Support Bisnes Muslim

by - February 09, 2017

Pagi ni sebelum berusaha gigih mencari stock botol yang kehabisan sempat la aku dan encik suami bersarapam dulu di Bandar Bukit Raja kebetulan encik suami nak jenguk tapak projek dia di sana.  Suami ajak gi satu restoran ni..dia kata sedap. Aku cam biasa memang jenis tak kisah makan kat mana2 janji makan hahhaha.

Dari luar nampak..'wah!!lawanya kedai ni..mesti mahal' tu yang terdetik dalam hati. Melangkah masuk lagi laaaa rasa cam 'sah mesti mahal'. Biasa laaa kan manusia ni suka judge dulu. Hidangan plak ala buffet..layan diri,amik la apa ko nak makan pastu gi bayar kat kaunter. Encik suami amik nasi lemak sambal sotong. Aku pun sama tapi aku tamak sket hahah..aku amik nasi lemak sambal sotong,sikit kuey teow,popia pedas sebungkus & kuih lopez sebungkus. Pastu kami order nescafe tarik 2. Sampai kaunter je dalam hati aku kata mesti paling murah ni dalam rm20 lebih ni sebab amik banyak makanan dan deco plak mmg cantik. Tapi ternyata telahan aku meleset. Semuanya cuma RM15 sahaja..2 kali aku tanya betul ke harganya..hahaha..

Seriously korang..dah la sedap, murah pulak. Sempat berborak dengan salah sorang pekerja, katanya memang bos diaorang nak menyediakan restoran yang mewah dengan harga berpatutan khas untuk orang2 melayu khususnya. Restoran ni selalu mengadakan program keagamaan dan menjemput anak2 yatim untuk diraikan. Sape2 berkesempatan leh la berkunjung ke Restoran Nasi Ayam Hainan Ikhwan di Bandar Bukit Raja,Klang. Memang berbaloi. Opsss..maaf sebab kualiti gambar x cantik hehe..








You May Also Like

0 comments