Jom ke SEEngapore Dengan Traveloka Promotion Yang Hebat!

by - September 03, 2018


Aku suka ke Singapore. Tak ingat dah berapa kali ke sana tapi tak pernah jemu untuk ke sana. Kali terakhir aku ke Singapore dalam 4 bulan lepas kalau tak silap.


Cuma untuk masuk ke Singapore ni ada beberapa perkara yang korang kena tahu antaranya ialah larangan mebawa masuk rokok dan gula-gula getah.

Jadi, kalau korang merancang untuk masuk ke Singapore ni pastikan korang tak terbawa gula-gula getah dan rokok ye. Kalau tak banyak hal pulak kat Immigration tu nanti.


Oh ye..lagi satu..di Singapore ni tandas-tandasnya tidak disediakan air macam di Malaysia ni. Namun bukanlah semua tempat sebab ada juga tanda yang disediakan air seperti yang terdapat di Pulau Sentosa. Cuma korang kena pandai la sikit untuk cari.

Apa yang ada di Singapore? Sebenarnya ada beberapa tempat yang korang mesti lawati di Singapore ni. Antaranya ialah :

1.       Merlion Park
Merlion Park adalah mercu tanda Singapore. Biasanya para pelancong dari luar Negara akan berpusu-pusu untuk datang bergambar di Merlion Park ni. Dalam erti kata lain tak sah lah kalau ke Singapore tak singgah di Merlion Park ni.


2.       Esplanade
Kat sini pun tempat yang korang kena lawati. Bagi kaki-kaki bergambar, banyak spot-spot menarik untuk bergambar di sini.




3.       Bugis Street
Tempat ni menjadi tumpuan pelancong untuk membeli cenderahati. Khabarnya di Bugis Street ni harganya lebih murah berbanding di tempat lain.


Pelbagai barang ada di sini, bukan setakat barangan cenderahati malah makanan dan minuman pun ada dijual di sini.


4.       Masjid Sultan
Masjid Sultan adalah masjid yang tertua di Singapore ni. Masa aku ke sini tempohari, masjid ni tengah renovation sikit.

5.       Kampung Glam
Sebuah penempatan Melayu yang masih mengekalkan ciri-ciri keaslian. Banyak yang menarik ada di Kampung Glam ni tau!


6.       Restoran Zam-Zam
Restoran Zam-Zam ni memang sangat terkenal di Singapore. Ramai pelangan yang akan berpusu di sini dan jangan terkejut sebab kebanyak pelancong dari Malaysia suka makan di sini. Nasi beriani Restoran Zam-Zam ni memang sedap.
Restoran Zam-Zam ni terletak Cuma seberang jalan je dari Masjid Sultan.


7.       Pulau Sentosa
Kat sini la terletaknya Universal Studio Singapore (USS) yang famous tu. Dulu masa aku ke USS ni, minion kegilaan aku belum ada lagi. Sekarang dah ada tapi belum berkesempatan nak masuk ke USS.

 Beberapa bulan lepas aku naik trem untuk ke Pantai Siloso dan Palawan je, langsung tak masuk USS.


Sebenarnya kalau satu hari je memang tak cukup nak pusing Pulau Sentosa ni..banyak sangat tempat menarik di sini. Cuma aku hari tu pilih untuk ke pantai sebab aku memang sukakan pantai. Ada bermacam aktiviti juga di pantai ni tau..malah flying fox pun ada!


8.       Garden By The Bay
Ha..ni memang port wajib korang kena datang. Disini pertunjukan berlampu yang diiringi muzik diadakan. Memang cantik sangat-sangat. Tapi nak tengok pertunjukan berlampu ni kena lah datang pada sebelah malam ye.

Masa aku pergi hari tu, memang enjoy sangat aku tengok pertunjukan lampu dengan iringan muzik star wars. Pendek kata kalau tak tegok persembahan rhapsody di Garden By The Bay ni macam rugi lah sikit.

Promosi Traveloka Untuk ke SEEngapore

Haaa..menarikkan Singapore? Jom la ke Singapore dan tempah sekarang dengan Traveloka yang sememangnya pakar dalam perjalanan dan percutian ni. Tak sia-sia untuk membuat tempahan dengan Traveloka dan saksikan sendiri kehebatan SEEngapore kerana Traveloka adalah ‘one-stop-travel app’ yang menawarkan kemudahan perjalanan dan percutian ke Singapore.

Menariknya merancang percutian dengan Traveloka ni ialah kerana mereka menawarkan diskaun hebat dengan RM50 flate rate diskaun untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia ke Singapore dengan menggunakan Traveloka samada melalui laman web atau aplikasi dengan menggunakan kupon ‘GOSG’

Bukan tu je tau..malah Traveloka membuat tawaran potongan tempahan hotel sehingga 20% di Singapore, TIADA KUPON DIPERLUKAN!

Jadi, tunggu apa lagi? Jom klik SEEngapore Traveloka Promotion sekarang dan nikmati percutian yang hebat dengan promosi Traveloka ke SEEngapore

Syarat-syarat Membuat Tempahan

1.       Promosi RM50 hanya sah untuk penerbangan pergi-balik dari mana-mana lapangan terbang di Malaysia dalam satu booking ID.

2.       Pilih penerbangan dan gunakan kupon kod ‘GOSG’ sewaktu penerbangan.

3.       Pilih hotel yang mempunyai diskaun 20% dari harga asal daripada senarai hotel yang terlibat.

4.       Tempoh tempahan : 1 Sept – 30 Sept 2018 (subject to change)

5.       Tempoh perjalanan : bila-bila masa

Menarik kan? Jadi tunggu apa lagi?? Jom klik SEEngapore Promotion sekarang dan nikmati percutian yang hebat dengan promosi Traveloka ke SEEngapore



You May Also Like

8 comments

  1. cantiknya singapore! teringin jugak nakp tapi kena menabung lagi la. best betul traveloka ni selalu buat promosi

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan..cantik..Dah la ada promosi sekarang

      Delete
  2. Teringin nak pi singapore ni, tambah pulak traveloka buat harga murah ...jom

    ReplyDelete
  3. First time ke Singapore pd 2012.. mmg best.. in shaa Allah akan repeat lg.

    ReplyDelete
  4. jom repeat dgn geng blogger..last kita pergi singapore tahun 2009 kot..lama sgt dh

    ReplyDelete
  5. aida lom pernah jejaki spore, cik min.
    akan gi. maybe folo day tour from kl sentral.
    byk ada dah kan.
    nak gi sendiri, mcm x brape pandai selok-belok perjalanan di spore.

    ReplyDelete