Potboy Groceries Memudahkan Hidup Anda!

Pernah tak korang rasa macam nak beli barang tapi malas nak keluar rumah? Hahaha..aku selalu rasa camtu. Kadang tengok barang-barang dapur terutamanya dah surut tapi terlalu sibuk untuk keluar berbelanja, kekadang masa cuti pulak rasa malas sangat nak keluar.

Kalau korang sejenis macam aku, jangan bimbang..sekarang banyak benda yang memudahkan hidup kita ni. Kini dah ada Potboy Groceries tau! Potboy Groceries ni ialah satu platform membeli-belah secara online dengan penghantaran percuma dan tanpa tempahan minima. Maksudnya korang boleh beli walaupun 1 jenis barang melalui Potboy Groceries ni.


Bertempat di Jaya One , PJ pada 6-8 Julai yang lepas..Potboy Groceries x Fave telah mengadakan karnival O2O (Online to Offline). Karnival yang berlangsung atas kerjasama Fave ini bertemakan "Offline Cashless Shopping" dimana segala pembelian adalah menerusi akaun fave bukan secara tunai. 

Sekitar Karnival Potboy x Fave

Karnival yang berlangsung selama 3 hari di Jaya One Petaling Jaya pada 6-8 Julai lalu disambut meriah dengan pelbagai acara termasuk Bon Chili Challenge & Maggi Pedas Giler Challenge yang menyaksikan pemenang untuk setiap pertandingan membawa balik wang sebanyak RM1,111..wahhh..memang banyak! Sebab tu aku pun turut serta dalam pertandingan tu..ahahahaha walaupun tersingkir awal dipusingan pertama.


Bercerita tentang pertandingan tu, aku sebenarnya join Bon Chili Challenge dimana untuk pusingan pertama kami diberikan semangkuk nasi bersama 4 sudu besar Bon Chili yang tahap kepedasannya level 10.



5 pemenang yang berjaya menghabiskan nasi dan serbuk cili tersebut akan bertanding dipusingan seterusnya dengan menghabiskan sebotol Bon Chili yang tahap kepedasannya level 15! Perghhh..makan yang level 10 pun dah menangis-nangis, apatah lagi makan yang level 15 ni..hahaha..

Apa pun salute pada pemenang yang berjaya membawa pulang wang tunai RM1,111. Tahniah Lux yang menghabiskan sebotol Bon Chili Level 15 dengan pantas.



Sepanjang karnival Potboy x Fave ni berlangsung, terdapat pelbagai jenis barangan termasuk makanan dan minuman seperti Coca-cola, Milo, Sabah Tea, Maggi, Homesoy, 100 Plus dan pelbagai lagi jenama turut dijual dengan harga yang sangat-sangat berbaloi.




Lebih menarik, setiap booth disediakan sample makanan dan minuman untuk para pengunjung merasai sendiri produk yang dijual di sini.






Cara Membeli-belah di Potboy Groceries

Tak susah pun kalau korang nak bershopping secara online di Potboy Groceries ni. Korang cuma perlu pergi ke laman web mereka iaitu https://potboy.com.my/index.php/

Korang boleh pilih pelbagai barangan yang korang perlukan. Cuma harap korang jangan rambang mata sudah la..hahaha..

Apa-apa pun untuk mengetahui lebih lanjut lagi tentang Potboy ni, korang boleh la ke :


Hasil tangkapan aku di Potboy x Fave

Post a Comment

2 Comments

  1. Pedas2 ni ssh nak hadam gak .. hehehe pedas skit2 blh laa .. wah sekarang ni macam2 ada ...cukup mudah dan jimat masa ..

    ReplyDelete
  2. Heyyyy! banyaknya hasil tangkapan dia..hahaha...syok la makan pedas-pedas..tapi Sally tak rasa pedas, rasa masin je..

    Congrats Potboy!

    ReplyDelete