Filem Berdasarkan Kisah Benar Yang Anda Boleh Tonton di Netflix | Sang Kiai

Sang Kiai merupakan sebuah filem drama Indonesia 2013 yang mengisahkan seorang pejuang kemerdekaan dan salah seorang pengasas Nahdlatul Ulama dari Jombang, Jawa Timur iaitu Hadratussyaikh Kyai Haji Hasyim Asy'ari. Filem ini mengangkat kisah perjuangan seorang Ulamak bagi memastikan Islam terus mekar semasa penjajahan Jepun di Indonesia pada 1942.

 

Filem ini dipilih sebagai wakil Indonesia untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-86, tetapi tidak melepasi pencalonan.


Filem Berdasarkan Kisah Benar Yang Anda Boleh Tonton di Netflix | Sang Kiai


Sinopsis


Sang Kiai merupakan sebuah filem drama Indonesia 2013 yang mengisahkan seorang pejuang kemerdekaan dan salah seorang pengasas Nahdlatul Ulama dari Jombang, Jawa Timur iaitu Hadratussyaikh Kyai Haji Hasyim Asy'ari. Filem ini dibintangi oleh Ikranagara, Christine Hakim, Agus Kuncoro, Adipati Dolken.

 

Filem ini dipilih sebagai wakil Indonesia untuk kategori Filem Bahasa Asing Terbaik di Anugerah Akademi ke-86, tetapi tidak melepasi pencalonan.

 

Plot bermula dengan kisah Jepun yang melarang menaikkan bendera merah putih, mengharamkan lagu Indonesia Raya dan memaksa rakyat Indonesia melakukan sekerei iaitu penghormatan kepada matahari. Perkara ini telah mendapat tentangan dari KH Hasyim Asyari iaitu seorang tokoh agama kerana perbuatan sekerei sangat bertentangan dengan akidah Islam. Oleh kerana itu Jepun telah menangkap KH Hasyim Asyari.

 

Salah seorang anak KH Hasyim Asyari yang bernama KH Wahid Hasyim berusaha menggunakan cara diplomasi bagi membebaskan bapanya namun anak muridnya yang bernama Harun percaya bahawa perkara ini hanya dapat diselesaikan dengan keganasan lalu mengumpul pengikutnya untuk melakukan demontrasi menuntut kebebasan KH Hasyim Asyari namun caranya ini ternyata salah dan hanya mengakibatkan keadaan bertambah buruk.

 

Dengan cara damai KH Wahid Hasyim berjaya memenangi diplomasi menentang Jepun dan KH Hasyim Asyari berjaya dibebaskan. Ternyata perjuangan menentang Jepun tidak berakhir di sini. Jepun telah memaksa penduduk  bercucuk tanam dan menyerahkankan hasil tanaman mereka kepada pihak Jepun. Keadaan ini telah menaikkan lagi rasa kemarahan penduduk terhadap Jepun. Konflik mula berlaku apabila Harun mulai percaya bahawa KH Hasyim Asyari mula berpihak kepada Jepun. Benarkah tanggapan Harun tersebut?

 

Bagaimanakah kesinambungan perjuangan KH Hasyim Asy'ari dan pejuang Indonesia yang lain menentang penjajahan Jepun? Ketahui apa yang berlaku seterusnya dalam filem Sang Kiai, yang  mula disiarkan pada 12 Ogos 2021 di Netflix.

 

 Para Pelakon ;


Ikranagara sebagai KH Hasyim Asy'ari

Christine Hakim sebagai Masrurah/Nyai Kapu

Agus Kuncoro sebagai KH Wahid Hasyim

Adipati Dolken sebagai Harun

Meriza Febriani sebagai Sari

Dimas Aditya sebagai Hamzah

Royham Hidayat sebagai Khamid

Ernestsan Samudera sebagai Abdi

Ayes Kassar sebagai Baidhowi

Dayat Simbaia sebagai KH Yusuf Hasyim

Dymas Agust sebagai KH Mas Mansur

Andrew Trigg sebagai Brigadir Mallaby

Arswendi Nasution sebagai KH. A. Wahab Hasbullah

Norman Rivianto Akyuwen sebagai kang Solichin

 


Post a Comment

2 Comments

  1. Jarang tengok citer macam ni..nanti boleh la cari dan tengok..mcm menarik

    ReplyDelete
  2. Jujurnya kalau cite macam ni tak masuk kepala Sis biasanya.. kalau nak tengok, kena off hp dan fokus.. kalau tak ke-laut hahahahaha...

    ReplyDelete