Kenali Joe Biden, Presiden Amerika Syarikat ke-46

by - Wednesday, November 11, 2020

Umum mengetahui bahawa Amerika Syarikat telah pun sebulat suara memilih Joseph Robinette Biden Jr atau lebih dikenali sebagai Joe Biden sebagai pemimpin baru mereka setelah Biden berjaya mengalahkan Donald Trumph pada pilihan raya Presiden Amerika Syarikat 2020.


Joe Biden akan mengangkat sumpah sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 20 Januari 2021 akan datang. Namun, siapakah sebenarnya Joe Biden yang mampu menumpaskan Donald Trumph ini? Jom kenali siapakah Joe Biden.


Kehidupan Awal 

Joseph Robinette Biden Jr telah dilahirkan pada 20 November 1942, di Hospital St Mary's di Scranton, Pennsylvania. Ibunya bernama Catherine Eugenia "Jean" Biden (nΓ©e Finnegan) (1917-2010) dan bapanya pula bernama Joseph Robinette Biden Sr (1915-2002).


Joseph Robinette Biden Jr merupakan anak sulung dalam keluarga Katolik itu, beliau mempunyai seorang adik perempuan, Valerie, dan dua orang adik lelaki, Francis dan James. Ibunya berketurunan Ireland. Ibu bapa Joseph Sr iaitu Mary Elizabeth (Robinette nΓ©e) dan Joseph H. Biden (merupakan pengusaha minyak dari Baltimore, Maryland) pula berketurunan Inggeris, Perancis, dan Ireland.

 

Pada saat Biden dilahirkan, keluarganya mengalami masalah kewangan hingga menyebabkan mereka terpaksa tinggal bersama datuk dan nenenk Biden selama beberapa tahun. Pada tahun 1950-and, Scranton telah mengalami kemerosotan ekonomi hingga menyebabkan bapa Biden sukar mendapatkan pekerjaan yang stabil.


Kemudian pada tahun 1953, keluarga mereka mula meninggalkan kediaman datuk dan nenek Biden dan memulakan kehidupan di sebuah apartment di Claymont, Delaware selama beberapa tahun sebelum berpindah lagi ke sebuah rumah di Wilmington, Delaware. Sehingga akhirnya bapa Biden mejadi jurujual kereta terpakai yang berjaya hingga mampu mengekalkan gaya hidup keluarga kelas menengah.


Biden adalah seorang pelajar yang lemah namun merupakan pemimpin semulajadi. Beliau telah munjukkan bakat menjadi presiden sejak dibangku sekolah dengan menjadi presiden kelas pada tahun-tahun junior dan seniornya. Biden juga merupakan seorang pemain barisan tengah untuk pasukan bola sepak sekolah tinggi di Akademi Archwre. Beliau telah menamatkan pengajiannya pada tahun 1961.


Semasa melanjutkan pengajian di Universiti Delaware di Newark, Biden sekali lagi bermain bola sepak dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1965 dengan jurusan dua kali dalam bidang sejarah dan sains politik serta tambahan dalam bidang bahasa Inggeris. Beliau memperoleh purata C dan menduduki tempat ke-506 daripada 688 orang di kelasnya.

 

Biden juga mengalami masalah  gagap. Ketika usia beliau mencecah 20 tahun, beliau sering berlatih membaca puisi dihadapan cermin bagi mengurangkan masalah kegagapan beliau dan akhirnya kerana usaha gigih beliau, masalah kegagapan itu mula berkurangan. Namun, banyak yang menyatakan bahawa kegagapannya itu telah mempengaruhi penampilan dirinya dalam debat presiden bagi Parti Demokrat pada tahun 2020.


Kerjaya Politik Biden

Biden mencuba nasibnya untuk menjadi calon presiden bagi parti Demokrat pada tahun 1988 dan 2008, tetapi tidak berjaya memenanginya. Semasa pilihan raya presiden AS 2008, Senator Barack Obama ketika itu memilihnya untuk menjadi calon naib presiden. Obama dan Biden akhirnya memenangi pilihan raya tersebut.


Biden secara rasmi dicalonkan mewakili Parti Demokrat sebagai calon Naib Presiden pada 27 Ogos 2008 di Sidang Kebangsaan Parti Demokrat Denver.

 



Pada 4 November 2008, Obama dan Biden berjaya memenangi pilihan raya menewaskan gandingan John McCain-Sarah Palin sebanyak 192 undian serta 53% undian popular.

Dalam pilihan raya presiden 2020 beliau melancarkan kempennya pada 25 April 2019 dengan Philadelphia sebagai markas utama kempen. Beliau bersaing kuat khususnya dengan Bernie Sanders yang utuh momentumnya di mana Biden berjaya di peringkat primer dalam 18 daripada 26 pilihan raya termasuk Alabama, Arkansas, Maine, Massachusetts, Minnesota, North Carolina, Oklahoma, Tennessee, Texas, and Virginia lagi-lagi dengan turunnya saingan lain sama parti seperti Elizabeth Warren dan Mike Bloomberg di mana beliau mendahului Sanders di empat negeri - Idaho, Michigan, Mississippi, and Missouri - pada 10 Mac.

 

Pada 8 April 2020, Bernie Sanders mengumumkan keputusan menggantung kempennya selepas mempertimbangkan situasi genting yang melanda A.S susulan wabak COVID-19 Biden secara automatiknya menjadi calon utama Parti Demokrat. Sanders memberikan sokongan penuh kepada Biden pada 13 April, Barack Obama menyusuli keesokan harinya.

 

Beliau memilih Senator Kamala Harris dari California sebagai timbalannya pada 11 Ogos - Biden ada mengatur pelantikan Timbalan Presiden dalam kalangan kaum wanita pada Mac tahun sama. Biden disahkan sebagai calon utama di Sidang Kebangsaan Parti Demokrat seminggu kemudian pada 18 Ogos.


Kehidupan Peribadi Biden

Kehidupan Joe Biden agak menyayat hati apabila pada 18 Disember 1972, isteri dan anak perempuannya yang berusia setahun terbunuh dalam kemalangan jalan raya. Dua anak lelakinya, Beau dan Hunter, cedera parah, tetapi berjaya pulih sepenuhnya. Tragedi itu membuatkan Biden hampir bersara dari politik.


Pada 1977 telah berkahwin semula dengan Jill Jacobs dan mempunyai seorang anak bernama Ashley. Namun ujian menimpa lagi apabila anaknya bersama isteri pertama iaitu Beau telah meninggal dunia pada tahun 2015 akibat menderita barah otak.



Semoga perkongsian mengenai Presiden ke-46 Amerika Syarikat ini dapat membantu mereka yang ingin mengetahui lebih lanjut tentang siapakah Joe Biden.



Artikel berkaitan

15 comments

  1. Agk2 nya dia ni ok ka mcm trump jugak perangai diaπŸ˜‚

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi kalo kaum2 diaorang ni biasa sepesen je perangai πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  2. hopefully Biden tak la seteruk Trump, kesian dekat warganegara AS la sbnrnya..hahaha

    ReplyDelete
  3. handsome anak dia macam muka pelakon the office tu. Tapi sayang pulak dah meninggal. Semoga pemerintahan dia akan membantu ekonomi kita jadi lebih bagus & bukan berlandaskan personal vendetta semata

    ReplyDelete
  4. dengar citer die lebih teruk dari trump...mudahan negara2 islam terselamat dari diorg smua

    ReplyDelete
  5. Good knowledge sharing about Joe Biden. He’s a University of Delaware graduan.

    ReplyDelete
  6. Cerita pasal Biden ni inspiring jugak. Semoga menjadi presiden dihati rakyat

    ReplyDelete
  7. Suka tengok masa dia jadi VP kepada Obama dulu, nampak mcm sporting gila. Harap2 sbg presiden nanti pun ok jugak la, dgn vp wanita yg pertama.

    ReplyDelete
  8. Nak tengok juga perkembangan beliau lepasni sama naik mcm Trump ke tidak. Isu panas sama macam pandemic sekarang ni

    ReplyDelete
  9. Such a strong character in life yang kita baca pun tak pasti akan kuat macam dia untuk harungi semua cabaran dalam hidup Biden ni.. Hopefully he can be a great leader and bring peace to the world as a better place for everyone and future generation.

    ReplyDelete
  10. Biasanya pemimpin br di America mesti tertunggu2. Tapi dalam banyak2 pemimpin plg suka dengan Obama.. biden ni byk isu juga

    ReplyDelete
  11. Tahun 1942 ke dia? Masih kuat dan nampak sihat! Apalah dia amalkan ek.. Harap pemerintahan yang baru ni bakal mengubah semuanya demi kebaikkan rakyatnya..

    ReplyDelete
  12. As I read, he will be the eldest president in US!
    God bless him & his family!
    Pray for America too!

    ReplyDelete
  13. Dah berusia dah dia rupanya. Harap dia akan memberi manfaat dan kebaikan pada warga US

    ReplyDelete
  14. Comel je dia masa kecik..masa muda nampak handsome jugak hehe..hope dia tak macam Trump lah

    ReplyDelete