Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train

Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) baru-baru ini memperkenalkan produk terbaharunya, iaitu Railway To See Malaysia (RTSM) Excursion Train edisi Promising Perak. Pelancaran tren ini adalah sebahagian daripada inisiatif sempena sambutan Tahun Melawat Perak 2024 dan juga persediaan awal bagi Tahun Melawat Malaysia 2026. Dengan menawarkan pengalaman perjalanan yang santai serta unik, tren ini pastinya mampu memikat hati pelancong domestik dan antarabangsa.


Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train


Keistimewaan RTSM Excursion Train

RTSM Excursion Train ini menawarkan pengalaman menaiki tren persiaran yang menggunakan lokomotif diesel, sebuah pengalaman yang semakin jarang ditemui pada masa kini. Tren ini turut dilengkapi dengan koc Chillax dan koc Café, memberikan penumpang keselesaan sepanjang perjalanan. Terdapat dua kelas yang ditawarkan: 

  1. koc kelas pertama dengan harga RM74 sehala 
  2. koc kelas kedua dengan harga RM51 sehala.
Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train
Koc Chillex

Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train
Plug turut disediakan bagi memudahkan penumpang untuk mengecas telefon

Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train
Ruangan bersantai di Koc Chillex

Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train
Koc Cafe yang menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman


 

Tren ini dijadualkan berlepas dari KL Sentral pada setiap Sabtu (7 September, 5 Oktober, 26 Oktober, dan 9 November 2024) dengan destinasi akhir di Taiping. Pada hari Ahad pula (8 September, 6 Oktober, 27 Oktober, dan 10 November 2024), tren ini akan bergerak dari Taiping kembali ke KL Sentral. Sepanjang perjalanan, tren ini akan berhenti di beberapa stesen utama seperti Batu Gajah, Ipoh, Kuala Kangsar, dan Taiping.

 

Sebagai sebahagian daripada kempen ini, pelancong akan berpeluang melawat beberapa tarikan popular di sekitar Ipoh. Berikut adalah lima lokasi utama yang bakal menjadi destinasi pilihan dalam pakej RTSM Excursion Train:

 

1. Tasik Cermin

Terletak di balik bukit batu kapur, Tasik Cermin merupakan sebuah destinasi yang unik dan tersembunyi di Ipoh. Keindahan alam semula jadi di sini memukau dengan air tasik yang jernih dan memantulkan pemandangan sekelilingnya seperti cermin. Bagi yang gemar menikmati suasana tenang, Tasik Cermin adalah pilihan yang ideal. Tiket masuk ke sini berharga sekitar RM5 , menjadikan tempat ini sangat berbaloi untuk dikunjungi.


Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train

Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train


2. Hard Rock Cafe Ipoh

Bagi peminat makanan bertema rock & roll, Hard Rock Cafe Ipoh adalah tempat yang harus dikunjungi. Terletak di tengah bandar, kafe ini menawarkan suasana yang penuh dengan muzik serta dekorasi ikonik. Selain menikmati hidangan yang lazat, pengunjung juga boleh membeli barangan eksklusif Hard Rock sebagai kenang-kenangan. Hidangan utama di sini berharga antara RM35 hingga RM60, mengikut jenis makanan yang dipesan.


Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train

Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train


3. Concubine Lane

Concubine Lane merupakan salah satu lorong bersejarah yang popular di Ipoh. Lorong ini menampilkan pelbagai kedai kecil yang menjual barangan antik, cenderahati, serta makanan jalanan. Berjalan di lorong ini seperti membawa anda kembali ke masa lalu, dengan bangunan-bangunan lama yang masih terjaga. Tiada tiket diperlukan untuk melawat Concubine Lane, namun pastikan anda bawa wang tambahan untuk membeli-belah dan mencuba makanan tempatan.


Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train


4. Lost World of Tambun Hot Spring & Spa

Terkenal dengan taman tema air dan hutan batu kapur, Lost World of Tambun juga menawarkan Hot Spring & Spa yang menenangkan. Pengunjung boleh berendam dalam kolam air panas semula jadi sambil menikmati suasana alam semula jadi. Tiket masuk ke Lost World of Tambun untuk dewasa berharga RM117, manakala kanak-kanak dikenakan bayaran sebanyak RM110. Tempat ini sesuai untuk seisi keluarga yang ingin berehat dan bersantai selepas seharian melancong.


Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train


5. Escape Ipoh

Bagi mereka yang gemar aktiviti lasak, Escape Ipoh menawarkan pelbagai aktiviti outdoor yang mencabar, seperti flying fox dan wall climbing. Taman ini menyediakan aktiviti untuk semua peringkat umur, menjadikannya destinasi yang menarik untuk penggemar sukan ekstrem. Harga tiket masuk ke Escape Ipoh bermula dari RM60 hingga RM70, bergantung kepada jenis aktiviti yang anda ingin sertai.


Terokai Keindahan Perak dengan KTMB RTSM Excursion Train


Cara Membeli Tiket

Penumpang boleh membeli tiket RTSM Excursion Train melalui aplikasi KTMB Mobile (KITS) atau laman web rasmi KTMB. Untuk maklumat lanjut mengenai jadual dan harga tiket, layari laman web KTMB di www.ktmb.com.my atau hubungi Pusat Panggilan KTMB di 03 - 9779 1200.

 

Dengan gabungan keindahan pemandangan sepanjang perjalanan dan tarikan-tarikan menarik di Ipoh, RTSM Excursion Train adalah pilihan terbaik untuk mereka yang ingin melancong dengan lebih santai dan menikmati pengalaman pelancongan yang unik.



Post a Comment

0 Comments