Balm Bayi Tasneem Naturel Wajib Ada Di Setiap Rumah

by - January 18, 2018

Bagi ibu bapa yang ada bayi di rumah mesti tau macam mana azabnya kalau baby tiba-tiba demam, batuk dan selsema. Atau bila menghadapi saat baby kembung perut...tak pun bila baby terlalu aktif berjaga malam.

Ha..meh sini nak cerita. Minggu lepas aku ada terima parcel dari Tasneem Naturel. Bila buka, alamak..terujanya tengok bungkusan comel dan kotak yang kiut miut. Rupanya ada 1 set balm bayi Tasneem Naturel terdiri daripada 4 jenis balm.



Yang menariknya..walaupun namanya 'balm bayi' tapi seisi rumah boleh pakai. Bukan saja mak bapak bayi malah nenek moyang bayi pun boleh pakai tau..haha..Ni cerita betul tau bukan rekaan. Tambahan pulak balam ni jenis yang tak melekit dan panas. Memang best la.

Kebetulan masa parcel sampai, aku demam selsema pakej sekali batuk. Malam tu sebelum tidur aku cuba sapukan balm bayi Tasneem Naturel..seriously terbuka sikit pernafasan aku malam tu. Biasanya nak tidur seolah-olah mintak nyawa sebab tak cukup nafas. Esok pagi, selsema semakin lega.

Balm bayi Tasneem Naturel ni ada 4 jenis.


  • CF Rub

Dirumus khas bagi membantu ibu bapa yang berhadapan dengan masalah anak demam, batuk dan selsema. Diperbuat daripada bahan-bahan seperti eucalyptus oil, cypress, tea tree dan lemon yang akan membantu melegakan pernafasan, mengurangkan batuk dan mencairkan kahak serta mengurangkan suhu badan anak-anak.

Cara menggunakannya : sapukan balm di tapak kaki, dada, tekak dan tulang belakang.

  • Calm Time

Berfungsi untuk memberikan keselesaan kepada bayi dan anak kecii. Diadun khas menggunakan minyak pati tulen seperti lavender, bergamot, frankinsense dan marjoram. Balm ini membantu bayi untuk menjadi lebih tenang dan ceria.

Cara menggunakannya : sapukan balm di tapak kaki, nadi, belakang telinga dan tulang belakang.

  • Sleep Time

Berfungsi untuk membantu bayi supaya mudah lena dan bangun dalam mood yang ceria. Menggunakan pati-pati tumbuhan seperti cedarwood, vetiver, roman chamomile dan Ylang-Ylang yang mampu membantu anak-anak untuk mendapat tidur yang berkualiti.

Cara menggunakannya : sapukan di tulang belakang, tapak kaki, nadi, belakang telinga serta pergelangan tangan.

  • Tummy Time

Berfungsi bagi melegakan perut kembung, sembelit dan buang angin berlebihan. Juga membantu masalah penghadaman. Menggunakan bahan utama seperti fennel, ginger, lemongrass dan anise yang ternyata dapat membantu malsalah penghadaman. 

Cara menggunakanya : sapukan di perut dan tapak kaki.


Apa yang paling penting adalah balm bayi Tasneem Naturel ini diperbuat tanpa sebarang bahan kimia berbahaya seperti paraben, SLS dan bahan pewarna. Balm bayi Tasneem Naturel ini diperakui selamat dan mendapat kelulusan daripada KKM. Untuk pengetahuan korang juga, balm bayi Tasneem Naturel ni adalah produk keluaran muslim tau.

Balm ni nampak je kecil dan cute tapi boleh tahan selama 3 bulan tau walaupun korang pakai hari-hari. memang jimat sangat-sangat. Ha..lagi satu berita baik untuk korang. Bagi sesiapa yang berminat untuk dapatkan balm ni, sekarang diaorang ada harga pakej yang memang sangat-sangat berbaloi.




Bagi yang berminat untuk mendapatkan balm bayi Tasneem Naturel ni boleh hubungi 

Tel : 03-82114388




You May Also Like

11 comments

  1. Yana suka balm nie.. Mmg terbukti berkesan lepas guna.. Dah la wangi..

    ReplyDelete
  2. Memang sesuai untuk seisi keluarga, ai pun pakai yang tummy time kalau perut kembung. Best, lawas angin keluar.

    ReplyDelete
  3. Byk baca org share bgs balm ni.. nti nak dkt branak boleh laa beli 1 standby

    ReplyDelete
  4. singgah sini. ramai blogger dapat balm nihh. ramai feedback cakap berkesan

    ReplyDelete
  5. Menarik laaa... Seisi keluarga leh pakai. Kena ada kat rumah ni.

    ReplyDelete
  6. Calm time tu macam best.. nak try la

    ReplyDelete
  7. Bagus produk ni.. memang sesuai utk seisi keluarga.. kena beli untuk stok kat rumah..

    ReplyDelete
  8. comel balm ni..pulak tu ada macm2 jenis

    ReplyDelete
  9. Ramai rekemen balm ni. Bagus la. Nk beli juga utk anak2 kat rumah

    ReplyDelete
  10. anak anak saya pun suka pakai balm ni

    ReplyDelete
  11. memang bagus balm ni!gee pun ada 1 set..nak travel pun senang sebab size dia comel je!

    ReplyDelete