Lepaskan Kembali Aku Ke Laut...
Sabtu lepas bersama group KBBA9 dengan tajaan The Legend Resort Cherating aku berpeluang untuk menimba pengalaman melepaskan anak penyu ke laut. Anak penyu yang kami lepaskan berusia 3 hari. Menurut penerangan yang aku dengar..dari 100 ekor anak penyu yang akan dilepaskan cuma 1-5 ekor yang akan hidup. Dan yang menariknya penyu yang hidup tu sekiranya betina dia akan datang kembali ke tempat di mana dia dilepaskan hanya untuk bertelur..maknanya dia akan ingat tempat di mana dia dilepaskan..menarikkan?
Seriously comel gile anak-anak penyu ni. Tapi nak pegang kena ada caranya..tak boleh ditekan bahagian bawah perutnya sebab bawah perut dia memang terlalu lembut. Pegang mestilah dengan lembut dibahagian kiri dan kanan cam gambar yang aku snap ni.
Muka hepi giler sebab dapat peluang untuk lepaskan baby turtle.. |
Penerangan yang telah diberikan oleh Encik Azraef sebelum anak penyu dilepaskan |
3 comments
Rindu my Lucy.. semoga dia selamat berenang di lautan bebas.. chewahh..Anyway.. memang seronok sangat aktiviti lepaskan anak penyu ni..
ReplyDeletesyioknye pegi cheratinggg
ReplyDeleteAktiviti paling best, pastu rasa sedih pun ada masa nak lepaskan anak penyu tu. Harap mereka boleh survive di laut.
ReplyDelete