Bijak Berbelanja Dengan MPAY

by - December 28, 2017

Korang pernah dengar tak tentang MPAY? Aku pun sebenarnya baru tau pasal ni semalam sebab aku dijemput untuk menghadiri Program Sahabat Negaraku anjuran Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) yang bertempat di Kelab Darul Ehsan.


Program ini turut menghimpunkan  sekurang-kurangnya 15 buah badan bukan berkanun (NGO) dengan keahlian lebih 12 ribu orang tampil bersama merealisasikan Program Sahabat Negaraku. 


MPAY adalah singkatan kepada ManagePay Systems Berhad yang merupakan penyediaan kaedah bayaran elektronik 'end-to-end', penyelesaian FinTech dan penyedia perkhidmatan untuk bank dan institusi kewangan, pedagang dengan institusi bank serta kewangan, pedagang dengan pengeluar kad dan operasi di seluruh negara.

MPAY mengendalikan sistem pembayaran memudahkan pedagang atau peniaga untuk menerima kad kredit, debit, kad kesetiaan dan nilai simpanan.

Bagi mereka yang belum mengenali MPAY, MPAY merupakan penerima Anugerah Inovasi Produk Baharu dalam Penyelesaian Bayaran.

MPAY bakal mengeluarkan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard. Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Mpay iaitu Datuk Chew Chee Seng produk yang disediakan amat berbeza dengan kad diskaun yang dikeluarkan oleh MPAY sebelum ini. "kad ini dianggap sara hidup digital yang memberikan peluang kepada semua pengguna kad untuk menikmati produk dan perkhidmatan disediakan dengan harga lebih jimat. Ia bukan sahaja untuk membeli produk dengan murah, tetapi masyarakat boleh berbelanja dengan kehidupan sosial seperti pembelian secara online, menonton wayang, berhibur bersama keluarga di taman tema, pindahan wang dan sebagainya."


Basically camni la..Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ni fungsi dia sama macam kad-kad debit lain. Asalkan ada duit dalam tu jadi boleh la guna. Nak lagi faham, aku bagi lagi contoh..macam kad touch n go. Selagi ada duit dalam tu boleh je pakai. Bila dah habis nilai, tambah nilai dan nikmati semula pembelian. Mudah kan?

Tapi yang berbeza dan istimewanya ialah..pemegang kad ini dapat membeli dengan harga yang terlajak murah, tak sama dengan harga di pasaran. Contohnya untuk membeli susu segar jenama Dutch Lady di pasaran mungkin berharga RM5.99. Tetapi bagi pemegang kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard, harga yang dapat dibeli adalah lebih murah daripada harga borong misalnya RM2.80, hampir sama dengan harga modal pengeluar. Ha..faham tak? Maksudnya kita dapat membeli dengan harga terlajakkkk jimat.

Program ini adalah usahasama antara kerajaan termasuk ahli-ahli Badan Berdaftar dan NGO. Program ini dianjurkan bagi tujuan untuk rakyat berbelanja dengan jimat. Ini adalah salah satu usaha kerajaan bagi membantu rakyat berbelanja dengan lebih bijak.

Ini adalah bertepatan dengan visi program iaitu 

  • Menghubungkan kerajaan rakyat termasuk ahli-ahli Badan Berdaftar dan NGO dalam era digital berteraskan semangat Negaraku
  • Mendidik masyarakat ke arah pengguna bijak dan berhemah
  • Memupuk semangat bantu membantu antara satu sama lain mengikut keperluan sebenar.

Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ini bakal dilancarkan sepenuhnya menjelang 2018.

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai program MPAY ini, bolehlah hubungi :-

Ketua Kelab KSP, Pn Farah Farina Abdul Razak : 017-3921711
Unit Media KSP - Metts Mohd Nor : 019-3660168

Managepay System Berhad
Ms. Tan Cjia Wei : 016-2337678

Dr Mohd Zamri Noordin selaku Pengasas Kelab Sahabat Persaudaraan (KSP) menjelaskan tentang keistimewaan Kad Prabayar Negaraku Mpay Mastercard ketika ditemuramah oleh pihak media



You May Also Like

18 comments

  1. hrp btul2 bguna.. nice info kak.

    ReplyDelete
  2. Ooo lepas baca ni baru la tahu.. Tq Min sudi kongsi info ..

    ReplyDelete
  3. wow baru tau,good info kak min.

    ReplyDelete
  4. Akan dipanjangkan kepada keluarga dan rakan-rakan. Terima kasih atas info

    ReplyDelete
  5. Harap berguna kad ni..sebb banyak benefit kita leh dapat

    ReplyDelete
  6. ohhh banyak jugaaak faedah nya nanti kepada pengguna

    ReplyDelete
  7. woww..bagus ya kad MPAY nii.. pasni lagi banyak jimattt. eheheh.tq info sis

    ReplyDelete
  8. Mudah ada kad debit camni, tak perlu bawak cash banyak².

    ReplyDelete
  9. Zaman ni kena banyak jimat if maypay ni boleh kurangkan penjimatan tu bagus jugaa

    ReplyDelete
  10. mana boleh kita dapatkan kad ni kak min? kalau dapat guna, memang berbaloi ni

    ReplyDelete
  11. Informative. Lepas baca baru tau. Kalau tak sumpah ai xtau hehe. Senang jgk kan ada kad ni

    ReplyDelete
  12. Tak sabar nak tunggu kad sampai ni.

    ReplyDelete
  13. Menarik ni. Nak jugakla satu kad camni nanti. Banyak dapat jimat tu

    ReplyDelete
  14. wahh...nak jugak kad ni...

    ReplyDelete
  15. Menarik laaa... Banyak benefit!

    ReplyDelete
  16. Best yer. Wajib dapatkan kad ni jugak.

    ReplyDelete
  17. wow menariknya. semuaorang boleh apply ke ni

    ReplyDelete