Berbuka Puasa Dalam Taman Mewah di D'Tahta @ I-City Shah Alam

Pernah berbuka dalam taman mewah yang penuh bunga dengan hiasan ala Inggeris? Jujur aku tak pernah! 

Namun dah namanya rezeki kan..baru-baru ni aku mendapat jemputan daripada pihak D'Tahta Wedding & Events yang terletak di tingkat 1, I-Soho Condominium di I-City Shah Alam untuk berbuka puasa di tempat mereka.



Mata Terpaku Pada Hiasan Dalaman

Nak datang ke D'Tahta ni sebenarnya tak susah. Pergi je ke I-City yang famous sangat tu. D'Tahta Wedding & Events ni berada di tingkat 1condominium I-City. Nak parking pun mudah sebab kat sini terdapat lebih 3000 lot parkir berbumbung.

Aku hari tu, melangkah masuk je ke D'Tahta mata memang dah terpaku pada hiasan dalaman yang sangat-sangat cantik..macam rasa nak ajak suami bersanding lagi pun ada! hahaha..sebab memang lawa sangat tempat ni.



Kat sini terdapat 2 dewan yang dibina dengan kos hampir 1 Juta Ringgit menampilkan dekorasi bercitarasa tinggi dengan 2 konsep berbeza iaitu White Hall dengan sentuhan mewah, anggun & glamour berwarna putih gaya inggeris dan Garden Hall dengan suasana dalam taman yang penuh kehijauan, tenang dan damai.



Untuk pengetahuan korang, D'Tahta ini telah mula beroperasi sejak Februari 2018 dan dimiliki oleh usahawan wanita terkenal di Malaysia iaitu Mona Din. Jadi tak hairanlah kenapa tempat ni cantik sangat.

Pakej Buffet Iftar Ramadhan DTahta

Sepanjang bulan Ramadan ni, D'Tahta telah menawarkan pakej buffet ramadan dengan 2 pilihan & tema iaitu :

1. Menu masakan kampung & Kambing bakar oleh Mak Ngah Catering, di Garden Hall D'Tahta


Harga 

Dewasa : RM59 
Kanak-kanak : RM35 (4-11 Tahun)

Menu

Nasi putih
Lauk :
  • Ayam Masak Merah
  • Gulai Daging Campur Kentang
  • Asam Pedas Ikan Pari Bendi
  • Daging Goreng Kacang Panjang

Sayur :
  • Buncis Goreng
  • Brokoli Goreng Carrot
  • Terung Goreng Berlada
  • Poy Choy Goreng Sos Tiram

Kerabu :
  • Kerabu Mangga
  • Kerabu Kacang Botol Sotong
  • Kerabu Taugeh Kerang
  • Kerabu Ayam

Ulam-Ulaman :
  • 5 jenis ulam
  • Sambal Belacan
  • Budu
  • Sambal Cencaluk
Stall Khas :
  • Kambing Bakar
  • Mix Salad, Brown Sos, Kentang Putar


Stall Khas  :
  • Nasi Ayam Madu
  • Salad, sos, sup
Stall Khas :
  • Kueh Teow Goreng
Stall Khas  :
  • Tau Foo Bakar
  • Kangkong
  • Sos Rojak
  • Rojak Buah

Stall Khas  :
  • Mee Kari/Soto/Laksa
Stall Khas  :
  • Rojak Mamak/Pasembor
Stall Khas :
  • Chicken Boxer
  • Fish Finger
  • Mini Spring Roll
  • Sotong Ball
  • Fried Wantan
Stall Khas Dessert :
  • 5 jenis kuih muih
  • 3 jenis kek
  • 2 jenis bubur/pengat
  • kurma
  • buah-buahan
Stall Khas Minuman Sejuk :
  • ABC/Ais Kacang
  • Air Sejuk
  • Air Mangga
  • Air Sirap Bandung
  • Air Herba
  • Sirap Selasih
Stall Khas Minuman Panas :
  • Teh
  • Kopi O
  • Nescafe
2. Menu Kampung atau Chinese Cuisine atau Arabic Food by EDEN Catering untuk tempahan oleh group/corporate.

Harga : Bermula dari RM49-RM89 bergantung pilihan menu & jumlah tetamu

Untuk Tempahan & Keterangan Lanjut 

Kalau korang merancang dan berminat untuk berbuka puasa bersama keluarga dan kawan-kawan, korang bolehlah hubungi :

Whatssapp : 011-11467669 (Syuhada)
Whatssapp : 011-16674021 (Azlan)






Post a Comment

23 Comments

  1. Eh. Harga dia berpatutan juga kan. Syukur masih ada pakej berbuka yang less than RM100 kan. Good job D'Takhta.

    ReplyDelete
  2. Cantiknya. Kalau berbuka kat sini dah tak ingt kita berbuka kat Malaysia. Sebelum berbula ambil gambar banyak pun takpe.

    ReplyDelete
  3. Cantiknya decoration..kalau SA yang pergi sini memang leka bergambar dan leka pandang hiasan je la dari makan..cantik la tempat ni..putih bersih jer..makanan pun nampak menyelerakan dan banyak pilihan

    ReplyDelete
  4. Wah... berbaloi sangat tu harganya dengan makanan yang ditawarkan. Tambah-tambah dengan dekorasinya yang cukuplah cantik ala-ala taman Inggeris tu. Fuh, memang mengancam. Sebelum atau selepas makan, boleh bergambar sakan ni!

    ReplyDelete
  5. letop! datang kawsan kita tak bagitau pun ye .hehehe dekat sangat dengan rumah ni insyallah kalau ada rezeki bolehlah singgah makan kat sini

    ReplyDelete
  6. yes tgok pic pun dah terpaku.. cantik dan makanan nmpak menyelerakan.. harga buffet sgt berpatutan

    ReplyDelete
  7. Is like enjoy the Ramadhan Buffet at palace. The decoration is nice and exclusive. Food look tempting

    ReplyDelete
  8. kalau dtg mesti nak banyak nk ambil gambar..cantik sangattt. Alamak kerabu sotong daaa...my favourite tu sampai meleleh air liur dah ni..hehee

    ReplyDelete
  9. mewah btul dekorasi dewannya...sesuai dgn namanya....mmg rasa mcm pi wedding plak walaupun sebenarnya pi berbuka puasa kn....lauk pauk pn nmpk menyelerakan

    ReplyDelete
  10. Cantik betul dekorasi dewan D'Tahta ni ye. Simple tapi cantik. Rasa tenang jer nak makan dengan suasana macam ni. Hidangan-hidangan tu pon. Semua nampak sedap.

    ReplyDelete
  11. Sukanya tengok dekorasi dtahta ni sebab nampak mewah dengan bunga dan susunan perabot Yang classy . Harga buffet makanan pun berpatutan di bawah RM100. Hidangan menu Yang banyak pilihan dan menyelerakan .

    ReplyDelete
  12. cantiknya dekorasi dia..esklusif sangat..pilihan menu pun banyak..memang best dan puas hati. harga buffet bawah rm100 macam berbaloi jugaklah

    ReplyDelete
  13. Wah bufet Ramadan dia pun dah macam bufet untuk majlis khawin. Sedap2 pulak nampak hidangan tu, harga pun tak lah mahal, memang berbaloi sangat

    ReplyDelete
  14. seronoknya berbuka puasa bersuasanakan dalam taman. memang cantik dan bagi suasana romantik gituee. suka dengan daun gantung2 kat siling tu. menu2 yg dihidangkan pon nampak menyelerakan sangat ! harga pon berpatutan

    ReplyDelete
  15. Wownya hiasan dia kak min. Nak Naka puasa ke nk kawin ni ahhahahhah

    ReplyDelete
  16. Wow! Environment ni nampak nya sungguh lawa lah... makanan pun nampak enak enak belaka.. great for berbuka puasa..

    ReplyDelete
  17. Dengan harga 59 berbuka dekat tempat yang elegan ini cukup berbaloi-baloi. Menu makanan pun semuanya menarik.

    ReplyDelete
  18. Wow I really like the ambiance at D'Tahta @ I-City Shah Alam, so nice and clean, it seems to be a really pleasent place to buka puasa with family & friends.

    ReplyDelete
  19. Wow banyaknya pilihan menu tapi yang best tu dekorasi ala inggeris dah attend wedding pulak. hihi.. tapi okla parking 3K lot tu mmg bagus sgt bwk suami ke sana sbb dia plg xsuka pergi tmpt susah nak cari parking. hahaha

    ReplyDelete
  20. Seronoknya! Tempat pun cantik, macam majlis kahwin.. Makan pun ala-ala makanan lauk pengantin dah. Kira berbaloilah dengan harga makanan tu ya!

    ReplyDelete