Travelodge City Centre Hotel Tawar Penginapan Idaman di Lokasi Strategik

by - Monday, August 17, 2020

Berbicara soal penginapan yang selesa ketika percutian, aku lebih memilih lokasi yang strategik bagi memudahkan aku untuk meneroka tempat-tempat menarik di sesebuah bandar atau negeri mahupun negara yang aku lawati. Kenapa? Kerana penginapan yang terletak di lokasi yang strategik sangat memudahkan pelancong untuk meneroka tempat percutian idaman mereka.

Hujung minggu lepas, aku berkesempatan untuk menginap di Travelodge City Centre yang terletak di Jalan Kasturi, Kuala Lumpur. Sengaja memilih destinasi yang dekat memandangkan aku sendiri walau tinggal di Lembah Klang tetapi sejak wabak Covid-19 melanda dunia, aku memang dah lama tak berjalan sekitar bandaraya Kuala Lumpur.



Travelodge City Centre Terletak di Kawasan Strategik Berhampiran Tempat Ikonik

Mengapa Travelodge City Centre? Itu pertanyaan pertama si suami bila aku mencadangkan untuk menginap di sini. Selepas aku menunjukkan lokasi Travelodge yang terletak di Jalan Kasturi, terus suami bersetuju dan memandangkan kami menempah bilik pada hari Jumaat-Ahad dimana pada Jumaat suami bekerja, jadi aku memilih untuk pergi dahulu menaiki LRT dan suami akan menyusul selepas selesai pekerjaannya.

Dari stesen LRT Subang Jaya, aku terus ke LRT Pasar Seni. Turun je LRT dah kelihatan bangunan hotel di sebelah kiri. Cuma beberapa meter, lebih kurang hanya 3 minit berjalan kaki aku dah pun berada di bangunan hotel. Melangkah masuk dengan kawalan ketat mematuhi SOP, aku agak terpegun dengan dekorasi ruangan lobi hotel. Memang nampak bersih, suasana yang 'cozy' dan dekorasi yang moden.



 Tawar Pelbagai Jenis Bilik

Walaupun hanya aku bersama suami, tetapi aku memilih untuk menginap di Family Room kerana pada sangkaan aku mungkin akan lebih selesa jika kami menginap di bilik ini. Tetapi sangkaan aku ternyata meleset. Bukannya akan lebih selesa tetapi rupanya SANGAT SELESA. Terdapat 2 buah katil bersaiz queen di dalam bilik ini. Sempat aku berseloroh dengan suami yang kami akan menggunakan katil sorang satu katil supaya tidak membazir dan boleh tidur berguling-guling.. Mana taknya, bilik ini mampu memuatkan sehingga 4 orang dalam satu masa.




Selain Family Room yang berukuran 24sqm ni, terdapat juga bilik :

  • Superior Room 
Berukuran 19 meter kaki persegi dengan pilihan katil 1 katil bersaiz queen atau 2 katil bersaiz single. Bilik ini hanya mampu memuatkan 2 orang pada satu masa. Untuk bilik jenis ini, anda boleh memilih untuk bilik yang mempunyai balkoni namun aku difahamkan bahawa buat masa ini bilik yng berbalkoni yang dibuka buat mereka yang berhajat menginap lama di sini iaitu antara 14 hari hingga sebulan.




  • Suite Room
Berukuran 42 meter kaki persegi, Suite Room didatangkan dengan ruang tamu yang selesa. Jika anda berhajat untuk 'berbulan madu' aku rasa bilik jenis ini sangat selesa untuk anda semua. Katil yang disediakan di Suite Room adalah katil bersaiz king.


Oh ye! Sebelum aku terlupa..untuk mereka yang datang dalam kumpulan yang besar, anda boleh memilih untuk menginap di bilik 'family room' yang bersambung iaitu 1 bilik yang mempunyai 2 katil bersaiz queen (seperti bilik yang aku menginap ini) dan 1 lagi bilik yang mempunyai 3 buah katil bersaiz single.


Kemudahan Yang Disediakan Oleh Pihak Hotel

Berikut adalah kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel buat para pelanggan :

  • 24-hour convenience store
  • 24-hour hotel reception
  • 24-hour security
  • Antipodean café (Buffet breakfast / All day dining)
  • Currency exchange
  • Free Wi-Fi
  • Laundromat & Ironing facilities
  • Luggage storage service
  • Non-smoking hotel
  • Parking facilities
  • Photocopying service
  • Travel agency and tour desk


Tempat Menarik Sekitar Hotel

Macam yang aku ceritakan di awal tadi, Travelodge City Centre ini terletak betul-betul di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur dan berdekatan dengan tempat-tempat menarik dan yang lebih menarik ialah semuanya hanya 'walking distance'. Ini antara tempat yang anda semua boleh pergi hanya dengan berjalan kaki dari Travelodge City Centre Hotel :

1. Kasturi Walk Central Market

Terletak betul-betul berhadapan dengan bangunan Travelogde City Centre Hotel. Kasturi Walk ini pada hari biasanya akan dipenuhi dengan pelbagai gerai makanan dan jualan. Namun buat masa sekarang memandangkan Central Market di dalam pembinaan baik pulih dan bakal dibuka pada hujung bulan ini, Kasturi Walk ditutup sementara.


2. River Of Life, Masjid Jamek

River of Life project has fallen short of objectives
Gambar Ihsan NSTP


3. Kwai Chai Hong


4. Petaling Street

A Traveller's Guide to Kuala Lumpur's Chinatown
Gambar Ihsan Google

Tawaran Menarik Sepanjang Ogos & September

Memandangkan Travelodge telah membuat pembukaan semula pada bulan Disember tahun lepas, mereka kini menawarkan 'Re-Opening Promotion' di mana harga untuk sebuah bilik dibuka pada harga bermula RM88 sahaja untuk bilik superior dan tempoh tempahan telah dibuka bermula sekarang sehingga 30 September 2020 manakala tempoh penginapan bermula 1 Ogos sehingga 30 September 2020.

Manakala sebagai tanda menghargai Frontliners, pihak hotel berbesar hati menawarkan penginapan pada harga bermula RM68 khas buat mereka yang bertugas sebagai Frontliners.

Sekiranya anda berminat untuk menginap di sini, sila layari lama web https://www.travelodgehotels.asia/hotel/travelodge-city-centre/ dan membuat tempahan sekarang!


Artikel berkaitan

0 comments