Vegetarian Fine Dining di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur

by - April 18, 2018

Korang pernah tak cuba ‘vegetarian food’? Aku memang suka dan teruja bila mendapat jemputan daripada pihak Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur untuk mencuba ‘Vegetarian Fine Dining’ di Samplings on The Fourteenth Restaurant.



Sampling on The Fourteenth Restaurant ni obviously memang terletak kat tingkat 14 di dalam Berjaya Times Square Hotel..hehe..tapi Sampling on The Fourteenth Restaurant ni berada di ‘East Tower’ berdekatan dengan hall-hall yang ada di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Umum tahu yang vegetarian food ialah makanan yang hanya berasaskan tumbuh-tumbuhan. Untuk yang menjaga pemakanan dan kesihatan, vegetarian food adalah pilihan utama.

Tapi tu la, selalu orang membayangkan yang bila sebut vegetarian food mesti tak sedap..mesti rasa hambar dan tawar. Bila dah rasa sendiri, baru tau sebenarnya vegetarian food ni sedap rupanya!

Kami hari tu dihidangkan dengan 9 course vegetarian menu yang semuanya sedap-sedap belaka.



Dan off course sebelum vegetarian menu keluar kami dihidangkan terlebih dahulu dengan Pre Dinner Canape iaitu Ciabatta Mushroom Bruschetta, Truffle Oil Mango, Spicy Salsa, Balsamic Drizzle, Olive Vegetable Sushi, Takuan, Nori Vol Au Vin, Guacamole, Cherry Sundried Tomato…hahaha..alahai..susahnya nak sebut nama semua jenis hidangan kan?


Untuk Vegetarian Menu pula kami dihidangkan dengan :

1.       Appetizer
·         Terrine of Roasted Pepper
·         Beans and Peas Jelly


2.       Warm Appetizer
·         Seared-Haloumi and Breaded Camembert
·         Pickles and Sesame Dressing


3.       Soup
·         Wild Forest Mushroom
·         Truffle Froth


4.       Palate Cleanser
·         Mango Sorbet


5.       Entrée
·         Chilled Soft Tofu
·         Shaved Fennel and Yellow Pepper Coulis


6.       Entrée
·         Maple Glaze Pumpkin
·         King Mushroom and Spinach


7.       Entrée
·         Steamed Dumpling
·         Stuffed Sweet Turnip and Beans


8.       Main Course
·         Yam Rice
·         Soy Sauce and Lotus Root


9.       Dessert
·         Chocolate Mud Cake
·         Butterscotch and Raspberry


Ya Allah..korang tengok je la gambar-gambar tu..semuanya sedap dan menarik. Aku sampai hari ni paling yang aku teringat-ingat ialah Mango Sorbet dan Chocolate Mud Cake..aduiiii memang sedap ya rabbi..hahaha..

Harga Yang Ditawarkan

Kalau korang rasa-rasa macam nak cuba vegetarian food ni..meh la ke Sampling on the Fourteenth Restaurant yang terletak di aras 14 Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.

Harga untuk setiap course adalah berbeza mengikut berapa hidangan per set :
·         5 course pada harga RM118 nett per set
·         7 course pada harga RM148 nett per set
·         9 course pada harga RM168 nett per set

Atau kalau korang nak cuba yang ala carte pula, harga adalah bermula daripada RM18 nett.
Fine Dining Restoran beroperasi daripada 6.30 pm hingga 10.30 pm dari Isnin hingga Sabtu. Restoran ini mampu menempatkan 60 orang dalam satu masa dan terdapat 2 ‘private room’ yang mampu menempatkan 8 & 12 tetamu dalam satu masa.

Untuk tempahan dan sebarang pertanyaan :
Tel : +60 (3) 21178000 (ext.8131)


You May Also Like

6 comments

  1. seaekali layan vegetarian memang syiok. lagi2 banyak sayur dan buah.. kak nora suka beno kalau ada healthy food.. loveit.. must try nanti. tq darling

    ReplyDelete
  2. Jarang dapat peluang makan makanan vege..nampak menarik tu min...semua tu sekali ngap je habis..hahaha..

    ReplyDelete
  3. walau cuma vege..sedapnyerrrr

    ReplyDelete
  4. sukanya tgk plating. Harga pun boleh tahan mcm tu

    ReplyDelete
  5. wah.. hidangannya nampak menarik n sedap.. plating pun kemas dan menarik perhatian

    ReplyDelete
  6. What a beautiful concept. I have not tried fine dining with vegetarian food before. Want to give it a shot lah! Now I know where to go.

    ReplyDelete