Puding Roti Bersama Sos Kastard

by - September 11, 2017

Tau tak apa hobi dan kegemaran aku? Hobi aku selain tidur dan makan..aku paling suka memasak. Suami aku bukan jenis yang suka makan sangat tapi aku suka sangat memasak jadi nak tak nak memang dia kena makan jugak..haha..

Tapi minggu lepas dia tiba-tiba request nak makan puding roti dengan sos kastard. Katanya tak puas hati makan kat luar tempoh hari. Jadi, Sabtu lepas aku buatkan lah jugak puding roti permintaan dia tu. Oleh sebab aku ni memang suka memasak jadi demam-demam pun aku terlebih rajin nak masak. Nak buat puding roti ni sebenarnya senang je. Nah aku share ngan korang resipi puding roti cara aku.

Bahan-bahan untuk puding roti :

  • 6-8 keping roti gardenia
  • 1 botol kecil susu segar
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telur
  • 2 sudu besar butter
  • 2 sudu besar gula pasir
  • sedikit serbuk kulit kayu manis (optional)
  • sedikit kismis

Cara-cara membuat puding roti :

  • Sediakan loyang pembakar. Sapukan sedikit butter agar puding tidak melekat. Koyakkan roti kecil-kecil, masukkan kismis dan rendamkan dalam susu segar. Ketepikan sebentar. (rendamkan roti supaya lembut)
  • Kemudian blendkan semua campuran susu cair, gula, butter dan telur.
  • Tuangkan kedalam loyang yang terdapat roti yang direndam susu sebentar tadi.
  • Tabur sedikit kulit kayu manis
  • Bakar dalam suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit
Bahan-bahan membuat sos kastard :
  • 1 tin susu cair
  • 2-3 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara membuat sos kastard :
  • Masukkan semua bahan diatas dalam periuk
  • kacau sebentar sehingga tepung kastrad betul-betul larut
  • hidupkan api (gunakan api kecil)
  • kacau sehingga adunan menjadi pekat
  • Tutup api dan teruskan mengacau supaya sos tidak berketul (sekiranya sos berketul, angkat dan blend sehingga sos tidak berketul lagi)


You May Also Like

0 comments