Susu Fernleaf diperbuat dengan 100% Susu dari New Zealand

by - October 12, 2018

Tahu tak korang yang pengambilan susu seharian adalah sangat penting untuk kesihatan kita? Alhamdulillah..aku bersyukur sangat sebab aku adalah antara yang tergolong dalam kategori penggemar susu. Sejak kecil memang aku gemar minum susu. Jadi memang tak ada masalah la untuk aku minum segala jenis susu.

Jom aku sharekan dengan korang tentang beberapa fakta dan kebaikan susu untuk kesihatan.

Fakta Penting Mengenai Susu

  • Lemak susu TIDAK menyebabkan kegemukan. Namun begitu kadar pengambilan susu mestilah terkawal dan tidak diambil secara berlebihan.
  • Pengambilan susu secara konsisten dapat mengelakkan beberapa penyakit seperti:  
1. Osteoporis iaitu sejenis penyakit tulang yang dicirikan oleh pengurangan ketumpatan mineral tulang, gangguan mikroarkitektur tulang, dan perubahan jumlah serta protein bukan kolagen di dalam tulang. Tulang osteoporosis lebih mudah patah dan penyebab utama osteoporosis ialah kerana kekurangan kalsium.


2. Hipertensi 


3. Kanser Kolon

  • Susu adalah anti-asid yang sangat baik. Meminum segelas susu apabila mengalami pedih ulu hati boleh menenangkan paip makanan dari keradangan. Meminum susu secara tetap dan konsisten dapat mencegah ulser perut dan masalah perut yang lain.
  • Meminum segelas susu panas sebelum tidur dapat melonggarkan otot-otot tegang dan menenangkan saraf setelah penat bekerja seharian.
  • Pengambilan susu juga dapat mengurangkan gejala PMS (Pre-Menstrual Syndrome) kerana ia merupakan pelega atau penenang tekanan yang hebat.
  • Susu menjadikan badan lebih sejuk dengan mengekalkan tahap cecair dalam badan kita.
  • Pengambilan segelas susu ditambah 1 sudu badam dikisar dan 1 sudu madu setiap pagi dapat menajamkan minda dan menguatkan daya ingatan.
  • Susu mampu menjadikan kulit cerah dan berseri.

Susu Pilihan Aku? Mestilah Fernleaf!

Nah..sekarang korang dah tau kan banyaknya kebaikan susu untuk kesihatan kita. Selain untuk kesihatan, susu juga penting untuk kecantikan tau! Sebab tu Cleopatra dikhabarkan mandi susu setiap hari.



Tapi dalam banyak-banyak jenama susu..aku pilih Fernleaf. Kenapa? Sebab susu yang dihasilkan oleh Fernleaf ini datang dari lembu tenusu yang menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak susu. Hurmmm..macam mana tu ek? Jom aku cerita kan..

Lembu Tenusu & Rumput

Untuk pengetahuan korang, bukan semua lembu tenusu diberi makan rumput. Tetapi Fernleaf yang diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand ini sangat berlainan dari susu yang lain kerana di New Zealand dengan tanahnya yang subur, kadar hujannya yang baik dan cahaya matahari yang banyak menjadikannya salah satu tempat yang terbaik di dunia untuk menghasilkan susu.

Di New Zealand, lembu tenusunya dapat meragut rumput secara bebas, TANPA TERKURUNG DALAM KANDANG yang mana rumput di sana adalah rumput yang berkualiti tinggi dan terbaik dari alam supaya lembu-lembu tenusu ini dapat menghasilkan susu berkhasiat yang berkualiti tinggi.


Dengan menghabiskan 90% masa untuk meragut rumput secara bebas pada hari yang cerah, lembu-lembu tenusu secara tidak langsung mendapat kandungan vitamin D yang sihat. Sebab itulah susu Fernleaf mengandungi vitamin D yang lebih tinggi!


Jadi..korang dah faham kan kenapa susu Fernleaf lebih berkhasiat dan lebih baik? Sebab dengan rumput yang berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang bersih, lembu tenusu mereka menghasilkan susu secara semulajadi tanpa memerlukan sebarang bentuk penggalak!


Susu Keluaran Fernleaf 100%Mmmmm

Sekarang korang dah faham la kan kenapa aku memilih susu Fernleaf yang diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand ni? Dengan lebih daripada 140 tahun pengalaman, terbukti Fernleaf menghasilkan susu yang berkualiti tinggi. 



Mana tak nya...peladang mereka sangat berdedikasi tinggi dan bangga dalam kerja mereka tau bagi memastikan kualiti tertinggi pada setiap peringkat pengeluaran susu bermula daripada air yang bersih, rumput yang berkualiti tinggi sehinggalah produk sedia untuk diedarkan kepada pengguna.

Aku memang setiap hari akan minum susu Fernleaf ni. Terdapat 3 jenis susu keluaran Fernleaf iaitu Low Fat, Full Cream dan Coklat


Hehe..paling aku suka mestilah coklat. Untuk full cream dan low fat walaupun aku selalu jugak minum bergelas-gelas kekadang aku kreatifkan sedikit pengambilan susu tu macam aku rendamkan beberapa biji kismis dalam susu dan minum setiap pagi.


Kadang-kadang aku blendkan 3 biji kurma dengan segelas susu full cream. Tak pun kadang-kadang aku buat french toast je..pecahkan sebiji telur dan campurkan sedikit susu dan kemudian aku salutkan dengan roti dan goreng..perghhh..memang sedap.

Apa pun..aku sarankan korang juga untuk ambil susu Fernleaf macam aku..memang 100% Mmmmm


[Trailer Filem Min, Moo & Fernleaf]

Mengisahkan tentang Moo yang berasal dari New Zealand merentasi dunia untuk bertemu Min semata-mata untuk memperkenalkan Min kepada susu Fernleaf yang dihasilkan oleh Moo.. 

Moo menghasilkan susu Fernleaf dengan penuh kesegaran dan tanpa sebarang penggalak susu kerana di New Zealand rumputnya berkualiti tinggi, iklim yang selesa, udara dan air yang segar. Tambahan pula Moo meragut rumput secara bebas

Bagaimanakah kesudahan kisah Min, Moo & Fernleaf ini? Mampukah Moo membuatkan Min jatuh hati dengan Fernleaf? 

Jangan lupa saksikan kesudahannya sekarang.. 

Nota kaki :  tak tau berapa kali aku gelak guling2 nak tulis ni. Ada gaya tak nak jadi penerbit filem?haha.. 



You May Also Like

8 comments

  1. sedap susu fernleaf ni tak manis sangat

    ReplyDelete
  2. Ccl pun salah sorang pengemar minuman bersusu . .tiap hari bangun tidur wajib minum segelas susu

    ReplyDelete
  3. aduimak geli plak tengok gambar tulang osteoperosis tuh ek,itulah akibatnya kalau tak minum susu hah setiap hari...

    ReplyDelete
  4. Seram lak tengok gambar tulang berlubang-lubang tu eiiiii... Susu memang bagus untuk kita sebab dia membekalkan kalsium untuk tulang yang kuat.

    ReplyDelete
  5. Dipelbagaikan pun ok jugak rupanya tapiii kita tak sempat nak pelbagaikan. Beli je mesti srup habis terus hahah

    ReplyDelete
  6. Buat eskrem pun sedap...ais aia halus je nanti...well fernleaf mmg pilihan kalau susu choc

    ReplyDelete
  7. Susu Fernleaf memang sedap, terutama coklat UHT. Dah tua2 ni saya kena start minum susu balik untuk elakkan osteoporosis..takut tengok gambar. Harap tulang saya kuat dan sihat dengan Fernleaf..

    ReplyDelete
  8. peminat tegar susu kena ada stock sokmo susu tak kira susu apa.. susu fernleaf ni salah satunya

    ReplyDelete