Mini Market Benzuli Memartabatkan Produk Tempatan

by - January 03, 2019

Mencari yang halal itu adalah satu kefardhuan! 



Allah SWT menjelaskan berhubung perkara ini di dalam surah al-Baqarah ayat 168:
Maksudnya: " Wahai sekalian manusia! makanlah dari apa yang ada dibumi yang halal lagi baik; dan janganlah kamu ikut jejak langkah syaitan kerana sesungguhnya syaitan itu ialah musuh yang terang nyata bagi kamu. "
Umat Islam dituntut supaya mencari yang halal. Mencari yang halal itu adalah wajib. Maknanya umat Islam disuruh mencari kalau ia makanan dan minuman carilah yang benar-benar halal lagi baik, yakni suci, bersih dan berkhasiat. Begitu juga untuk mencari dan memilih restoran, kedai makan dan gerai makan makan carilah dan pilihlah yang benar-benar dijamin halalnya, bersih, kemas dan menyenangkan selera. Ini selaras dengan anjuran Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: 
“Mencari yang halal itu adalah wajib bagi setiap orang Islam”. (HR Ibnu Abdil-Barr)
Teramat penting pengusahanya dipastikan adalah orang Islam. Termasuk tukang masak, pembantunya dan penting juga mereka mempunyai sifat-sifat jujur, amanah dan taqwa. Sebagaimana kisah di zaman Khalifah Umar Al-Khattab RA bila seorang pengembala kambing digoda supaya menjual kambingnya, kerana tuannya tidak tahu kalau pun dia menjual kambing yang dijaganya itu, tetapi pengembala yang berhati bersih, jujur, mulia dan taqwa itu menjawab: 
"Tidak! Sebab Ada Allah Yang Maha Melihat dan Maha Mengetahui"

Mini Market Benzuli Berkonsepkan Halal Mart

Menyedari hakikat betapa pentingnya dan menjadi kewajipan kita sebagai umat Islam untuk mendapatkan sumber yang halal, Mini Market Benzuli telah menjadikan mini market mereka sebagai hub produk halal tempatan.

Mula beroperasi pada 1 Januari 2019, Benzuli telah memilih kawasan Wangsa Maju Seksyen 2 sebagai tapak permulaan. Dengan kedudukan kedai yang strategik diharapkan agar pelanggan dapat memenuhi keperluan harian mereka dan bekalan makanan halal produk tempatan di Mini Market Benzuli ini.

Istimewanya hari pembukaan tersebut, ayam dijual serendah RM1 seekor dengan setiap pembelian RM50 dalam 1 resit! Memang jimat berbaloi. 



Segala barang keperluan ada di sini termasuk bahan mentah, keperluan dapur, keperluan harian dan sebagainya. Bagi peminat-peminat sambal hitam pahang juga jangan lepaskan peluang ini untuk dapatkan Min'z Sambal Hitam Pahang yang viral tu di Mini Market Benzuli ni!





Menurut pemilik Mini Market Benzuli, Fahmi Nazuli..Mini Market Benzuli sememangnya menyasarkan pengusaha-pengusaha produk PKS untuk memasarkan produk mereka melalui Mini Market Benzuli sekaligus memartabatkan produk-produk muslim keluaran bumiputera. Dengan ini dapat membantu kedua-dua belah pihak iaitu pihak pengusaha untuk memasarkan produk mereka dan pihak pelanggan bagi memudahkan mencari produk tempatan yang diyakini halal.

Menurut beliau lagi, perancangannya dimasa hadapan agar dapat membuka lebih banyak cawangan di seluruh Malaysia bagi memasarkan produk-produk tempatan yang diyakini halal sekaligus menjadi halal hub di Malaysia.


Mini Market Benzuli ini beroperasi setiap hari bermula pukul 8 pagi hingga 11 malam. Lokasinya pula terletak di :

No.6 Jalan Metro Wangsa,
Wangsa Maju Seksyen 2,
Setapak, 53300 Kuala Lumpur

Tel : 018-9767099

Bagi usahawan-usahawan PKS yang berminat untuk memasarkan produk, jangan lupa untuk menghubungi Mini Market Benzuli.

You May Also Like

19 comments

  1. Best masuk mart macam ni. Macam-macam sambal, paste dan produk makanan ada. First time tahu pasal ni, boleh try pi ni nanti

    ReplyDelete
  2. wah.. dekat wangsamaju je.. dekat lah ni.. boleh la pi tengok-tengok.. nak cari sambal hitam sedap tuuu.. takyah post2 dah.. hehe

    ReplyDelete
  3. Bagus bagus... banyakka produk halal taoyuiban dalam market. Senang sikit kan

    ReplyDelete
  4. yang penting sambal hitam tu wajib ada ya! yeay tahniah kak min dan owner kedai kerana memartabatkan produk halal,.selamat maju jaya semuanya ya

    ReplyDelete
  5. Kalau boleh diperluaskan pasaran pun pest kan..satu mart di setiap negeri ke kan..wah..sambal hitam Minz pun ada kat sini la...best dan senang la org persekitaran nak dapatkan macam2 sambal kan

    ReplyDelete
  6. saya suka masuk mart mcm ni.. banyak barang yg boleh beli. macam sambal, kerepek, dessert tu semua mmg sedap

    ReplyDelete
  7. Wah..wah.. ada sambal kak min lah kat kedai ni. Adik huda dok wangsa maju, boleh rekemen dia beli bahan masak kat sini. Cantik kedai ni, teratur dengan kemas

    ReplyDelete
  8. Mini market yang ada ciri ciri Islamik nilah yang kita nak. Hopefully akan buka cawnagan di setiap negeri supaya kita mudah nak cari produk dan makanan yang halal dan suci .Kalau dekat luar macam macam isu timbul pasal makanan halal atau tak

    ReplyDelete
  9. Wahh Min'z Sambal Hitam Pahang yang kita suka ada jual gak kat sini ekk..kalau kita gi sana nanti kita nak singgah lah..boleh rembat lebih. Kita suka masuk tempat cam ni..mcm2 ado..sure keluar penuh tangan..:D

    ReplyDelete
  10. Good to have marts like this. Can get our local products easily. Hopefully they will open more branches everywhere so all of us can shop here.

    ReplyDelete
  11. suka pergi kedai macam ni sebab banyak pilihan produk halal yang kadang kita tahu wujud dipasaran pun ...waktu operasi yang lebih dari mart biasa pun memang startegi yang baik...semoga berjaya Benzuli

    ReplyDelete
  12. Nie dekat ngan rumah my sis. Nanti nak ajak dia mai sini la shopping. My sis memang suka sangat produk tempatan nie. TQ for sharing ye.

    ReplyDelete
  13. Wah... Baru tahu. Dekat jer ni ngan rumah Nina. Boleh laaa nanti singgah beli keperluan kat sini. Lagipun
    bagus ada Mart gini, memudahkan orang kita membeli tanpa was was
    Good luck mini Mart Benzuli

    ReplyDelete
  14. Majulah produk tempatan untuk negara.

    ReplyDelete
  15. wah bagus ada tempat macm ni..mesti ada macam-macam produk mkanan kan..boleh terjah ni..mudah bila ada mini mart mcm ni..lagi orang kita jual..kene support

    ReplyDelete
  16. Ini berita yang amat baik untuk umar Islam kerana boleh beli barang-barang kat sini kerana halal. Macam-macam produk makanan ada kat sini kan. :) Sambal tu nampak macam best aje.

    ReplyDelete
  17. Halal mart ni senang utk kawan muslim utk beli barang makanan dan keperluan harian tanpa was-was. Senang keje...

    ReplyDelete
  18. first time know got such a mart, which is good convenient for the muslims. but wait.. garlic pun got halal and non halal? haha

    How to deal with markets ups and downs?

    ReplyDelete
  19. wah... i saw your sambal!! have to share thispost so more people will know about this mini market.. lolz

    ReplyDelete