Mewah dan Damai di The Cedar Villa, Bidor

by - September 23, 2018

Aku sebenarnya tak berapa familiar sangat dengan daerah Bidor yang terletak di negeri Perak. Pernah singgah ke pekan Bidor sekali je kot sebab nak beli petai. Jadi, aku memang tak tau apa tarikan yang ada di Bidor ni sehinggalah baru-baru ni aku dan rakan-rakan pergi bercuti di Bidor.


The Cedar Villa Bidor

Kami memilih The Cedar Villa sebagai tempat penginapan kami. Maklum la..kami ramai jadi kenalah pilih tempat yang luas dan selesa. The Cedar Villa ni terletak cuma kira-kira 10 minit ke pekan Bidor.


Nak datang ke The Cedar Villa ni tak susah pun. Perjalanan daripada Kuala Lumpur ke The Cedar Villa cuma mengambil masa kira-kira 1 jam 15 minit sahaja. Dekat je kan? Keluar je di exit Bidor, lepas tol korang terus belok ke kanan dan beberapa kilometer dah sampai ke persimpangan ke The Cedar Villa.


The Cedar Villa terletak di kawasan persendirian di atas bukit. Kiranya memang private place la yang memang seronok kalau kita berkumpul dengan keluarga atau bersama rakan-rakan. Jom aku kongsikan tentang The Cedar Villa ni dengan lebih details.


Kemudahan di The Cedar Villa


  • Bilik

Terdapat 8 buah bilik dilengkapi penyaman udara dengan 8 bilik air di dalam villa serba mewah ini. Mampu menempatkan antara 8-16 orang dalam satu masa.

Aku dan suami hari tu dapat bilik yang katilnya bersaiz king dan bilik kami bersambung dengan bilik Uzu. Hehehe..tapi kami tak buka lah bilik anak dara sorang tu.

Ni bilik aku dan suami..gambar dari gallery The Cedar @ Bidor

Bilik kami memang betul-betul selesa, bukan takat bilik je selesa tapi bilik air pun selesa dan luas sangat..boleh guling-guling lagi dalam tu hahaha..

Bilik air memang selesa sangat


Bilik bersaiz queen


  • Infinity Edge Swimming Pool
Aku suka sangat kolam renang yang ada di sini sebab di tempat terbuka dengan pemandangan yang sangat memukau. Kalau korang datang bersama keluarga memang seronok lah berendam dalam kolam ni sebab tempat ni memang kawasan private jadi tak payah nak share-share dengan orang lain..konsepnya HANYA KITA!! haha..syok woooo...

Haritu, sebab kami je yang conquer villa ni maka yang geng-geng lelaki ni berendam sampai pukul 2-3 pagi. Ada pulak cekodok goreng panas-panas bersama kopi O panas..perghh memang layan oooo..




  • Outdoor Dining Area
Aku sukakan konsep meja makan di luar ni. Memang cantik dan terasa mewah sangat..hahaha..ye la fefeeling laaa kan..makan depan kolam renang. 

Kat sini la kami hari tu berkampung makan ramai-ramai. Memang meriah dan seronok sangat bila sesekali berkumpul macam ni. Rasa macam satu keluarga. Sambil makan sambil berborak dan bergurau senda.


Cantikkan? ni gambar dari gallery The Cedar @ Bidor
  • Barbecue Area
Kat sini disediakan juga BBQ area. Kami hari tu tak berkesempatan dan ber BBQ. Tapi kalau korang merancang nak datang ke sini aku syorkan korang buat la BBQ kat sini.

Kawasan BBQ nya memang luas sangat! memang seronok oiii kalau BBQ kat sini. Pulak-pulak pas sejuk-sejuk berendam dalam kolam renang, naik makan panas-panas..


  • Pool Table
Kat sini juga disediakan meja pool. Oleh sebab tempat percutian ni berkonsepkan 'private'..di sini tiada disediakan wifi. Jadi aktiviti di malam hari kami hari tu cumalah berkaraoke dan main pool ni.


  • Karaoke Lounge
Macam yang aku bagitau kat atas tadi..aktiviti kami sepanjang di sini ialah berkaraoke dan bermain pool. Hahaha..seronok melalak kat sini sebab ruangannya memang luas dan selesa.

Kiranya kalau datang bersama family tu memang puas ati sangat la.


Ni kami lepak-lepak, borak-borak sambil tunggu turn nak menyanyi


  • Bilik Mainan Kanak-kanak
Menariknya di The Cedar Villa ni ialah bilik permainan kanak-kanak turut disediakan. Kiranya, time mak-mak & bapak-bapak dengan aktiviti masing-masing, anak-anak pun boleh turut buat aktivit mereka sendiri di bilik permainan ni.


  • Ruangan Dapur 
Ruangan dapur di The Cedar Villa ni memang sangat luas dan selesa. Pendek kata kelengkapan dapur di sini pun lengkap. Senang nak memasak, terasa seakan berada di dapur rumah sendiri.

Kalau korang datang ke sini, cuma perlu bawa bahan untuk masakan..kelengkapan dapur seperti rice cooker, toaster, cerek elektrik, pinggan mangkuk, kuali dan semua keperluan di dapur tu cukup lengkap. Tang ni aku memang puji sungguh-sungguh sebab di The Cedar Villa ni segalanya ada!

Sampaikan bab air mineral pun korang jangan bimbang. Tak perlu nak beli dan bawak air mineral sendiri sebab di sini mereka sediakan segalanya.



  • Kawasan Parkir yang luas
Kat sini korang nak bawak kereta berapa buah pun tak kisah sebab kawasan parkir yang disediakan memang cukup luas untuk semua kereta. Cam hari tu kami bawa 5 buah kereta..


Wah..memang seronok sangat tau korang bercuti di The Cedar Villa ni. Macam aku..aku memang sukakan kawasan yang penuh kedamaian ni..gittewwww..hahaha.

Tarikan Sekitar The Cedar Villa

Tapi bukan tu je..kalau korang datang ke sini, korang wajib ke Gepai Waterfalls atau Air Terjun Gepai. Terletak cuma kira-kira 4 kilometer je dari The Cedar Villa ni. Jadi kalau korang tak amik kesempatan untuk datang ke Air Terjun Gepai ni amatlah rugi! Mana tak nya..Air Terjun Gepai ni tersenarai antara 10 air terjun terbaik di negeri Perak.



  
Nah ni sedikit informasi tentang Air Terjun Gepai :


Selain ke Air Terjun Gepai, korang jugak boleh terus naik ke Cameron Highlands. Tak jauh dah dari Bidor ni..cuma mengambil masa selama 1 jam 20 minit je untuk naik ke Cameron melalui jalan Tapah. So korang tak payah la tanya lagi nak gi mana selain air terjun kan? hehehe..




Maklumat & Keterangan Lanjut

Berbaloi! Itu je yang mampu aku cakap jika korang memilih The Cedar Villa sebagai tempat penginapan percutian korang. 

Kalau korang berminat untuk datang ke sini, nah sedikit maklumat untuk korang

Harga : RM1800-RM2300 semalam

Alamat : Lot 1852, Jalan Paku,
Kampung Chang, 35500
Bidor, Perak

Tel : 012-6839979





You May Also Like

20 comments

  1. wah syoknya bawak family!

    ReplyDelete
  2. Cantik sangat villa ni, luas dan nampak selesa tuu.. Seronok dalam bilik air pun boleh golek golek 😍


    www.husnieyhusain.com

    ReplyDelete
  3. cantiknya dan exclusive mewah nampak !! lagipun kongsi ramai2 xpe nak retreat sesekali kan jauh dari bandar. kolam the bomb. boleh karoke lagi. pergh..

    ReplyDelete
  4. Teringin gila nak datang sini buat family day sebab banyak aktiviti boleh buat kat sini. Tapi asyik fully-booked je. Hot ni.

    ReplyDelete
  5. waa cantiknya nampak, grand & elegant betul villa ni ek. Dalam pon nampak cantik dan selesa sgt susun aturnya etc. Pemandangan pon breathtaking! Kalau ke Bidor nnt nak try lah stay kat Villa ni 😍

    ReplyDelete
  6. serius best sangat tempat sis pergi ni..insyallah mmg ada plan nk pegi dgn fmly semua..tg tgu waktu sesuai...nak sangat pergi...

    ReplyDelete
  7. cantiknya tempat nih kak min. besar and selesa plak tuh! Siap ada swimming pool lagi. Bila nak pergi lagi. Jom! haha

    ReplyDelete
  8. sesuai utk family besar sebab boleh tong2 duit utk byr harga per night tu hehe.tapi suasana dia sangat2 best tu.aishhh.

    ReplyDelete
  9. bidor ada tempat yang cantik macam ni.. syok nya dapat bercuti di sana.. great stay... nice villa

    ReplyDelete
  10. Fuh luas dan cantik the ceddar ni ,siap berkaraoke dan mandi sungai lagi haaaa , nak berfamily day sesuai sgt ni

    ReplyDelete
  11. Bidor pun ada tempat percutian yang best dan menyeronokkan ya. Menarik betul lah. Sebelum ni pernah sampai sana banyak ladang kelapa sawit je

    ReplyDelete
  12. Eh. Kebetulan plak Rawlins kena rancang untuk next vacation bagi Rawlins dan kengkawan. Memang sesuai la ada karaoke bagai. Yes! Nak booking la.

    ReplyDelete
  13. Ya ampun canteknya villa ni. Kalau datang bercuti dengan keluarga besar mmg best. Teringin nak bercuti dekat kawasan mcm ni

    ReplyDelete
  14. Wowww cantiknya min. Teringin nak nak ke sana. Boleh bercuti utk percutian keluarga ni. Nanti nk pakat gan adik beradik ajak depa semua ke sini

    ReplyDelete
  15. Cantiknya villa ni..buat family day ramai2 kat sini mesti best kan...paling best pool dapur semua tu lengkap..perghh buat bbq rmai2 pun syiok

    ReplyDelete
  16. Wah.. Menariknya. Boleh la suggest kat family kat ipoh ni. Ke kengkawan belah sana yang mungkin nak pergi bercuti kan..

    ReplyDelete
  17. Jarang ke area Bidor ni. Tak sangka pulak ada penginapan yang menarik dan selesa kat sini. Nampak high class sangat. boleh lah cuba nginap kat sana nnt

    ReplyDelete
  18. Cantik rumahnya..besar dan luas pulak tu..swimming pool tu menarik perhatian betul..mwngadap hutan tu..buat family day syok ni dekt sini...tenang je

    ReplyDelete
  19. menariknya ada tempat penginapan mcm ni dekat bidor! kampung saya dekat sangat dengan bidor. kalau raya tu mmg penuh kdg menyempit2 tdo. boleh la nanti sekali sekala try menginap tempat ni. hihi. Tq for sharing this!

    ReplyDelete
  20. La kat Bidor ke..ingatkan kat Bali ni..memang cantik giler viewwww..sempoi gak sambil berendam sambil layan keindahan alam.

    ReplyDelete