Kompleks Kraf Langkawi Antara Tarikan di Tanah Mahsuri

Berpeluang mengunjungi Kompleks Kraf Langkawi satu penghargaan bagi aku ketika mengikuti Program Road To Agro Tourism Siri 4 - Zon Utara anjuran Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama MADA, LADA & LPP.

Kompleks Kraf Langkawi merupakan salah satu destinasi utama pelancongan di Pulau Langkawi dan pusat kraf setempat yang menghidangkan pelbagai produk kraf asli seperti batik, tenunan, anyaman, logam, seramik dan pelbagai kraf.



Antara yang terdapat di Kompleks Kraf Langkawi ini adalah


  • Jualan Kraf

Produk kraf yang berseni dan kotemporari seperti pakaian, perhiasan diri, hadiah dan cenderamata, kelengkapan rumah serta keperluan harian turut boleh diperolehi di outlet karyaneka dan Bazar Kraf pada harga yang berpatutan





  • Muzium Kraf

Terletak di Kompleks Kraf Langkawi bertujuan meberi pendidikan melalui pameran dan diorama seni pembuatan kraf. Terdapat himpunan koleksi seni kraf warisan, adat istiadat dan budaya yang mencerminkan identiti dan peradaban bangsa dipamerkan di Galeri Warisan serta Galeri Perkahwinan




  • Tempat Pembuatan Batik

Dimana proses mencanting serta melukis batik dilakukan. Pengunjung juga berpeluang untuk merasai sendiri pengalam mencanting batik di sini.


  • Tempat Pembuatan Kaca Kristal.

Disini pengunjung berpeluang untuk menyaksikan sendiri bagaimana proses pembuatan kristal dilakukan. Pengunjung akan dipersembahkan dengan tiupan kaca bagi menghasilkan kristal yang berkualiti dan menarik





Perkhidmatan Lain Yang Disediakan di Kompleks Kraf Langkawi


Di Kompleks Kraf Langkawi terdapat pelbagai fasiliti yang boleh disewa oleh Jabatan Kerajaan, agensi swasta, NGO mahupun orang perseorangan untuk menganjurkan pelbagai program/aktiviti seperti mesyuarat, kursus, taklimat, perjumpaan, majlis perkahwinan dan sebagainya. Fasiliti yang boleh disewa ialah :
  • Dewan Teluk Yu yang boleh memuatkan 300+ orang
  • Auditorium Seri Inang yang boleh memuatkan 75+ orang
  • Bilik Mesyuarat Seri Mahsuri yang boleh memuatkan 40+ orang
  • Ruang Makan VIP yang boleh memuatkan 50+ orang
kemudahan yang disediakan ialah :
  • Mimbar
  • Komputer Riba & TV LCD
  • Projektor
  • Sistem Siaraya
  • Mikrofon Persidangan
  • Pentas 12' x 16'
  • Kerusi Banquet & Meja
Selain itu juga pihak Kompleks Kraf Langkawi menyediakan pelbagai aktiviti menarik yang boleh dinikmati oleh para peserta yang menyewa fasiliti diatas seperti :
  • Interaktif Kraf Mewarna Batik
  • Demonstrasi Kraf
  • Lawatan berpandu ke bazar kraf dan muzium-muzium kraf
  • Lawatan ke bengkel pembuatan kraf kristal
Bagi yang berminat untuk mengunjungi Komplek Kraf Langkawi ni, KEMASUKAN ADALAH PERCUMA dan DIBUKA SETIAP HARI dari pukul 10.00 pagi hingga 6.00 petang

KOMPLEKS KRAF LANGKAWI
Teluk Yu, Mukim Bohor,
07000 Langkawi, Kedah
Tel : +604-9591913, +604-9591917, +6049591844
Faks : +604-9592340



Post a Comment

4 Comments

  1. Menarik jugak kompleks ni, hari tu pergi Langkawi tak terfikir nak singgah.

    ReplyDelete
  2. seronoknya dapat join event macam ni.dah lama rasa nya tak pergi langkawi.next trip boleh la singgah sini

    btw jum join segmen airah http://www.airahsyahirah.com/2018/03/segmen-cari-bloglist-sebulan-by-airah.html

    ReplyDelete
  3. lama dah tak pergi langkawi
    dah macam2 benda baru dah ada disana

    ReplyDelete
  4. baru tahu ada kompleks macamni di Langkawi..kalau tahu ada time pergi Langkawi haritu, dah singgah dah

    ReplyDelete