Setiap tahun, bila tiba bula Ramadan..PWTC adalah antara tempat yang aku akan pergi untuk berbuka puasa. Kenapa? Sebab PWTC setiap tahun akan menghidangkan pelbagai menu menarik sepanjang bulan Ramadan dengan harga yang berpatutan.

Pada tahun 2019 ini, pihak restoran Riverside di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) mengetengahkan tema Citarasa Warisan @ PWTC dengan pelbagai menu menarik yang pasti tidak mengecewakan hati pelanggan.


Buat pengetahuan, promosi buffet Ramadan kali ini akan bermula dari 8 Mei 2019 sehingga 3 Jun 2019 dan dibuka bermula pada jam 6 petang hingga 10 malam dan pihak restoran Riverside PWTC bakal menghidangkan lebih daripada 250 jenis juadah makanan sebagai sajian berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Lebih 250 Menu Berbuka Puasa

Macam yang aku sebut di atas, pada tahun ini pihak PWTC akan menghidangkan lebih 250 menu berbuka puasa khas buat para pelanggan mereka. 

Pasukan chef PWTC yang diketuai Eksekutif Chef, Suzaini Mohammed Salih akan menghidangkan menu istimewa masakan ala kampung yang akan bertukar juadah tiap minggu. Antara menu yang bakal menawan selera tetamu pada tahun ini ialah :

  • Ayam Kampung Kerisik & Betik Muda
  • Ayam Gulai Minang & Daun Salam
  • Kambing Masak Kari Utara
  • Ikan Pari Asam Pedas Sayur Jeruk
  • Ikan Patin Tempoyak dengan Timun Tua
  • Ayam Brastagi
  • Ikan Tenggiri Masak Kari Hijau dengan Terung Telunjuk
  • Siput Sedut Masak Lemak Kuning
Perghh..banyak kan? Itu belum sebut lagi bab pelbagai jenis lemang yang dihidangkan antaranya :

  • Lemang Pulut
  • Lemang Pulut Hitam
  • Lemang Jagung.

Jadi, bagi peminat Lemang..jangan lepaskan peluang untuk berbuka puasa di restoran Riverside PWTC. Macam aku haritu, memang asyik menghadap lemang dengan rendang. Memang layan habis..Bukan takat lemang, ketupat, satay dan kuah kacang pun ada. Hehe..rasa macam suasana hari raya pun ye!




Antara hidangan lain yang turut bakal ditawarkan kepada para tetamu yang hadir adalah :

  • 13 jenis ulam ulaman
  • 6 jenis keropok
  • 8 jenis jeruk
  • 7 jenis ikan masin
  • 14 jenis sambal 
  • 13 jenis kerabu 
  • Kambing goreng berempah
Kaunter bufet juga turut menyediakan hidangan manisas dan pencuci mulut seperti :

  • 8 jenis kuih muih Melayu termasuk tapai
  • 5 jenis kek
  • 4 jenis pai
  • Aneka jeli
  • Mousse & Pudding
  • 3 jenis bubur manis
  • Aneka biskut Melayu.



Kemudahan Surau & Pengangkutan Awam

Antara sebab yang aku suka berbuka puasa di PWTC ini ialah kerana mereka menyediakan surau yang besar dan di sini para tetamu bukan setakat boleh mengerjakan solat Maghrib tetapi juga Isyak dan Tarawih berjemaah bersama Imam di Surau Ar-Rahman yang terletak di aras 3 PWTC. Kelengkapan solat seperti sejadah dan telekung juga disediakan di sini.

Gambar Ihsan Google
Selain kemudahan surau yang besar dan selesa, untuk datang ke PWTC ni sangat mudah dengan menggunakan kenderaan awam seperti LRT & KTM. Aku sendiri sejujurnya, tiap kali datang ke PWTC aku senang menaiki LRT. Pada aku cara tu lebih mudah, jimat masa dan wang juga..hehe..jadi, tak payah nak pening-pening kepala bersesak dalam kesesakan lalulintas.

Harga Bufet Ramadan Yang Berpatutan

Harga untuk buffet ramadan pada tahun ini di PWTC ialah :

  • Dewasa RM88.00 (Early Bird RM75.00 - pembelian baucar sebelum 5 Mei 2019)
  • Kanak-kanak (berumur dari 7 hingga 12 tahun) RM45.00
  • Warga Emas yang berumur 60 tahun ke atas RM75.00
Pakej Berbuka Puasa Persendirian & Korporat dengan harga berula daripada RM98.00 untuk tempahan minima 100 orang ke atas. Pakej ini turut menyediakan :

  • Hidangan bufet
  • Dewan khas untuk berbuka
  • Sistem audio
  • Penyediaan ruang solat khas
  • Kadar parkir tetap bernilai RM5.00 bermula dari jam 6.00 petang
Untuk tempahan, boleh hubungi :

03-26146701
03-26146702