Manjakan Diri di Eco Wellness Sanctuary

by - December 01, 2017

Salam Maulidur Rasul untuk semua. Cuti-cuti ni korang buat apa? Aku arini pergi memanjakan diri di  Eco Wellness Sanctuary yang terletak di Taman Botanik, Klang.


Biasalah kannn..dah namanya perempuan, memang sinonim sangatlah dengan perkataan cantik. Jadi sama macam perempuan-perempuan lain diluar sana..aku pun suka sangat kalau bab nak melawa ni..hehe..


Apa yang menarik di Eco Wellness Sanctuary ni?

Eco Wellness Sanctuary ni betul-betul terletak berhadapan dengan GM Klang dan Aeon Bukit Tinggi Klang. Memang agak mudah nak ke sini. Pulak-pulak bagi yang dah penat-penat bershopping ke 2 tempat aku sebut tadi, apa kata lepas shopping korang datang ke sini.
Aku tadi sampai-sampai je terus teruja tengok bangunan Eco Wellness Sanctuary yang tersergam indah. Apa lagi..terus ambil kesempatan untuk bergambar dulu.




Masuk-masuk je terus dilayan mesra oleh staff Eco Wellness Sanctuary. Selepas mengesahkan kehadiran aku, Elain (nama staff ni) terus bawa aku melawat keseluruhan kawasan spa ni. Apa yang menariknya ialah ditingkat bawah disediakan tempat hanya untuk wanita sahaja.



Di sini ada bilik untuk urutan kaki dan juga bilik facial. Setiap bilik dan tempat dihiasi indah dan pastinya keselesaan pengguna sangat dititik beratkan.







Melawat ke tingkat 1 pula, terdapat bilik khas untuk bilik urutan dan bilik sauna untuk Wanita. Setiap katil dipisahkan dengan tirai yang menjadikan setiap katil sebagai sebuah bilik yang selesa yang disediakan rak untuk meletak barang dan juga hanger untuk menyangkut pakaian.







Bilik saunanya pula sangat cantik dan selesa. Bilik sauna untuk perempuan lebih luas berbanding bilik sauna yang disediakan untuk lelaki. Bilik airnya pula sangat-sangat bersih dan menarik, juga terdapat ruangan untuk bersolek.

Manakala di tingkat 2 pula adalah ruangan khas untuk lelaki sahaja. Seperti ruangan wanita, di tingkat ini terdapat tempat urutan badan dan juga sauna.
Tadi aku bertuah kerana dilayan selama 2 jam lebih oleh pihak Eco Wellness Sanctuary. Hari ni betul-betul terasa bagaikan puteri raja yang dilayan dan dimanjakan oleh dayang-dayang..hahaha.. pertama sekali tadi aku dibawa untuk bersihkan kaki..ala1ala macam pedicure la tapi tadi dia cuma berus-beruskan kaki je.






Kemudian aku dibawa ke bilik urutan. Aku pilih urutan Thai atau Thai Massage. Perghh memang best giler. Urutan selama 1 jam lebih tadi betul-betul buatkan badan aku terasa segar. Apa yang menariknya ialah mereka tidak meletakkan sebarang minyak di badan aku tadi malah aku diminta untuk menggunakan seluar dan t-shirt selesa yang disediakan tapi langsung tak rasa sakit.

Lepas habis sesi urutan, aku dibawa ke tingkat bawah. Mereka sediakan bilik facial VIP untuk aku. Perghh sekali lagi rasa cam puteri raja wakakaka..tadi facial yang mereka sediakan lebih kepada urutan muka. Memang best dan selesa sangat..sampai terlena la aku sekejap tadi.









Selepas semua sesi rawatan berakhir, teh hijau disediakan. Eh lupa cerita..tadi sebelum rawatan, mereka dah sediakan juga teh hijau..hehe so kiranya 2 kali la mereka hidangkan teh hijau untuk pelanggan.





Tentang bayaran pula, harga mereka sangat-sangat berpatutan. Tak caya? Tengok jenis rawatan dan harga yang diaorang sediakan ni :-
  • Organic Signature Stress Buster (Head, back) - 1 jam RM98
  • Thai Foot Reflexology - 30 minit RM68
  • Aromatheraphy Organic Oil Body Massage - RM88
  • Organic Signature Indulgence Body Scrub - 1 jam 15 minit RM108
Mahal ke? Ok kalau korang rasa mahal.. setiap Isnin-Jumaat ada happy hour so harga lebih murah.
Waktu beroperasi ialah daripada 11 pagi hingga 11 malam.

Bagi mereka yang ingin dapatkan keterangan lanjut bolehlah hubungi Eco Wellness Sanctuary di
Alamat : 4,6,8 Jalan Jasmin 8/KS 6,
Bandar Botanik, 41200 Klang
Selangor Darul Ehsan


You May Also Like

10 comments

  1. thanks info, macam best teringin nak pergi...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya nampak foot massage tu... preggy2 ni

    ReplyDelete
  3. warghhh...best nyer...lepas penat keja kita manjakan diri...more relax

    ReplyDelete
  4. Bestnya, 'me time' yang heaven.

    ReplyDelete
  5. Waa... Macam permaisuri kak min.

    ReplyDelete
  6. Bestnya. Tempatnya pun nampak selesa.

    ReplyDelete
  7. Bestnya pegi Spa.. Mesti badan rasa relax lps tu kan..

    ReplyDelete
  8. badan dah lenguh-lenguh ni, best pulak kalau dapat masaage

    ReplyDelete