anak-anak untuk mendapatkan rawatan pergigian. Dengan cara ini, kanak-kanak akan didik tentang kepentingan penjagaan gigi dari peringkat awal dan kesedaran ini sememangnya patut dipupuk di dalam diri setiap anak-anak. Jadi, bila diaorang membesar nanti tak adalah takut nak jumpa doktor gigi macam aku ni! hahaha..


Rawatan Pergigian di Klinik Pergigian Dr Izzi

Klinik Pergigian Dr Izzi telah menyediakan perkhidmatan :

Dental Consultation Restorative & Prosthodontic Oral Surgery 
a. Dental Consultation a. Crown & Bridge a. Extraction
b. X-ray b. Endodontic (Root Canal Treatment) b. Minor Oral Surgery
c. Dental Report c. Restroctive (Filling, desensitizer, fissure sealant)
d. Denture
Periodontic Orthodontic (Teeth Straightening) Teeth Whitening, Mouth Guard
a. Scaling & prophylaxis (polishing) a. Consultation & study model
b. Scaling & stain removal (Air Jet Polishing) b. Ortho bracket
c. Retainer-Essix (Upper or lower)
d. Removeable appliance

Secara jujur aku memang sangat selesa dapatkan rawatan pergigian aku di Klinik Pergigian Dr Izzi ni sebab selain persekitaran yang lebih 'mesra pelanggan' (tak ada la nampak macam suasana hospital..haha), kelengkapan yang yang ada di Klinik Pergigian Dr.Izzi ni semuanya moden dan yang terkini. 

Malah, bilik rawatannya pun sangat bersih, selesa dan teratur sangat. Doktor dan staff di Klinik Pergigian Izzi ni pun semuanya baik dan ramah. Pendek kata aku sangat berpuashati dengan perkhidmatan di sini. 


Selain rawatan pergigian, di Klinik Pergigian Dr Izzi juga ada menjual pelbagai jenis barangan yang berkaitan dengan kesihatan dan penjagaan gigi.





Kalau korang nak dapatkan rawatan pergigian di Klinik Pergigian Dr Izzi, korang boleh la datang ke klinik mereka yang terletak di :

1. Klinik Pergigian Dr Izzi (Cawangan Kuala Lumpur)
37 AAB, Persiaran MPAJ, Jalan Pandan Utama,
Pandan Indah, 55100
Ampang, Selangor

Tel : 03-42852005

2. Klinik Pergigian Dr Izzi (Cawangan Shah Alam)
8, Jalan Bola Tampar 13/14,
Seksyen 13, 40100 Shah Alam
Selangor

Tel : 03-55233254



You May Also Like

23 comments

  1. tgh menahan ngilu gigi sensitif terbukak pulak entry ni,tq sharing kak min

    ReplyDelete
  2. cantik dan selesa tengok klinik gigi ni..wahh sekarang dah ada teknologi xtray gigi macam tu ya..senang nak tahu masalah gigi kan...akk klu bw anak2 gi klinik gigi mmg kena cr yang mesra kanak2

    ReplyDelete
  3. Boleh terjah nak bawa anak-anak. Sebab susah juga nak cr klinik gigi mesra kanak-kanak ni

    ReplyDelete
  4. Thank you for sharing. Boleh la saya pergi buat my dental check up there.

    ReplyDelete
  5. 1st time to know this clinic, glad you sharing here because my son maybe needs to visit soon. He maybe need to wear braces, not sure if this clinic has the service or not.

    ReplyDelete
  6. Cerita pasal gigi ni....kalau time gigi berlubang tu ya allah tak tahan sungguh. Boleh keluar airmata dibuatnya. Cerita pasal gigi pun dah naik bulu roma ni. Hehe. Tempatnya nampak selesa. Ada pulak sudut kanakk-kanak.

    ReplyDelete
  7. Cantiknya dental clinic dia. Nampak macam kedai makan hipster. Eh la dekat je rupanya, dekat seksyen 13. Nanti boleh la try bawak anak ke sini

    ReplyDelete
  8. I need to do root cannal and crowning too. Will check this place out.

    ReplyDelete
  9. Bila cerita pasal doktor gigi kinah ni seriau sikit. Takut punya pasal kena postponed cabut gigi dulu. Alhamdulillah sekarang dah selesai dah. Next time boleh cuci gigi kat sini pulak.

    ReplyDelete
  10. elok sangat kalu BBL datang check gigi kat sini..ekslusif sangat klinik tak macam tapical klinik biasa. baru budak-budak tak takut nak datang check gigi atau cabut gigi. boleh la set apointment kat branch shah alam nanti

    ReplyDelete
  11. I'm thinking to do root cannal and crowning. Wonder how much is it and will it be painful ?

    ReplyDelete
  12. 5hari lepas baru cabut gigi geraham. Belah kiri, atas bawah.
    Allah.. Ngilu tak habis lagi..
    Sekali baca pasal ni pula. Hehe
    Seram rasanya jumpa doctor gigi..

    ReplyDelete
  13. Cerita pasal gigi da scaling dah setahun dah tak pergi jumpa dentist. Kdg2 tu tak de pape pun tapi tahap degupan jantung tu tak taula berdebar semacam. Tak pernah lagi Xray, but its a good step sebelum mulakan rawatan. Boleh lah cuba dptkan khidmat di sini nanti :)

    ReplyDelete
  14. Nampak macam selesa dan recommended je. Boleh la terjah nak pasang braces.hehehe. Memang tengah survey2 mana klinik2 yang terbaik.hehehe. Thanks kak share bende ni.

    ReplyDelete
  15. Bagusnya klinik gigi ni. Untuk budak pun boleh. Klinik pun kemas je. Tapi sayangnya dekat shah alam. Iza kat kuantan.

    ReplyDelete
  16. gigi aduuu.......menakutkan


    salam kenalan dari ohsenyum

    nak ajak awak, tukar link dengan blog saya. Jadi Kalau awak sudi sila comment kat mana entri blog saya ye.

    https://www.oohsenyum.com/

    Saya tunggu tau. terima kasih.

    ReplyDelete
  17. Bila bab sakit gigi ni baca pun terus ngilu. Jauh lak nak pegi klinik izzi ni. Tapi style laaa klinik nya. Cantik!

    ReplyDelete
  18. Tak fokus kita Kak Min sbb tgok dental clinic dia lawa nampak trusted sangat2. Lepas tu lawa pulak nama Dr ni Izaza Zan klinik jadi Izzi Zi eh. Haha Comel je Dr dia.

    ReplyDelete
  19. Seronok kan pergi klinik gigi yang memberikan rawatan yang lemah lembut dan tidak kasar. Rawlins pernah kena rawatan yang kasar, sampai Rawlins minta Doc tu berhenti sebab gusi sakit bila dia cuci. Now dah ada klinik yang Rawlins selesa dan rawatannya menyenangkan.

    ReplyDelete
  20. Haritu terfikir siapa yang pergi klinik gigi, swbab terbca utk budak usia 6 bulan, kak min rupanya. .Nasib baca entry ni balik.. Hehehw. .Hah okla nak bawk anak kita fariza cek gigi. .ada dekt pandan indah tu dekat sikit dengan rumah. Kot nak cek gigi kita sekali. .Hehehe.. Harga macam mana pulak ye kak min. .Huhuhu. .

    ReplyDelete
  21. Suka dental klinik yang berwarrna-warni, ank2 pun tak rasa phobia ni. Child-friendly dental clinic! Good!

    ReplyDelete
  22. elok dari kecik pupuk selalu pegi jumpa doc gigi. takut tapi kena pi jugak..

    ReplyDelete
  23. Wow 6 bulan sudah boleh buat rawatan untuk gigi? Tidakkah yang ini terlalu away untuk bayi? By the way tempat ini memang nampak ceria dan berwarna-warning. Sangat selesa. :)

    ReplyDelete