Anatoly Yuriyovych Onoprienko pembunuh bersiri Ukraine

by - September 21, 2017

Dilahirkan pada 25 July 1959. Anak bongsu dari 2 beradik yang kematian ibu ketika berusia 4 tahun. Kemudiannya dijaga sementara oleh nenek dan mak ciknya sebelum dihantar ke rumah anak yatim di perkampungan Privitnee. Abangnya kekal berada dibawah jagaan bapanya yang menyebabkan Onoprienko menyalahkan bapanya seumur hidup.

Onoprienko adalah manusia kejam yang menjadi pembunuh bersiri di Ukraine sekitar tahun 1989 sehingga 1996 dengan membunuh 52 nyawa termasuk kanak-kanak. Kesemua pembunuhan bermotifkan rompakan. Berikut adalah pembunuhan yang dilakukan oleh setan bertopengkan manusia ini :-


  • Pada tahun 1989 si pembunuh bersiri ini telah membunuh 10 sekeluarga ketika merompak. Pada tahun yang sama 5 orang sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia 11 tahun telah mati ditembak ketika tidur didalam sebuah kereta sebelum mayat kesemua mangsa dibakar. Dia mendakwa pembunuhan ini tidak disengajakan kerana niat asalnya hanya ingin mencuri kereta.

  • 24 Dis 1995 keluarga Zaichenko seramai 4 orang telah dibunuh.

  • 2 Jan 1996 4 sekeluarga ditembak mati. Seorang pejalan kaki yang menyaksikan kejadian tersebut turut dibunuh.

  • 6 Jan 1996 si gila ini telah membunuh 3 orang mangsa berasingan yang sedang memandu. Onoprienko telah menahan kereta mangsa lalu menembak mati pemandu.

  • 17 Jan 1996 Keluarga Pilat seramai 5 orang ditembak mati dan dibakar di rumah mereka, saksi kejadian iaitu Kondzela yang berusia 27 tahun dan seorang pejalan kaki bernama Zakharko yang berusia 56 turut dibunuh kejam bagi menutupi perbuatan jahat beliau.

  • 30 Jan 1996 Marusina, 2 anaknya dan seorang tetamu berusia 32 tahun bernama Zagranichny telah ditembak mati di wilayah Kyivs'ka.

  • 19 Feb 1996 keluarga Dubchak terbunuh di rumah mereka di Olevsk, Zhytomyrs'ka. Menurut Onoprienko dia telah menembak mati ayah dan anak lelaki keluarga itu, memukul sehingga mati ibu menggunakan tukul dan meminta sejumlah wang daripada anak perempuan keluarga itu sebelum turut dibunuh.

  • 27 Feb 1996 - keluarga Bodnarchuk terbunuh di rumah mereka di Malina, wilayah L'vivs'ka. Menurut Onoprienko dia menembak mati ibu bapa, menetak anak-anak perempuan Bodnarchuk yang berusia 7 & 8 tahun hingga mati dengan kapak. Sejam kemudian dia telah menembak mati seorang jiran keluarga mangsa.

  • Pada mac 1996, empat sekeluarga daripada Novosad telah ditembak mati lalu dibakar rumah keluarga itu bagi menghilangkan bukti. Kejadian itu adalah yang terakhir berlaku sebelum Onoprienko ditangkap pada 16 April 1996 ketika berusia 36 tahun iaitu 7 tahun selepas melakukan pembunuhan pertamanya.
Onoprienko kemudiannya dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan meninggal dalam tahanan akibat kegagalan jantung di penjara Zhytomyr pada 27 Ogos 2013 pada usia 54 tahun. Aku berharap sangat tiada lagi manusia sejahat ini wujud dalam dunia. Hurmm..muka dia pun dah cukup mengerikan. Aku berdoa moga kita semua dijauhkan daripada bertemu dengan manusia seperti ini..Ya Allah..lindungilah kami...






You May Also Like

5 comments

  1. euwww! memang cetan, main suka-suka tembak orang je.. giler punya cetan ni..! mujur dah gone! kalau kat malaysia berbuat baik diberi pengampunan.. mcm perogol bersiri tu..

    ReplyDelete