Wajib Singgah Makan Di Sini Jika Ke Perlis

by - September 11, 2018

Ingat lagi tak kisah-kisah yang aku share tentang tempat-tempat menarik di Perlis dalam episode Travelogue Perlis aku yang lepas?


Ha..hari ni aku nak share pula tempat makan yang menarik yang ada di Perlis ni. Semua tempat yang aku share ni semuanya aku dah singgah sepanjang aku di Perlis bulan lepas. Harap perkongsian ini dapat membantu korang jika korang plan nak ke Perlis.

1. BossKu House

BossKu House ni terletak di bandar Kangar. Menyediakan pelbagai hidangan barat dan tempatan yang sangat bersesuaian denga citarasa kita.

BossKu House menyediakan hidangan daripada sarapan hinggalah ke makan malam. Sarapan bermula dari pukul 7 pagi hingga 1 petang. Antara menu sarapan yang menjadi pilihan pelanggan ialah Nasi Lemak Ayam Goreng Pak Mid. Untuk menu barat pula yang menjadi pilihan pelanggan ialah 'Mixed Platter'. Untuk 'Mixed Platter' ni hidangannya terdiri daripada ayam, lamb & mixed steak dalam satu pinggan yang dihidang dengan spaghetti, sayuran, sup cendawan dan kentang goreng.

Selain hidangan yang aku sebut di atas, terdapat pelbagai lagi menu pilihan pelanggan seperti sate dan ketupat palas.






Untuk maklumat lanjut tentang menu-menu di BossKu House ni korang boleh la rujuk di bawah ni :

BossKu House
Persiaran Jubli Emas,
01000 Kangar, Perlis
Tel : 017-4844950

2. Samudera Bistro Restoran, Putra Brasmana Hotel

Samudera Bistro Restoran ni terletak di Putra Brasmana Hotel di Kuala Perlis. Samudera Bistro Restoran ni menyediakan pelbagai menu menarik, sedap dan harga yang sangat berpatutan.

Baru-baru ni aku berkesempatan merasai sendiri keenakan menu yang ada di sini antaranya sizzling mee, mee ketam, cucur udang dan nasi ayam. Paling aku suka ialah mee ketam. Mee ketam kat sini dihidangkan dengan seekor ketam bersaiz sederhana dan segar! Kuahnya pula ya Allah..memang pekat dan terasa segala bahan yang ada dalamnya. Untuk mee ketam ni aku bagi 5 bintang!




Cucur udangnya pulak..perghh kuah dia memang terbaekkkk! sumpah aku tak tipu! Korang kena cuba rasa sendiri makanan yang ada di Samudera Bistro ni baru korang faham betapa nikmatnya makan cucur udang di sini! haha..


3. Pelo Kitchen

Pelo Kitchen terletak di Jalan Kangar-Alor Setar ini menghidangkan pelbagai menu yang menggabungkan makanan asia dan barat.

Pelo Kitchen beroperasi dari pukul 12 tengahari sehingga pukul 10 malam. Dimiliki oleh seorang chef yang sangat berbakat iaitu Chef Kenneth Goh yang berpengalaman luas dalam bidang masakan dan telah pulang ke Malaysia setelah sekian lama berkhidmat di Singapura.

Nak tahu apa menu yang ada di Pelo Kitchen ni? Nah..aku belanja gambar-gambar makanan yang ada di sini untuk korang nilaikan sendiri. Yang pasti semua menu di sini sedap! Aku paling suka ayam tu! haha..








Kalau korang nak kan maklumat lanjut mengenai Pelo Kitchen, korang boleh rujuk di bawah :

Alamat : No.315, Tingkat bawah,
Jalan Kangar-Alor Setar, 
Taman Pengkalan Asam, 01000
Kangar, Perlis

4. Big Tas'tea

Pada aku konsep kat sini sangat menarik. Mana tak nya...konsepnya ialah konsep pandu lalu ala-ala Mcd & KFC tu. Ada pelbagai menu di sini antaranya ialah tast pizza, Makchichen meal set, fastfood set, western set dan banyak lagi.



Minuman pula ada horlick series, signature series dan macam-macam lagi. Cam aku haritu, aku order Vanila Caramel Bubble. Serious la korang..memang terbaekkk.sedap namatey kata budak-budak sekarang.


Ni antara menu yang aku nak kongsikan dengan korang. Serious pizza dia sedap wei. 




 Oleh sebab kat sini konsepnya 'Drive-Tru' maka selepas buat order kita cuma tunggu je la dalam kereta dan krew Big Tas'Tea akan hantar ke kereta. Aku suka sangat konsep ni sebab aku memang sejenis yang suka tapau makanan dan makan kat rumah!



Maklumat lanjut mengenai Big Tas'Tea ialah :

Big Tas'Tea (cawangan Arau)
Bumbung Lima, Batas Liku,
02600, Arau
Tel : 012- 9455433

You May Also Like

1 comments

  1. tq for sharing this, cik min.
    perlis aida lom pernah rayau lagi.
    asyik la plan bcoz sgt nak ke pdg besar.
    tapi lom ada rezeki nak jejak perlis.
    bagus ni. once aida da sampai perlis, memudahkan utk google.
    penting tu tempat makan.

    ReplyDelete