Sikit je lagi cuti sekolah akan bermula dan aku pasti dah ramai yang rikki-rikki tempat nak melawat. Bagi ibu bapa yang memang kekurangan cuti pula mesti menggaru kepala sebab anak-anak dah start merengek nak ajak bercuti.

Jangan pening kepala, jom aku kongsikan tempat tarikan terbaru sekitar Kuala Lumpur yang korang boleh bawa anak-anak. 

1. Kwai Chai Hong

Tarikan terbaru ini mula dibuka pada April 2019. Sebenarnya Kwai Chai Hong yang terletak di Petaling Street ini telah dibangunkan semula dengan kos projek bina semula kawasan ini melebihi RM1.5 juta. Dibangunkan untuk dijadikan tempat tarikan sekaligus membangkitkan nostalgia lama.



Kwai Chai Hong terletak di kawasan Petaling Street dan merangkumi 6 bangunan di Jalan Petaling dan 4 bangunan di Jalan Panggong. Bangunan di Kwai Chai Hong ini dipenuhi dengan mural yang penuh dengan nostalgia lama. 


Dibuka setiap hari dari pukul 9 pagi hingga 6 petang, pengunjung diminta untuk menggunakan QR Codes untuk dapatkan info pada setiap bangunan. Bagi mereka yang suka bergambar, inilah tempatnya yang korang wajib tuju!



 

2. Muzium Polis Diraja Malaysia

Muzium Polis Diraja Malaysia ni sebenarnya bukanlah tarikan baru tapi aku pasti masih ramai yang belum sedar tentang kewujudan muzium ni. Terletak di Jalan Perdana antara Masjid Negara dan Taman Tasik Perdana, muzium ini telah diilhamkan oleh Penguasa Sekolah Pusat Latihan Polis iaitu PGB Waller pada tahun 1950 dan kemudiannya dirasmikan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-3 pada 9 Januari 1961.



Galeri Muzium Polis Diraja Malaysia terbahagi kepada 3 galeri iaitu :
  • A
  • B
  • C
Dan terdapat juga pameran di sekitar bahagian luar muzium, antaranya ialah Pameran Kereta Perisai (GMC), Ferret Scout Car dan turut terdapat pameran kenderaan yang digunakan oleh tokoh-tokoh PDRM.



Pameran senjata yang turut digunakan oleh penjenayah turut dipamerkan di sini. Malah senjata-senjata yang digunakan oleh komunis turut dipersembahkan.



3. Hauntu

Aku pasti ini tempat yang paling menarik tapi tak boleh lah bawak anak kecil ke sini. Hauntu adalah sebuah tarikan terbaru yang terletak di The Linc KL. 

Pendek kata siapa yang suka masuk rumah hantu aku memang sangat suggestkan korang untuk mencuba sendiri pengalaman seram di Hauntu ni. Kenapa? Sebab di Hauntu ni korang akan rasa sendiri pengalaman seram yang berbeza dari rumah hantu yang korang pernah masuk.


Hauntu bertemakan sebuah hotel lama dengan suasana lama yang menyeramkan. Yang paling seronok ialah korang bukan setakat akan merasai pengalaman seram berbeza malah seakan menyaksikan pentas teater dek kerana pelakon-pelakonnya sangat berbakat.


Aku sendiri dah rasa, paling lucu bila kami 9 orang masuk ke hotel seram dan kesemua kami menjerit macam histeria..hahaha..jangan tak percaya, sampai ada yang laungkan azan sebab terlalu takut ye!

Pada aku harga tiket agak berbaloi sebab kita diberi masa selama 1 jam lebih untuk habiskan permainan ni, di mana 1 kumpulan dalam 10 orang dan korang kena rasai sendiri pengalaman sambil bermain 'game' yang telah disediakan. Korang just enjoy the game! Seriously memang best dan berbaloi sangat.

Hehe..ini kad game nya..so just follow the instruction dan enjoy the game.


Harga Tiket : RM58/pax
Alamat : 2-9, Level 2, The LINC KL,
360 Jalan Tun Razak,
50450, Kuala Lumpur



Trip ini telah dianjurkan oleh Gaya Travel & Tourism Malaysia