Road To Agro Tourism Siri 4 - Zon Utara ( Episod 2)

by - March 02, 2018

Hari kedua berkampung di utara tanah air. Hari ni RTA menuju ke Ladang Mangga Tobiar  yang terletak di daerah Pendang, Kedah. Ladang Mangga Tobiar ini adalah milik MADA dan terdapat 18,000 pokok dari varieti Chokanan. 


Kami telah dibawa melawat ladang mangga yang seluas 40 hektar ini sambil diajar bagaimana untuk membuat cantuman tut bagi menghasilkan mangga chokanan yang berkualiti. Kami juga dibawa melawat tempat menumpulan mangga dan bagaimana mangga diasingkan mengikut gred dan kualiti.





Terima kasih pihak MADA yang juga menyediakan makan tengahari untuk kami dari trip RTA anjuran MTC. Makan tengahari kat sini memang sedap, tambahan pula aku memang jenis suka makan masakan kampung. Hari tu kami dihidangkan dengan gulai daging batang pisang, kerabu, sambal belacan dan ikan kering..aduiii habis diet! hahaha..



Selesai melawat Ladang Mangga Tobiar, kami terus menuju ke Alor Setar untuk melawat ke tempat menarik dan bersejarah di sana. Antaranya Masjid Zahir, Balai Nobat dan galeri Sultan Abdul Halim Mu'Adzam Shah.





Kemudiannya kami dibawa melawat ke IAT Bizz @ MADA Corp. Di sini pelbagai produk-produk usahawan desa dijual. Seriously aku memang agak rambang mata di sini. Semua produk sangat menarik. Minum petang untuk pihak kami juga disediakan di sini. Terima kasih pada penaja yang sudi menaja minum petang kami.



Seterusnya kami meneruskan destinasi kami ke Tam Teh Kampung Stay di mana penginapan kami telah ditaja oleh pihak Tam Teh. Tam Teh Kampung Stay terletak di Kampung Lubok Pinang, Alor Setar, Kedah. Tinggal kat sini memang akan rasa suasana kampung dengan padi yang luas terbentang. 



Majlis makan malam bersama komuniti Jerlun diadakan pada pukul 8 malam yang turut dihadiri oleh Datuk Othman Aziz, Timbalan Menteri Kewangan. Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan oleh pelatih-pelatih dari Mada Rice Training Centre (MRTC).


Bab persembahan memang best giler..hahaha..lawak tengok adik-adik ni memainkan peranan sebagai burung bagi mengisahkan tentang kehidupan dan putaran hidup burung. Agak berdekah-dekah jugak la aku gelak sebab tengok bagaimana persembahan adik-adik ni jadi burung betina sedangkan semua pelakon adalah pelajar lelaki..

Oh ye..sebenarnya pada malam yang sama, 10 orang dari pihak media dan blogger pergi mencandat sotong. Aku tak join. Dengarnya pukul 4 pagi juga diaorang balik dari mencandat sotong. Sebenarnya aku hantar juga nama untuk join program mencandat sotong tu tapi sebab dah terlebih peserta jadi tak dapatlah aku nak join sekali..hehehe..

Selesai persembahan dari adik-adik MRTC, pelancaran 'Caravan Park @ Tam teh' diadakan. Jadi aku berpeluanglah untuk merasai sendiri pengalaman naik caravan..


You May Also Like

4 comments

  1. cantik sangat pemandangan kat sini. Seronok la.. makanan meriah yer kat sini..ehehehe.Motif utama ina makanan jerrr.

    ReplyDelete
  2. I memang ada plan ke Kedah kak. Ni boleh jadi salah satu tempat tujuan. Geram tgk mangga chokanan tuuuuuu

    ReplyDelete
  3. Cantiknyaa gambar gambar kak min!

    ReplyDelete