Black Coffee Bagus Untuk Kesihatan

Dari dulu aku memang peminat 'black coffee'. Kopi hitam pekat tanpa gula! Tak tahu kenapa memang dari dulu suka sangat. Cuma ada seketika tu aku tinggalkan minum black coffee dan minum milo 3 in 1..pastu badan mendadak naik jadi aku tinggalkan milo dan kembali rujuk pada black coffee..haha..(maaf ye..aku bukan salahkan milo tapi kuantiti pengambilan milo 3 in 1 aku tu yang tak betul)

Bagi yang baru berjinak-jinak untuk kuruskan badan, eloklah baca entri aku ni..hahaha. Kopi hitam tanpa gula memang bagus sebenarnya untuk kesihatan. Sesekali aku akan ambil kopi hitam tanpa gula ni bersama sedikit butter..butter?? ye butter..cubalah..tapi letak sikit je..jangan banyak. Lupa pulak..butter tanpa garam ye. Kenapa tambah butter? untuk mempercepatkan lagi pembakaran lemak.

Kenapa Kopi Hitam Tanpa Gula Bagus Untuk Kesihatan?

Menurut kajian, ada beberapa kebaikan kopi hitam untuk kesihatan. Antaranya ialah :-


  • Meningkatkan memori
Peningkatan usia akan mengurangkan kemahiran kognitif dan akan meningkatkan risiko penyakit dementia, parkinson dan alzheimer. Pengambilan kopi di waktu pagi akan meningkatkan fungsi otak. Kajian menunjukkan pengambilan kopi hitam akan mengurangkan 65% risiko alzheimer dan 60% parkinson.


  • Memperbaiki prestasi semasa senaman. 
Kopi hitam berfungsi meningkatkan paras epinephrine (adrenalin) dalam darah dan memusnahkan lemak badan yang disimpan & membebaskan sel lemak ke dalam aliran darah dalam bentuk asid lemak bebas yang boleh digunakan sebagai bahan bakar untuk aktiviti fizikal yang berat.

  • Bermanfaat untuk hati
Pengambilan kopi hitam membantu mencegah kanser hati, hepatitis, penyakit hati berlemak dan sirosis alkohol. 4 atau lebih cawan kopi hitam setiap hari mempunyai 80% peluang untuk menurunkan risiko sebarang penyakit hati. Ini kerana kopi hitam mampu membantu dengan menurunkan tahap enzim hati yang berbahaya dalam darah.


Banyak lagi sebenarnya kebaikan pengambilan kopi hitam ni. Masih menolak untuk minum kopi hitam tanpa gula? Fikir semula..

Eh..tapi nak sihat sebenarnya lebih elok consume air masak banyak-banyak..hehe


Post a Comment

5 Comments

  1. huda ada gastrik, doktor tak galakkan minum kopi. jadi yer memang jarang sangat minum kopi ni. rugi pulak kan sbb banyak khasiat kopi ni

    ReplyDelete
  2. black coffee lover here!! nice sharing and i love :)

    ReplyDelete
  3. Info yang sangat bagus ni. Terima kasih

    ReplyDelete
  4. Banyak juga manfaat black coffee ni kan...minum dalam berpantang pun ok juga nih

    ReplyDelete