Merentasi Udara dan Lautan Demi Ombak Dive Resort

by - March 15, 2019

Bulan ni agak kerap aku ke luar daerah. Selepas ke Lumut pada awal bulan lepas , BACA SINI ..minggu lepas aku ke Pulau Perhentian kecil pula. 

Sebenarnya memang dah lama aku teringin nak datang bercuti ke Pulau Perhentian ni. Siapa yang selalu follow aku mesti tau betapa aku sangat sukakan pulau dan sunset hahaha..Antara 3 buah pulau yang terkenal di Terengganu iaitu Pulau Redang, Pulau Kapas dan Pulau Perhentian, yang aku belum pernah sampai lagi ialah Pulau Perhentian. Alhamdulillah minggu lepas, satu daripada whishlist aku tercapai.


Kami bertolak dari Kuala Lumpur menaiki pesawat Air Asia seawal pukul 7 pagi ke Kota Bharu. Dari Kota Bharu kami meneruskan perjalanan menaiki van ke Kuala Besut dan perjalanan mengambil masa kira-kira 40 minit. Berhenti sarapan dan membeli tiket bot sebentar di Kuala Besut sebelum meneruskan perjalanan kami ke Pulau Perhentian kecil.



Perjalanan kami menaiki bot ke Pulau Perhentian kecil pula mengambil masa kira-kira setengah jam. Tak jauh pun sebenarnya.

Tempat tinggal kami selama di Pulau Perhentian ni ialah di Ombak Dive Resort, sebuah resort yang telah dibangunkan sejak tahun 2011. Sudah agak lama sebenarnya resort ni. Selama ni asyik dengar orang bercerita tentang Ombak Dive Resort yang cantik ni, tapi kali ni aku sendiri berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menginap di sini. Dan..sebab teruja lah aku nak kongsikan pengalaman aku sepanjang berada di sini.




Ombak Dive Resort Umpama Syurga Dunia

Menjejakkan kaki ke Ombak Dive Resort, aku agak terpesona sebenarnya dengan 'kemewahan' interior design di Ombak Cafe. Aikkk..kena terus cerita pasal Ombak Cafe ni? hahah..sebab untuk ke reception korang kena melalui Ombak Cafe terlebih dahulu dan kedatangan kami ke sini tempohari telah disambut oleh pihak pengurusan Ombak Dive Resort & kami terus dibawa ke cafe untuk menikmati refreshment  dan makan tengahari yang disediakan sebelum kami dibawa ke bilik.

Ombak Cafe

Refreshment yang disediakan untuk kami

Grilled Lamb Shoulder, antara hidangan makan tengahari kami

Selesai makan tengahari, kami terus dibawa ke bilik. Ye la..kami sebenarnya memulakan perjalanan di awal pagi. Macam aku sendiri pukul 3 pagi dari bertolak dari rumah untuk ke KLIA 2, sampai ke Ombak Dive Resort pun dah tengahari jugak. Habis sesi suai kenal dan makan-makan tak sedar je jam dah pun pukul 3, jadi kami semua bersepakat untuk berehat segarkan badan sebelum meneruskan aktiviti lain.

Di Ombak Dive Resort ni terdapat beberapa jenis bilik disediakan mengikut kesesuaian dan kehendak pelanggan. Antara bilik yang ada di Ombak Dive Resort ni ialah :


  • Single Room
  • Twin Room
  • Quadruple Sharing Rooms
  • Exclusive Suites
Manakala untuk setiap bilik disediakan :

  • Penyaman udara
  • katil latex serba baharu
  • Peti sejuk
  • TV



Bagi mereka yang selalu ke pulau mesti tahu yang tak semua tempat dibekalkan dengan bekalan elektrik selama 24 jam, tapi di Ombak Dive Resort ni bekalan elektrik disalurkan 24 jam demi keselesaan pelanggan. 

Dan bagi memenuhi keselesaan pelanggan juga, wifi turut disediakan namun penggunaanya terhad ketika di cafe dan reception je sebab kat sini wifi memang terhad. Dan untuk pengetahuan korang juga, kat Pulau Perhentian kecil ni coverage memang lemah kecuali bagi mereka yang menggunakan Celcom.



Kenapa Perlu Pilih Ombak Dive Resort & Mengapa aku umpamakan seperti 'Syurga Dunia'?

Mesti korang pelik kenapa aku umpamakan Ombak Dive Resort ni seperti syurga duniakan? Ok, paling aku nak highlight kat sini ialah pemandangan yang cantik. Kat sini, bagi sunset view hunters macam aku, korang mesti rasa teruja dengan pemandangan waktu senja yang sangat-sangat cantik ni.



Senja di jeti Pulau Perhentian kecil.


Selain jaminan pemandangan yang indah, ada beberapa sebab lagi kenapa aku syorkan Ombak Dive Resort ni pada korang.  Antaranya :


  • Harga yang sangat berpatutan
Harga bilik adalah serendah RM290 beserta sarapan pagi untuk 2 orang. Manakala bagi pakej free and easy pula bermula dari RM600 termasuk :

  • Penginapan 3 hari 2 malam
  • 2 kali sarapan
  • 2 kali makan tengahari
  • 1 kali makan malam.
Makanan kat sini semuanya sedap-sedap tau tapi tu aku akan ceritakan di entry yang seterusnya. hehehe..

  • Cafe dengan dekorasi yang cantik, selesa dan mewah
Oh ye! Cafe kat sini memang cantik sangat dan aku sangat sukakan dekorasinya. Makanan pulak memang sedap-sedap sangat. Menu sarapan dia pulak ya rabbi memang sedap dan yang paling unik kesemua roti yang dihidangkan di sini dibuat sendiri tau! Maknanya semua roti kat sini dihidang fresh dan bukan dibeli dari luar.







  • Latihan skuba oleh jurulatih terlatih antarabangsa
Bagi peminat sukan skuba, Ombak Dive Resort turut menyediakan pelbagai latihan skuba yang diuruskan oleh Ombak Divers yang telah diiktiraf oleh PADI Dive. Kesemua tenaga pengajar di sini adalah yang terlatih dan berasal dari luar negara.

Segala kelengkapan untuk skuba mahupun snorkeling turut disediakan di sini. Dan bagi mereka yang nak ambil snorkeling pakej pula harganya cumalah RM40 termasuk 6 point snorkel dan peralatan.




Gambar kenangan dengan tenaga pengajar skuba di Ombak Divers.



  • Nikmati makan malam romatik sambil menonton tayangan filem
Di Ombak Dive Resort ni, makan malam turut disajikan dan terus terang pada aku, suasana di Ombak Dive Resort ni cukup romantik. Mana taknya, makan malam korang adalah di bawah cahaya bulan dan kerlipan bintang-bintang di langit sambil ditemani deruan ombak! Perghh..romantik habis! Dan pada setiap malam juga pihak Ombak Dive Resort akan menayangkan filem dilayar canvas.

Diruangan inilah makan malam disediakan dengan pertunjukan filem di layar kanvas.

  • Pertunjukan 'Fire Show'
Ha..ni yang paling menarik dan exclusive untuk para tetamu di Ombak Dive Resort sebab Ombak Dive Resort membawa khas pertunjukan 'fire show' kepada para tetamu yang menginap di sini pada setiap hari Isnin, Rabu, Jumaat dan Sabtu pada jam 7.30 malam.

Kalau tak, korang kena berjalan kaki ke Long Beach tau untuk menyaksikan pertunjukan 'fire show' ni.




Ha..itulah antara seba-sebab kenapa aku pilih untuk menginap di Ombak Dive Resort ni. Selain tu of course lah sebab aku nak berenang-renang main air. Hehehe..sempat jugak hari tu kami ke 'romantic beach' yang terletak tak jauh dari Ombak Dive Resort ni. Memang cantik sangat pemandangan di 'romantic beach' ni di samping banyak ikan-ikan yang sama-sama berenang dengan aku hahaha..


tq Dik Bee untuk gambar ni..hehe

Last but not least, nah aku kongsikan sedikit video yang aku buat khas untuk tontonan korang


Bagi korang yang inginkan keterangan lanjut tentang Ombak Dive Resort ni, boleh lah kunjungi facebook dan Instagram mereka ye :

Tel/Whatsaap : +60197911002

You May Also Like

11 comments

  1. wowww.. bestnya.. TB suka sangat resort yang ala-ala gini.. dekat dengan pantai.. udara segar.. boleh tengok sunset.. adoii.. memang teringin sangat nak pi .. boleh try bodek hubby ni

    ReplyDelete
  2. Tengok pic nie teringat masa zaman belajar kami kena pergi mengambil lesen skuba di perhentian. Masih indah dan terjaga hendaknya keindahan alam lautan di sini.

    Yang penting, sedapnya la mocktail tu time panas2 nie.

    ReplyDelete
  3. Ok boleh masuk list sebab memang plan nak repeat ke Pulau Perhentian. Resort dia kemain cantik. Bilik pun luas. Dekat dgn pantai pulak tu.

    ReplyDelete
  4. Wahhhh nampak best betul ya diving di sini ! Teringinnya pergi diving tp sy xde lesen diving n xde pengalaman. Belum pernah lagi ke Pulau Perhentian. InsyaAllah one fine day nanti nak ke sana bawa satu family bercuti

    ReplyDelete
  5. cantiknyaaa bilik dia,pi honeymoon sekali lagi ah hahahhaa

    ReplyDelete
  6. Kita tak smp lagi perhentian tau awak.. teringin sgt nak sgt pergi..nak pergi gak la ombak dive ni nnt..cantik biliknya.. mcm kena honeymoon je hihihi

    ReplyDelete
  7. Jeti nak ke pulau perhentian ni sebenarnya dekat je dengan rumah emi. Tapi emi sendiri belum pernah jejakkan kaki ke pulau ni lagi, Heheheh

    ReplyDelete
  8. Dah tau dah mana nak pergi kalau nak tenangkan diri kan. Bawa diri sorang2 eh.

    ReplyDelete
  9. Lama dah teringin gi pulau perhentian,mybe next year rancang gi sana

    ReplyDelete
  10. Seronok kan kat sini.. rasa macam tak mau balik.. hehe

    ReplyDelete
  11. Hi bole share mcm mne nk book pakej 600 tu.?

    ReplyDelete