The Pearl Kuala Lumpur Tawar Penginapan Terbaik dengan Harga Berpatutan

by - January 10, 2019

Merancang untuk percutian keluarga di tengah bandar? Apa kata korang ke The Pearl Kuala Lumpur yang terletak di Jalan Klang Lama.

The Pearl Kuala Lumpur ini suatu masa dahulu dikenali sebagai The Pearl International dan telah beroperasi sejak tahun 1997 lagi. Jadi The Pearl Kuala Lumpur memang terkenal sebagai hotel yang sememangnya berpengalaman luas dalam bidang perhotelan.

lagi menarik, The Pearl Kuala Lumpur ini telah dinobatkan sebagai The Best Muslim-Friendly Hotel dan telah mendapat Asia Halal Brand Award pada 2017.



The Pearl Kuala Lumpur Tawarkan Penginapan Terbaik

Minggu lepas aku berpeluang bercuti dan menginap selama 2 hari 1 malam di The Pearl Kuala Lumpur. Kebetulan sudah agak lama aku tak ambil cuti dan bercuti bersama suami jadi, minggu lepas aku betul-betul ambil kesempatan yang terluang untuk bercuti bersama suami. Walaupun tak jauh tapi sangat bermakna.

Kenapa aku pilih The Pearl Kuala Lumpur? Sebab kedudukannya yang strategik dan terletak di tengah-tengah antara Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Sebenarnya senang cerita, The Pearl Kuala Lumpur ni sememangnya access yang senang dari mana arah pun.



Kalau nak tengok masa perjalanan, boleh rujuk kat bawah ni :
  • KLIA (45 minit)
  • Subang Airport (20 minit)
  • Putrajaya Government Centre (30 minit)
  • Cyberjaya Multimedia Super Corridor Centre (30 minit)
  • PWTC (30 minit)
  • MAEPS (20 minit)
  • Shah Alam (20 minit)
  • KLCC (20 minit)
  • KL Sentral (15 minit)
  • Bandar Tasik Selatan Bus Terminal (15 minit)
  • Sunway Pyramid (10 minit)
  • Mid Valley Megamall (5 minit)
  • Old Klang Road Business & Commercial Hub (2 minit)
Ha..dekat dan mudah je kan nak access ke mana-mana. Lagi pun The Pearl Kuala Lumpur ni attached dengan The Pearl Shopping Centre. Jadi kalau korang menginap di sini, cuma perlu menyeberangi jambatan je untuk ke The Pearl Shopping Centre ni.



Bilik Yang Luas Dan Selesa

Melangkah masuk ke perkarangan lobi The Pearl Kuala Lumpur ni buat aku tertarik dengan dekorasi di ruang lobi yang penuh kehijauan. Memang menarik sangat dan memang instagrammable spot sangat! Mana taknya..ruang lobinya dihias rapi dengan hiasan dinding bertemakan alam rimba, memang sejuk mata memandang. Sempat jugak la aku bergambar kenangan kat sini..hehehe..



Naik je ke aras 13, aku tertarik pula dengan ruangan bilik yang tersusun. Hehe sejenis yang memang suka amik gambar jadi aku abadikan jugak sekeping gambar ruangan bilik kat sini.

Ruangan lift di aras 13


Hari tu aku memilih untuk menginap di bilik Deluxe, maklum la datang dengan suami kan..so lebih selesa pilih bilik dan katil yang luas sikit.

Bilik yang aku pilih ni katil bersize king dengan pelbagai kemudahan lain. Bilik air pula ada bathtub hehe jadi senang la nak berendam (haha..padahal kat umah ada bathtub tapi tak berendam pun..nape ntah berendam kat bathtub hotel lagi best rasanya..hahaha).








Aku memang suka bilik ni sebab ada iron yang disediakan di dalam bilik jadi dah tak payah nak call receptionist untuk request iron bila nak gosok baju pagi-pagi. 



Macam hotel-hotel yang lain jugak, The Pearl KL ni menyediakan 'room facilities' :
  • Coffee & Tea Making Facilities
  • Computerized Door Locking System
  • IDD Telephone
  • Individual Controlled Air-Conditioning
  • Satelite TV & In-House Movies/Music/Radio
  • Complimentary Wifi
  • In-Room Digital Safe
  • Hair Dryer
  • Mini Bar
Pendek kata segalanya lengkap la di sini. Hehehe..kalau aku memang kalau travel atau kemana-mana aku akan pilih utuk menginap di hotel sebab segala kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel memang memudahkan aku.




Selain tu, bagi korang yang memang suka bersenam dan menjaga kesihatan..gym turut disediakan di aras 5 bangunan The Pearl KL ni. Kolam renang pun ada di aras 5 ni.





Ruang makan juga terletak di aras 5 bangunan The Pearl KL iaitu Cafe 5 yang beropearsi dari pukul 6.30 pagi hingga pukul 11 malam. Sebenarnya terdapat 2 tempat makan di The Pearl KL, 1 lagi ialah Executive Lounge yang terletak di aras 23. 

Cafe 5, Aras 5 The Pearl KL

Nikmati Makan Malam King of Grill di Executive Lounge, Aras 23

Alhamdulillah hari tu aku bertuah sebab dijamu dengan makanan yang enak-enak di Executive Lounge yang terletak di aras 23. 

Untuk pengetahuan, Executive Lounge ini beroperasi dari pukul 11.00 pagi hingga 12 tengah malam.  Dan kami hari tu dijamu bermula pukul 6.30 petang sehabis program 'BeautyXtravaganza'

Sempat hadiri beauty workshop, macam-macam produk kecantikan diperkenalkan.
Allahuakbar, makanan yang ada kat sini semuanya sedap-sedap yang menyebabkan aku hampir hilang pedoman jap..hahaha..pedoman untuk menjaga pemakanan. 

Oleh sebab konsepnya ialah King of Grill jadi banyak la makanan bergrill yang dihidangkan antaranya ada grilled lobster, grilled oyster, lamb grilled dan macam-macam lagi lagi.










Makanan memang tip top dan harga pula sangat berpatutan iaitu bermula RM98 sahaja dan korang boleh makan makanan 'mewah' tu sampai pengsan! Dah la Executive Lounge ni terletak di aras 23, jadi korang boleh nikmati makan malam korang dengan pemandangan yang hebat.



Kids Corner


Hebatkan The Pearl Kuala Lumpur ni? Jadi kenapa nak pilih tempat jauh untuk bercuti..memadai kita bercuti di The Pearl Kuala Lumpur..segalanya lengkap di sini.

Untuk keterangan lanjut mengenai The Pearl Kuala Lumpur, boleh la hubungi :

The Pearl Kuala Lumpur
Batu 5, Jalan Klang Lama,
58000 Kuala Lumpur

Tel : +603-79831111
Fax : +603-76219777
Website : www.pearl.com.my

You May Also Like

20 comments

  1. luas dan selesa..yang penting semua lengkap kat sana kan..bestnya...

    ReplyDelete
  2. it's so great to hv a lovely stay in the pearl kuala lumpur.. so many yummy food.. i wanan try..

    ReplyDelete
  3. cantiknya hiasan dalaman dan dekorasi dia. nampak mewah dan ekslusif. nanti kalau turun KL nak menginap di sini la

    ReplyDelete
  4. Selesa la nampak hotelnya. Banyak fasiliti juga seperti kolam mandi, gym. Makanan tu tak menahan oh. Banyak pilihan seafood juga tu. Kalau dapat duduk kat luar cantik eh?. Gambar2 dalam ni pun cantik.

    ReplyDelete
  5. Bestya the pearl hotel ni. Dengan facilities and accomodation yang menarik, servis yang best, ruang yang diberikan juga luas, memang satisfied habis. Siap ada gym depan kolam renang pula tu. Amboi seronok. Nak makan pon mudah. Tak perlu jauh², satu aras. Mudah. Bab makan tu halah halah halah, kemain wow lagi! Ngences tengok gambar tau. Terbaiklah!

    ReplyDelete
  6. Wow!!!...hotel nya cantik....membuatkan siapapun xakan berfikir utk menukar hotel dgn alasan xberpuas hati dgn service yg diasediakan....makananpn sedap2 belaka....tgk gambarpn dh terliur...

    ReplyDelete
  7. eh, macam kenai je dak gegel hujung kolam tu.. hehe. Anyway, best kan hotel ni. Bilik besar dan paling suka KOG buffet dinner tu. Sedap giler makanan-makanan dia. Siap ada lobster dgn oyster tuuuuu....

    ReplyDelete
  8. Astaga lazatnya juadah dia. Rawlins pernah hadir kursus kat sini tapi tak pernah lagi stay kat bilik dia. Nampak cosy and spacious ye

    ReplyDelete
  9. Ya Ampun kak min, kita teringat lagi pengalaman tidur di The Pearl Kuala Lumpur awal Januari 2019 haritu, seronok, part paling seronok bila dapat makan buffet italian tu 😝

    ReplyDelete
  10. hotel yang seronok dan fasilitinya luar bisa tapi yang menggiurkan foodnya, makan semua gril sampai pingsan

    ReplyDelete
  11. Pergh memg cantik hotel dia.. Perabot macam jenis lama. .Unnik. .Nampak selesa, bersih.. I aim kolam rennag tu je. .Hehehe. .Wah makanan italian.. Best giler.. Rasa nak cuba je

    ReplyDelete
  12. Bilik dia nampak luas sangat kan. Kalau bercuti dgn family mesti seronok Tak risau anak-anak berlari dalam bilik. Hehe. Dah la ada pool, sesuai sgt nak bercuti ngan family.

    ReplyDelete
  13. Makanan nampak sedaappp dan jugak ada kids corner! Mouse mommy mmg nak hotel penginapan yg ada kids corner bila bercuti. Senang nak bagi ank2 leisure skali.

    ReplyDelete
  14. wow ! nanti bila i dtg KL, bolehlah list outkan hotel ni untuk stay :). Thanks for the article..

    ReplyDelete
  15. Kalau Lia gi KL nanti nak try lah staycation kat sini pula. Lawa betul view dari atas. Makanan pun best & bilik pun nampak selesa.

    ReplyDelete
  16. wow nampak cozy! comel sgt ade kids cultery, terus rse nk dtg bawak anak2. dann... hurmm sedapnya nampak makanan2 tu...

    ReplyDelete
  17. Best betoi dok kat sini..bilik luas, makanan sedap-sedap lak tu. Nak bershoping semua dekat..berbaloi sungguh dengan harga yg diberi. Rasa nak dok kat sini lagi

    ReplyDelete
  18. this place mcm menarik je... looks very the selesa! boleh consider for staycation nanti!

    ReplyDelete
  19. haha when you mentioned reasonable pricing, how much roughly it is? next time i go kl i wanna try it out too together with the buffet starting at rm98 right.

    ReplyDelete
  20. terbaik hotel ni, dah lah ada makanan sedap, fasiliti pon lengkap seperti adanya gym, sangat bagus value for money kalau stay disini, recommend lah untuk sesiapa yang nak cari hotel ikut budget yang ada singgah sini... tak rugi sebab makanan yang ditawarkan memang menepati citarasa orang kaya kaya heheheh

    ReplyDelete