Just Seafood Syurga Pecinta Makanan Laut

Siapa pecinta makanan laut kat sini? Jom aku cadangkan korang ke restoran yang menghidangkan makanan laut ala shellout tapi dengan pelbagai variasi sos pilihan.

Aku memang seorang yang gilakan makanan laut terutama ketam! Jadi..bila baru-baru ini aku mendapat undangan dari Restoran Just Seafood yang terletak di Sunway Giza, aku tak lepaskan peluang.


Restoran Just Seafood ni terletak di dalam Sunway Giza di tingkat G berdekatan dengan farmasi Caring. Kalau korang parking di lot parkir yang disediakan di Sunway Giza ni, naik je tangga akan terus nampak Restoran Just Seafood.

Apa yang menarik di Just Seafood ni ialah bila kita dihidangkan dengan nasi lemak sambal makanan laut. Haa..camne tu? Tgk je la gambar ni hahah baru korang faham camne mewahnya makan nasi lemak Just Seafood ni.



Hidangan istimewa Nasi Lemak Cajun ni dihidangkan ala shellout yang mewah denga ketam, udang, kepah, kerang, lala dan jagung. Harga untuk Nasi Lemak Cajun ni RM119++ untuk 2 orang, RM219 untuk 4 orang dan RM429 untuk 8 orang makan. Kalo korang nak tambah petai ke, broccoli ke..pun boleh..cuma request pada diaorang.


Kalau korang tak nak makan nasi lemak, sebenarnya ada pelbagai menu lagi yang ada di Restoran Just Seafood ni. Antaranya spaghetti dan bermacam hidangan lain. Untuk shellout pulak ada pelbagai sos tapi yang paling rare ialah Creamy Durian Sauce Seafood! Omg..memang tak sangka diaorg boleh terfikir nak buat sos ni tapi memang sedap!


Tapi aku paling suka Golden Salted Egg Sauce Seafood..Ya Allah sedap yang teramat sangat. Punya la sedap sampai aku tapau bawak balik hahaha.


Untuk Keterangan Lanjut dan Tempahan

Seriously makan kat Just Seafood ni sangat berbaloi dengan harga yang ditawarkan. Semua makanan lautnya sangat fresh dan yang paling penting sangat sedap. sangat-sangat recommended ye kawan-kawan. Kalau korang nak datang boleh la ke :

Just Seafood
A-9-G, Sunway Giza Mall,
Jalan PJU 5/14, Dataran Sunway,
Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan

Tel : 012-2290855/03-61446366





Post a Comment

2 Comments

  1. Seafood! My fav! ALhamdulillah, nasib takda allergik seafood, kalau tidak merana la takleh makan, sedapppp ni.

    Mai datang follow sini, hihi keep in touch!

    ReplyDelete