Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019 Tidak Mengecewakan

Alhamdulillah pada 12 Januari 2019 lepas aku dan rakan-rakan blogger sempat menghadiri Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019. Konsert yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam tu pada aku sangat menghiburkan dan aku cukup berpuas hati.

Jujur, sebelum ni aku tak tahu sangat tentang kumpulan Sabyan ni. Cuma aku memang suka sangat dengar lagu Ya Maulana tapi time aku suka tu aku tak tau pun lagu ni adalah lagu nyanyian Sabyan..hahaha..

Jadi, bila tau yang konsert Sabyan akan berlangsung di Shah Alam pada mulanya memang tak ambil pusing pun tapi bila tau yang Ya Maulana tu lagu Sabyan terus teruja nak pergi haha.

Sedikit Tentang Sabyan Gambus

Sabyan Gambus mula ditubuhkan pada tahun 2015, terdiri dari enam anak muda yang dianggotai oleh Nissa, 19 (vokalis), Ayus (Keyboard), Wawan (perkusi), Kamal (darbuka), Tebe (biola) dan Anisa Rahman (backing vokal).

Mula menjadi fenomena di Indonesia dan Malaysia apabila lagu saduran dinyanyikan kembali oleh mereka yang berjudul Deen As Salam mendapat perhatian di saluran Youtube  dan mendapat sebanyak 190 juta tontonan.



Justeru itu syarikat MHH Laguna Sdn.Bhd mengambil langkah berani menganjurkan "Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia" yang berlangsung selama 3 jam.

Konsert Sabyan Yang Penuh Mengasyikkan

Berbalik kepada Konsert Sabyan Gambus Live In Malaysia 2019 yang aku sempat hadiri Sabtu lepas. Alhamdulillah sebab aku dapat tiket VIP jadi tak adalah bersesak sangat itu pun sebab ramai yang datang aku duduk pun bahagian belakang.


Persembahan pertama sebelum Sabyan keluar, Heliza Helmi & adiknya buat persembahan selawat dan diikuti kumpulan nasyid lagenda tanahair iaitu UNIC. Memang agak gamat jugaklah stadium dengan lagu-lagu nasyid UNIC yang memang dah lama meniti di bibir-bibir masyarakat kita. 



Habis semua persembahan artis jemputan barulah Sabyan Gambus keluar. Semua pun teruja termasuk aku tambahan pula dengan muka dan keletah comel Nissa. Agak terbuai jugak aku dengan lagu-lagu dendangan Sabyan Gambus pada malam tu.



Dan dah tentu lah lagu yang paling aku nantikan ialah lagu Ya Maulana. Bukan main terujanya aku ikut menyanyi..haha.. Untuk malam tu ada 12 lagu yang Sabyan Gambus sampaikan iaitu :-

  • Nassim
  • Ahmad Ya Habibi
  • Ya Asyiqol medley Ya Habibal
  • El Oum
  • Deen As Salam
  • Sukron Lilah
  • Lawkan Bainana
  • Atuna
  • Jamalu
  • Ya Maulana
  • Allumama Labbaik
  • Kun Anta

Itu pun rasa tak puas sebenarnya dengar Nissa sampaikan lagu-lagu ni. Tahniah kepada pihak penganjur, MHH Laguna Sdn.Bhd kerana membawakan konsert-konsert islamik sebegini. Harap nanti dapat jemput lagi Sabyan Gambus ke Malaysia.

Nah, aku belanja korang lagu kegemaran aku Ya Maulana..




Post a Comment

3 Comments

  1. alamak.. adakah daku katak dibawah tempurung. ni first time tahu pasal diorang. nama tu macam familiar tapi macam tak pun ada jugak..

    ReplyDelete
  2. Mula dengar lagu tu kita memang tau nama penyanyinya, dah korang semua pergi ni barulah tau kump ni hehehehe..
    Memang suka lagu tu tome bawak kereta perjalanan jauh...

    ReplyDelete
  3. Eh..akk mmg lost sbb tak pernah dgr nama kumpulan ni..nanti nk dgr lagu2 diaorg tu kot pernah dengar tp x perasan hehe

    ReplyDelete