Xanthelasma..Jangan Dibiarkan

by - April 30, 2018

Korang pernah dengar tak pasal Xanthelasma? Aku pun sebenarnya tau mendalam sikit pasal Xanthelasma ni bila suami aku yang kena.

Apa Itu Xanthelasma?

Xanthelasma adalah sejenis kantung atau plak kuning seperti gumpalan lemak yang biasanya muncul di atas atau di bawah kelopak mata, tepatnya di sudut mata yang biasanya akan membesar kerana Xanthelasma ini adalah aktif dan biasanya muncul pada kulit mereka yang berusia 40-an ke atas dengan nisbah 1:4 antara lelaki dan perempuan.


Gumpalan Xanthelasma ini tidak menyakitkan atau gatal dan tidak menjejaskan penglihatan namun Xanthelasma ini sangat aktif dan mampu membesar dalam jangka masa yang singkat. Rasa dan teksturnya seperti benjolan kecil lemak apabila anda menyentuhnya.

Terdapat 3 tempat yang biasanya Xanthelasma ini selalu tumbuh :
  • Di atas sudut mata bahagian dalam pada mata kiri & kanan
  • Di bawah sudut mata pada mata kiri & kanan
  • kelopak mata

Penyebab Xanthelasma

Xanthelasma terjadi kerana pemendapan sel buih dari kolestrol pada lapisan dermis kulit kita. Menurut penyelidikan perubatan, sebanyak 50% pesakit Xanthelasma mempunyai paras lipid darah yang tinggi. 

Dalam erti kata lain..tahap kolestrol yang tinggi adalah penyebab terjadinya Xanthelasma. Sebab itu korang jangan ambil ringan pada Xanthelasma ni tau!

Menurut kajian yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Bahasa Inggeris yang telah dilakukan pada tahun 2011 oleh Hospital Herlev Denmark, orang yang mengalami gumpalan Xanthelasma mempunyai risiko :
  • Serangan jantung lebih tinggi sebanyak 48%
  • Risiko penyakit arteri koronari yang lebih tinggi sebanyak 38%
  • Kadar kematian yang lebih tinggi sebanyak 14%
Jadi..korang dah tau kan kenapa aku kata JANGAN DIBIARKAN! 

Rawatan Xanthelasma

Untuk pengetahuan korang, Xanthelasma ni tidak akan baik dengan sendiri. Hanya terdapat 2 cara untuk menghilangkan Xanthelasma ini iaitu dengan kaedah :
  1. Pembedahan
  2. Laser C02

Kami Pilih Rawatan Laser

Kisahnya bermula bila kami menghadiri majlis preview buffet ramadan di BGR tempoh hari apabila suami berborak dengan  Tuan Marcus Osmand iaitu salah seorang orang kuat Toscana Medi Clinic. Tuan Marcus yang tegur dulu tentang Xanthelasma yang suami aku ada tu.

Suami aku memang dah beberapa bulan bising pasal ada 'benda' tumbuh kat bawah mata dan atas kelopak mata belah kiri dia tu. Tapi..takat bising-bising je la..tak terpikir nak pergi buang ke apa. Tapi bila Tuan Marcus dah terangkan apa itu Xanthelasma dan cara rawatannya, terus kami terpanggil untuk ke Toscana Medi Clinic untuk dapatkan rawatan.

Di Toscana Medi Clinic, suami telah bertemu Doktor Kanwal Gill iaitu doktor yang mempunyai lebih 11 tahun pengalaman dalam bidang aesthetic. Ketika sesi konsultasi, Doktor Kanwal mencadangkan supaya suami lakukan rawatan laser untuk buang kantung Xanthelasma dia tu disamping nasihat-nasihat perubatan tentang penjagaan kesihatan dan pemakanan (hahah..suami memang sejenis agak degil bab-bab kesihatan ni)


Sesi Rawatan

Untuk mulakan rawatan laser bagi membuang kantung Xanthelasma ni, terlebih dahulu 'numb cream' disapukan selepas wajah dibersihkan. 'numb cream' ini bertindak sebagai bius supaya kulit tak terasa sakit ketika sesi rawatan.

Selepas seketika barulah sesi rawatan laser bagi membuang kantung Xanthelasma ini dilakukan. Menurut suami, tak adalah rasa sakit masa sesi rawatan tu..cuma bila kesan 'bius' dah habis selepas sesi pembuangan kantung Xanthelasma barulah rasa sedikit pedih.



Tapi puas hati sungguh suami aku lepas kantung Xanthelasma dia tu hilang..hahaha..balik rumah pun asyik belek je muka dia tu. Sekarang, luka dia dah kering..sebab dah seminggu dah kami buat rawatan tu. Apa pun terima kasih pada Tuan Marcus Osmand kerana memberi jalan pada kami untuk menerima rawatan di Toscana Medi Clinic ni dan terima kasih tak terhingga pada Doktor Kanwal Gill diatas rawatan dan layanan baik beliau sepanjang rawatan. Terima kasih juga buat Toscana Medi Clinic.


Kalau korang nak dapatkan rawatan..meh la datang ke Toscana Medi Clinic di :

Block D5-G4-01 & 02,
Solaris Dutamas (Publika)
No:1 Jalan Dutamas 1,
50480 Kuala Lumpur
Tel : 03-61438866



You May Also Like

2 comments

  1. Owh baru pasal ni terima kasih cik min sharing pasal ni

    ReplyDelete
  2. Brp kos ye utk buang ni?

    ReplyDelete