Live Aesthetic Demo Event di Toscana Medi Clinic

by - May 09, 2018

Korang pernah tak tengok live demo untuk rawatan kecantikan? Ha…aku berpeluang baru-baru ni untuk menyaksikan sendiri live demo bagaimana rawatan Vampire Bloody Facials dilakukan depan mata.




Apa Itu Vampire Bloody Facials?

Vampire Bloody Facials atau lebih dikenali sebagai PRP iaitu singkatan kepada Platelet Rich Plasma adalah salah satu kaedah perawatan kecantikan yang disamakan dengan facelift tanpa pembedahan. Rawatan PRP adalah selamat dan efektif malah dapat merawat bukan dari segi kecantikan kulit tetapi juga kecederaan otot, tendon dan tulang. Rawatan ini sesuai bagi pesakit yang ingin mencuba rawatan alternative selain dari pembedahan.Rawatan PRP adalah bebas dadah dan menjanjikan tempoh penyembuhan yang lebih singkat.

 

Bagaimana Terapi PRP Dijalankan?

Terapi PRP menggunakan larutan plasma kaya platelet yang diambil sedikit dari darah pesakit. Platelet dalam darah kita berfungsi membebaskan protein penyembuhan yang dikenali sebagai Growth Factor di mana secara terkumpul Growth Factor akan mempercepatkan penyembuhan kecederaan dan tisu rosak. Ia akan merangsang proses pemulihan di kawasan yang menerima rawatan. Oleh itu, penyembuhan mengambil masa yang lebih singkat, semulajadi dan bebas risiko.



Kecederaan Yang Boleh dirawat Dengan Menggunakan Terapi PRP

Kecederaan bahu & lengan
  • Rotator Cuff Tendonitis 
  • Golfer's & Tennis elbow 
  • Tendonitis pada siku 
  • Tegangan dan kekoyakan ligamen 
Kecederaan Belakang Badan
  • Facet joint Arthritis 
  • Sakit sendi Sacroiliac 
Kecederaan Lutut
  • Patellar tendonitis 
  • Kesakitan Otot Quadriceps 
  • Ketegangan & Kesakitan Ligamen 
  • Bursitis
Kecederaan Pinggul
  • Kesakitan / Kecederaan pada sendi pinggul 
  • Bursitis 
  • Kecederaan hamstring/peha
Kecederaan Kaki & Buku Lali
  • Plantar fasciitis 
  • Achiles tendonitis/ tendinosis 
  • Seliuh buku lali 
  • Tegangan/ Kekoyakan tendon & ligamen
Kesan Penuaan & kedutan Muka

Kesan Parut

Masalah Keguguran Rambut

Rawatan Vampire Bloody Facials Untuk Kecantikan

Rawatan Vampire Bloody Facials juga dikenali sebagai Vampire Facelift di Hollywood sangat mendapat sambutan hangat dikalangan artis kerana rawatan ini mampu merawat kedutan dan kesan parut pada kulit. Dengan menjalani rawatan ini, kulit akan kembali tegang, halus dan kesan parut akan beransur pudar

Live Aesthetic Demo Event di Toscana Medi Clinic

Ha..korang dah fahamkan sekarang tentang PRP atau Vampire Bloody Facials? Aku pulak beruntung sebab bukan sekadar faham melalui pembacaan je tapi aku beruntung sebab aku dapat menyaksikan sendiri bagaimana rawatan PRP ni dijalankan depan mata aku.

Terima kasih sangat pada abang Marcus Osmand yang menjemput aku dan rakan-rakan blogger lain untuk menyaksikan depan mata bagaimana rawatan ini dijalankan. Selama ni aku cuma dengar je tentang PRP dan selalu aku anggap yang rawatan ni menyakitkan.

Bila dah tengok dan mendapat penerangan dari Dr. Lashela Dharmadass dan Dr. Kanwal Gill yang mempunyai pengalaman lebih dari 12 tahun dalam bidang aesthetic ni, baru lah aku jelas tentang bagaimana rawatan PRP dijalankan.


Kalau korang berminat untuk mendapatkan sebarang rawatan kecantikan, bolehlah datang ke :
Block D5-G4-01 & 02,
Solaris Dutamas (Publika)
No:1 Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-61438866


You May Also Like

0 comments