Kisahnya aku dah beberapa hari terperuk kat rumah. Hari ni rasa cam nak keluar so aku pergilah ke Setia City Mall, jalan punya jalan perut pun berkeroncong..tengok jam dah dekat pukul 12 tengahari dan mula teringat yang memang dari pagi belum makan apa-apa pun lagi.

Kebetulan masa perut berkeroncong tu memang aku betul-betul terpacak di depan The Chicken Rice Shop dan kemudian terpandang bunting 'Grilled Butter Chicken'..pergh..menu ni dah kembali lah! Jadi tanpa berlengah aku terus masuk je la ke dalam The Chicken Rice Shop ni.


Grilled Butter Chicken Kini Kembali!

Buat peminat tegar The Chicken Rice Shop korang pasti tau yang menu Grilled Butter Chicken ni memang dah pernah ada dan kali ini The Chicken Rice Shop kembalikan semula menu ini untuk masa terhad iaitu bermula November 2019 sehingga Januari 2020 sahaja!


Jadi, bagi korang yang memang nanti-nantikan menu yang buat air liur menjejes ni sila la serbu ke mana-mana outlet The Chicken Rice Shop berdekatan korang. 

Menariknya kali ini Grilled Butter Chicken didatangkan dalam 3 set yang berbaloi :

Meal A (1 pax) RM21.90
Meal B (2 pax) RM49.90
Meal C (4 pax) RM88.90
Grilled Butter Chicken
Grilled Butter Chicken
Grilled Butter Chicken
Pak Choy with Oyster Sauce (small)
Single Serve Chicken* (Choice of Roast/Steamed/Soy Sauce)
¼ Chicken*(Choice of Roast/Steamed/Soy Sauce)
1 bowl of Rice
Nyonya Pai Tee (regular)
Nyonya Pai Tee (large)
1 Soup of the Day
Sai To Fish Ball (regular)
Penang Rojak (large)

Pak Choy with Oyster Sauce (regular) or spicy Savoury Ladies’ Fingers (regular)
Penang Famous Chicken Rolls (3 pcs)

2 bowls of Rice
Pak Choy with Oyster Sauce (large) or spicy Savoury Ladies’ Fingers (large)

2 Soup of The Day
4 bowls of Rice


4 Soup of The Day

Kenapa Perlu Pilih Menu Grilled Butter Chicken?

Pada aku sejujurnya menu ni sangat sedap! Bayangkan ayam tanpa tulang yang digoreng rangup dan kemudiannya disimbah dengan sos butter yang memikat dipercikkan pula dengan hirisan cili api yang kemudiannya dicampurkan dengan daun kari yang membangkitkan aroma..perghhh memang meleleh air liur bila teringat menu ni.


Tambahan pula kerangupan ayam goreng tanpa tulang..krup krap korang makan dan pasti senang nak kunyah sebab tak ada tulang yang mengganggu! Hahaha..serious wei..tengah taip entry ni untuk korang pun dah meleleh air liur aku ni..hahaha..

Kalau datang sini jangan lupa order yang set sebab berbaloi pulak-pulak aku memang suka Pak Choy tu! Adusss memang padanan yang sedap yang pasti tak buat korang muak!


Jadi..tunggu apa lagi? Meh la serbu The Chicken Rice Shop sekarang sebab menu ni hanya ada untuk waktu yang terhad (sehingga Januari 2020 sahaja).



Untuk keterangan lanjut mengenai setiap promosi di The Chicken Rice Shop korang boleh la tengok di :