Berzumba Sambil Beramal di 'Road Tour Charity Zumba 2018 - FAB Dance' Anjuran Fabulous Empire

by - May 14, 2018

Biasa berzumba? Rata-rata memang tahu yang zumba adalah sejenis senaman yang semakin popular sekarang ni . Atas kesedaran itu, Fabulous Empire telah menganjurkan satu program amal 'Road Tour Charity Zumba 2018 -FAB Dance' yang bertujuan untuk mengumpul dana untuk disalurkan kepada pihak Majlis Kanser Nasional (MAKNA).



Program 'Road Tour Charity Zumba 2018-FAB Dance'  ini telah diadakan pada 13hb May 2018 dan bertempat di Ali Hall, Wangsa Maju. Majlis ini berlangsung serentak dengan majlis perasmian dan menandatangani nota kerjasama antara Fabulous Empire bersama artis Irene Catalina sebagai duta program  'Road Tour Charity Zumba 2018-FAB Dance'.




Program amal ini dirasmikan oleh Datin Sri Nurzarina Sepran, sorang peniaga wanita yang sangat berjaya dan merupakan pengerusi Pertubuhan Wanita Elite.

Kemeriahan Program 'Road Tour Charity Zumba 2018-FAB Dance'

Aku sampai ke majlis kira-kira pukul 7.30 pagi. Sampai je memang tengok dewan dah ramai orang. Meriah sungguh majlis ni. Rata-rata yang datang dengan pakai sukan..maklumlah nak berzumba.




Untuk sesi pendaftaran je bukan main panjangnya beratur. Majlis tambah meriah bila pembukaan dilakukan oleh artis Irene Catalina yang cantik jelita tu. Selain Irene Catalina terdapat beberapa artis yang turut majlis antaranya ialah Watie Elite dan Wady.




Menariknya program ini turut mendapat kerjasama daripada Prince Court Medical Centre, A Famosa Resort, Vouk Hotel Management (VHM), TS Skin Solution, Nourliex Premium Handmade Confections, Mia Mikhail, Royal Leaf, Belacan Ratu, Beyoutiful, NS Diary Farm, Kaisar Thai Restaurant, Pertubuhan Wanita Elite, Usahanita Cawangan Daerah Ampang, TV Wanita (Program Zoom Power) dan artis Ash Hafizz dibawah naugan Dr. Irma Entertainment.




You May Also Like

3 comments

  1. Bestnya ada Zumba time2 cuti..menarik.,.apatah lagi ada charity macam ni...

    ReplyDelete
  2. patutla slimmm sekarang hahaha

    ReplyDelete