Sehingga 1 April, Malaysia telah memasuki fasa endemik dan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin mengumumkan bahawa perjalanan antara negeri dan antarabangsa dibenarkan sepenuhnya untuk semua individu.
Berita ini sememangnya melegakan hati ramai bukan sahaja rakyat Malaysia tetapi juga warga asing yang ingin datang ke Malaysia. Maklumlah, setelah 2 tahun kita terkurung akibat pandemik yang melanda, berita tentang peralihan fasa ke endemik sangat-sangat melegakan.
Oleh kerana Malaysia mencapai lebih daripada 90% vaksinasi untuk penduduk dewasa kita, sekatan perjalanan telah ditarik balik untuk rakyat Malaysia yang divaksinasi sepenuhnya. Individu yang divaksinasi sebahagiannya juga mempunyai lebih banyak kelonggaran untuk melancong kerana negara mencapai inokulasi 90%. Walau bagaimanapun, pengumuman yang paling penting adalah membenarkan semua individu yang divaksinasi sepenuhnya untuk melancong ke luar negara tanpa memerlukan pas perjalanan.
Namun begitu, bagi pelancong yang ingin melawat Malaysia mereka dikehendaki untuk ;
- Beli insurans perjalanan yang merangkumi perlindungan COVID-19
- Muat turun aplikasi MySejahtera
- Memohon Kad Pengembara digital dalam aplikasi MySejahtera
- Lengkapkan ujian RTK-Ag profesional dalam masa 24 jam selepas ketibaan
eMedAsia Travel & Health Memudahkan Prosedur Perjalanan Antarabangsa Untuk Warganegara Malaysia Dan Warga Asing
Walau bagaimanapun dengan adanya eMedAsia Travel & Health, banyak perkara dapat dipermudahkan kerana eMedAsia Travel & Health menawarkan ;
- Ujian RTK-Ag profesional dengan keputusan dikemas kini terus ke MySejahtera
- Ujian PCR dengan keputusan dikemas kini terus ke MySejahtera
- Ujian saringan Covid Maya (Virtuail Covid Screening Test) dengan kerjasama CLEADOC
- Tidak perlu ke klinik atau hospital
- Lakukan ujian RTK atau PCR anda pada bila-bila masa di mana-mana dalam zon selesa anda
- Keputusan disahkan oleh doktor perubatan & dikemaskini terus ke MySejahtera
- Ujian darah & diagnostik
- Insurans Covid
- Langkau barisan ujian lapangan terbang dengan pra-tempahan dalam talian untuk ujian RTK semasa ketibaan anda melalui MySafeTravel.gov.my di kira-kira 2,500 GP eMedAsia di seluruh negara.
- Tidak perlu beratur panjang dan elakkan orang ramai dalam ujian lapangan terbang.
- Minimumkan risiko pendedahan COVID-19 semasa beratur
- Susun RTK atau PCR Swabbing di tempat penginapan anda atau di klinik yang terdekat
- eMedAsia Travel & Health mempunyai lebih 2,500 ahli berdaftar di seluruh negara
- Perkhidmatan mampu milik
- Kemas kini terus MySejahtera oleh doktor/klinik perubatan
- Doktor yang berdaftar dan diiktiraf oleh KKM & KOOP MMA
- Warga Asing : RM90
- Warganegara : RM70
1 Comments
Ehh jap... Camni lg senang kan... Yg virtual screening tuu... Jimat masa, senang
ReplyDelete