Bebelan Cik Min

Facebook Instagram Twitter
  • Home
  • Content
    • Fashion
    • Food
    • Beauty
    • Travel
  • About
  • Contact Me
  • Disclaimer
  • Sitemap
Hari terakhir di tahun 2019. Seperti tahun-tahun yang sudah aku secara jujurnya tak adalah menyimpan banyak azam sebab saban hari selama berpuluh tahun ni impian aku satu je..semoga hari-hari mendatang akan lebih baik dari hari ini.



Dan ye, sebagai seorang muslim apa yang paling aku hajati ialah moga aku sentiasa berada dalam hidayahNya which is saban hari aku  minta untuk hidup dalam Iman dan mati juga dalam Iman. Maaf ini bukan poyo tapi as we know hati kita ni milikNya dan hati kita sentiasa akan berbolak balik. Kita saksikan sendiri bagaimana ada orang yang murtad saban hari, yang jauh dariNya tiap saat. Jadi, walaupun kita tak baik tapi tak salah jika kita minta untuk jadi orang yng baik..kan?

Jujur, hidup aku berubah 360 darjah sejak 10 tahun lepas. Macam-macam yang aku hadapi dan Alhamdulillah aku masih mampu bertahan hingga ke hari ini. For those yang selalu cakap struggle is real, yes..true indeed but bagaimana kita handle sesuatu masalah itu adalah bergantung pada diri kita sendiri.

2019 for me? Huh! Terus terang adalah tahun paling mencabar dalam hidup aku which is aku kehilangan kereta yang menyebabkan kehidupan aku berubah hampir 90% but still aku berdoa hingga kini moga ada hikmah yang manis sebalik kejadian.

Kenapa aku kata 2019 sangat tough? Hanya sebab hilang kereta? Tak..bukan itu aje, banyak sebenarnya yang aku alami dan yes aku masih macam orang yang korang kenal, yang kalau kita berjumpa aku masih akan ketawa mengilai cam orang giler, masih buat lawak-lawak yang mungkin kadang korang annoyed but that is me! Aku tak pandai nak tunjuk sisi sedih kehidupan aku sebab pada aku apa yang terjadi biar aku je yang tahu.


Jadi, untuk tahun 2020 yang akan menjelang esok..tak banyak yang aku harapkan memadailah menjadi tahun yang lebih baik untuk aku berbanding tahun-tahun yang berlalu. Aku cuma nak bahagia, nak kaya dan paling penting nak sihat sentiasa..hahaha..

Apa pun, jika korang sedang menghadapi kehilangan besar pada tahun 2019..moga 2020 akan memberi sinar baru dalam hidup korang (which is ini doa untuk aku juga). 2020 aku cuma nak yang terbaik dan be a better me!

Happy new year u olsss..


Share
Tweet
Pin
9 comments
Untuk entry kali ini aku berbesar hati untuk berkongsi dengan korang tentang tips memilih minyak hitam untuk kenderaan korang! Oleh kerana tips ini agak berat bagi seorang perempuan jadi aku mengambil beberapa rujukan terlebih dahulu sebelum aku mula berkongsi cerita dengan korang.

Antara rujukan aku ialah http://hellolubricant.com/ yang memang pakar tentang hal ini. Hehe maklum la, untuk berkongsi suatu cerita, fakta adalah sangat penting ye! Dan paling penting mesti study dulu!!



Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!

Secara jujur, aku sangat singkat pengetahuan tentang apa-apa yang berkaitan dengan kereta pulak-pulak tentang minyak hitam. Apa yang aku tahu, aku hantar kereta ke tempat pusat service kereta dan aku serah bulat-bulat pada mereka untuk service kereta.

Sebenarnya cara ni tak betul sebab sebagai tuan empunya kereta, kita kena tahu apa yang terbaik dan yang sesuai dengan jenis kenderaan/kereta yang kita bawa. Nah kat sini ada beberapa tips tentang minyak hitam yang aku pelajari :

1. Cari simbol pecahan yang menunjukkan bahawa minyak tersebut telah diuji dan memenuhi standard American Petroleum Institute (API). Di samping itu, terdapat 2 penilaian pada bekas minyak enjin. Perkhidmatan Standard API – Samada SL/SM/SN. ”SN” merupakan piawaian yang terbaru dalam standard API. (SN) ni sebenarnya merujuk kepada sekumpulan ujian makmal enjin, termasuk siri terbaru untuk kawalan deposit suhu tinggi.

2. Pilih kelikatan (ketebalan) yang sesuai untuk suhu kenderaan korang.(cek manual book kereta korang).

Tapi sebenarnya tidak cukup dengan tu,banyak lagi info yang perlu kita tahu. Di atas ni adalah label yang korang akan dapati di setiap bekas minyak enjin bereputasi. Sebagai contoh : Donut API di sebelah kanan atas memberitahu korang jika minyak memenuhi perkhidmatan standard semasa SN (C bagi enjin diesel). Ia juga menunjukkan nombor SAE (Persatuan Jurutera Automotif) kelikatan menunjukkan minyak tersebut telah lulus ujian Resource Conserving. Simbol pecahan di sebelah kiri atas pula menunjukkan bahawa minyak tersebut telah lulus ujian yang disenaraikan oleh API untuk enjin petroleum.





Penting ke minyak untuk enjin?

Tanpa minyak untuk melincirkan dan menyejukkan bahagian yang bergerak, memastikan kebersihan dan membantu gerakan piston dalam silinder,enjin hanya boleh beroperasi beberapa saat sahaja. So? Ye, minyak enjin adalah penting!!


Minyak adalah sangat penting & sudah tentu ramai yang inginkan kualiti dengan harga yang murah.Jadi pilihlah minyak yang menepati piawaian & pilih yang sesuai untuk cara pemanduan korang.

Viscosity
Kelikatan (rintangan bendalir mengalir) diukur pada suhu 0° F yang diwakili oleh nombor sebelum "W" (Winter) dan pada suhu 212° F ,untuk nombor selepas W (Ini adalah piawaian antarabangsa). Oleh itu, minyak 10W-30 mempunyai kelikatan yang kurang apabila sejuk dan panas daripada 20W-50. Minyak enjin menipis kerana ia panas dan pekat apabila ia menyejuk. Semakin tinggi nilai nombor selepas W,minyak tersebut lebih tahan kelikatannya. Sebagai contoh ,10w40 adalah lebih baik dari10w30 & 20w50 lebih baik dari 15w40.


Pada takat akhir suhu rendah, minyak perlu tahan dari menjadi terlalu likat supaya ia mengalir dengan lebih mudah pada semua bahagian-bahagian yang bergerak di dalam enjin korang. Juga, jika minyak terlalu likat,enjin memerlukan lebih banyak tenaga untuk menghidupkan crankshaft, yang sebahagiannya tenggelam dalam takungan minyak. Ketebalan yang berlebihan boleh membuatkan lebih sukar untuk memulakan enjin, yang mengurangkan ekonomi bahan api. Minyak 5W biasanya apa yang disyorkan untuk kegunaan musim sejuk. Walau bagaimanapun, minyak sintetik boleh diadun untuk mengalir dengan lebih mudah apabila sejuk, jadi minyak synthetic boleh lulus ujian yang memenuhi standard 0W.

Bila enjin beroperasi, minyak menjadi panas. Nombor kedua dalam kedudukan kelikatan - sebagai contoh "40" pada 10W-40 – menunjukkan bahawa minyak akan kekal likat pada suhu yang tinggi berbanding dengan nombor yang lebih rendah,contoh - "30" pada 10W-30. Apa yang benar-benar penting ialah korang menggunakan kelikatan minyak yang disarankan didalam “manual owner book” korang.



Kenapa Ada Terlalu Banyak Jenis Minyak di Pasaran?


Tengok rak kat kedai-kedai auto/spare part dan korang akan melihat minyak yang dilabelkan untuk semua jenis tujuan tertentu. Contohnya : Enjin berteknologi tinggi, kereta baru, perbatuan yang lebih tinggi, SUV dan Heavy-duty/off-road. Korang akan nampak pelbagai pilihan kelikatan. Jika korang baca manual book korang, korang akan tahu apa yang pengeluar kereta korang sarankan untuk kenderaan yang baru. Korang boleh melihat terdapat minyak dalam kelas Energy Conserving, yang bermaksud minyak tersebut telah lulus ujian makmal. Dan yang terbaru dalam piawaian ialah Resources Conserving. Klasifikasi ini tidak semestinya menjamin penjimatan bahan api,tetapi pengeluar-pengeluar minyak terkemuka biasanya mempunyai beberapa label khas untuk keluaran mereka sebagai kelebihan.

Ni beberapa jenis minyak :

Premium Conventional Oil :

Ini adalah standard minyak untuk kereta baru. Pengeluar kereta biasanya menentukan minyak 5W-20 atau 5W-30, terutamanya untuk suhu yang lebih rendah, dengan minyak 10W-30 sebagai pilihan, terutamanya untuk suhu ambien yang lebih tinggi. Ketiga-tiga penilaian ini meliputi hampir setiap kenderaan ringan di jalan raya. Yang lebih penting,tukar minyak dan penapis minyak dengan kerap. 5000KM / 4 bulan sekali adalah lebih baik. Paling minimum sebenarnya adalah dua kali setahun. Terdapat sesetengah kereta baru sekarang mempunyai penunjuk elektronik minyak. Jadi pastikan perubahannya tidak melebihi amaran.

Full Synthetic Oil :

Minyak yang dibuat untuk enjin berteknologi tinggi. Chevy atau Mercedes-Benz menggunakan sintetik penuh. Jika minyak ini lulus ujian khas yang ketat,yang ditunjukkan oleh perlabelan mereka (Rujuk pada laman API) bermakna mereka mempunyai prestasi yang unggul & tahan lama dalam semua bidang kritikal dari indeks kelikatan. Ia mempunyai aliran yang lebih baik pada suhu yang rendah dan dapat mengekalkan daya pelinciran pada suhu yang tinggi. Tetapi kenapa tidak semua orang menggunakan minyak ini? Jawapan : Minyak ini mahal dan bukan menjadi keperluan bagi enjin mereka. Mungkin terdapat beberapa ciri yang enjin kereta korang perlukan tetapi tidak ada pada minyak sintetik. Sekali lagi,ikut la manual kereta korang.

Synthetic Blend Oil :

Ini minyak yang mempunyai dos minyak sintetik yang dicampurkan dengan minyak organik, dan secara keseluruhannya dirumus untuk memberi perlindungan untuk beban yang agak berat dan suhu yang tinggi. Secara amnya,minyak ini agak lambat meruap,jadi kehilangan minyak dapat dikurangkan (menjadikan penjimatan bahan api yang lebih efisen). Minyak ini popular di kalangan pengguna trak pickup / SUV / MPV yang inginkan perlindungan kerana angkutan beban yang berat. Dalam perbandingan harga juga,minyak ini jauh lebih murah dari fully synthetic & hanya lebih beberapa ringgit dari minyak konvesional premium.

Higher Mileage Oil :

Kenderaan hari ini tahan lebih lama, dan jika korang menggunakan kereta pada mileage yang sangat tinggi, korang ada satu lagi pilihan minyak yang dirumus khas. Hampir 2/3 kenderaan sekarang mempunyai mileage yang melebihi 250,000 KM pada odometer. 

Jadi penyelidik minyak telah mengenal pasti bahawa ini menjadi satu kepentingan kepada pelanggan & mengeluarkan minyak ramuan khas untuk pengguna kenderaan high mileage. Apabila kereta korang telah agak berusia, berkemungkinan korang akan nampak titisan minyak hitam dari kereta korang. Ini menunjukkan korang perlu topup minyak enjin lebih dari kereta baru. 

Crankshaft seal mungkin dah keras, hilang fleksibiliti dan akan bocor (biasanya pada suhu rendah) dan berisiko retak. Minyak High Mileage ini telah direka dengan formula bahan perapi yang mengalir ke liang-liang bocor bagi mengembalikan bentuk dan meningkatkan fleksibiliti. Minyak ini juga mungkin mempunyai dos bahan tambahan antiwear yang lebih tinggi untuk memanjangkan hayat penggunaan.


Thanks Raymin Tech yang menjadi rujukan lain untuk aku menulis entry ini..(hehe..ucapan terima kasih ditengah2 entry sebab takut terlupa nak kredit beliau yang banyak membantu)


Hello SAE 5W-30 API SN PLATINUM SYNTHETIC Formulation Petrol Engine Oil Menjadi Pilihan Aku

Memandangkan kereta aku yang guna adalah sejenis kereta yang cc nya besar, maka Hello SAE 5W-30 API SN PLATINUM SYNTHETIC Formulation Petrol Engine Oil adalah pilihan yang paling tepat untuk kereta aku.

Kerana kelebihannya :
  • Melindungi enjin dari menjadi haus (untuk memanjangkan hayat enjin)
  • Meminimumkan enjin simpanan dan pelepasan enjin yang bersih untuk prestasi puncak
  • Enjin mudah dihidupkan walau ketika cuaca sejuk
  • Menjimatkan minyak


Secara jujur, memang terasa perjalanan lebih lancar, lebih pickup terutama ketika perjalanan jauh selepas aku menggunakan Hello SAE 5W-30 API SN PLATINUM SYNTHETIC Formulation Petrol Engine Oil.

Berikut sedikit keterangan tentang Hello SAE 5W-30 API SN PLATINUM SYNTHETIC Formulation Petrol Engine Oil :

CERTIFICATE OF ANALYSIS (COA):
PARAMETERS METHOD UNIT SPECIFICATION RESULT
DENSITY@15˚C ASTM D4052 kg/l REPORT 0.8598
DENSITY@30˚C ASTM D4052 kg/l REPORT 0.8504
FLASH POINT (PMCC) ASTM D93 ˚C MIN 190 220
COLOUR ASTM D1500 Lovibond REPORT 2.5
APPEARANCE VISUAL - BRIGHT & CLEAR BRIGHT & CLEAR
KINEMATIC VISCOSITY@40˚C ASTM D7042 mm²/s REPORT 56.31
KINEMATIC VISCOSITY@100˚C ASTM D7042 mm²/s 9.30 - 12.50 9.41
VISCOSITY INDEX ASTM D2270 - MIN 135 150
TOTAL BASE NUMBER ASTM D2896 mg KOH/g MIN 6.00 6.85
ZINC ASTM D4951 %wt 0.0640 - 0.1040 0.0796
CALCIUM ASTM D4951 %wt 0.1650 - 0.2050 0.169
PHOSPHORUS ASTM D4951 %wt 0.0500 - 0.0800 0.0673
POUR POINT ASTM D97 ˚C MAX -35 -38
CCS@30˚C ASTM D5293 cP MAX 6600 5966

QR Code Untuk Lebih Banyak Kelebihan Untuk Dinikmati

Untuk setiap botol minyak hitam keluaran Hello, terdapat QR scan code. Apa yang perlu korang buat ialah gores, scan dan ikut setiap langkah yang dipaparkan di telefon pintar korang! Seriously sangat mudah dan dalam masa yang sama korang berpeluang untuk mengumpul point dan nikmati pelbagai ganjaran!






Jadi, tunggu apa lagi? Jom la buat pilihan yang bijak untuk kenderaan korang sekarang! Untuk maklumat lebih lanjut korang boleh la ke :

Laman web : http://hellolubricant.com/
Facebook : https://www.facebook.com/HelloLubricant/

Last but not least, jom saksikan video yang aku buat khas untuk korang


Share
Tweet
Pin
21 comments
Pernah tak korang mencuba roti yang digoreng seakan mee goreng mamak? Seriously aku tak pernah terfikir dan tak pernah tahu pun yang roti boleh digoreng seperti mee goreng! Tapi semalam buat pertama kalinya aku mencuba menu rare dan unik ini di The Buzz Cafe, Premiere Hotel Klang.


Menu-Menu Menarik Sepanjang Januari & Februari 2020

Menu Mee Roti Goreng yang unik ini adalah antara menu yang akan diketengahkan sepanjang bulan Januari & Februari 2020 akan datang ni. Menariknya tentang menu Mee Roti Goreng ini ialah selain namanya yang agak tricky, rasanya betul-betul seakan mee goreng mamak.


Siapa sangka yang menu Mee Roti Goreng ni sebenarnya langsung tak ada mee di dalamnya! Menu ini menggunakan 100% roti yang dipotong-potong dan digoreng bersama telur, bawang, lobak merah, kobis dan juga daging. Namun seriously rasanya sebijik macam rasa mee goreng mamak!

Tahniah buat Chef Eksekutif Noor Hisham yang memperkenalkan menu unik yang tak pernah aku terfikir sebelum ni.



Hidangan unik ini boleh didapati di The Buzz Cafe, Premiere Hotel Klang pada harga RM22.00. 2 lagi menu menarik yang akan turut dihidangkan nanti ialah :

  • Calzone Pizza (RM24.00)
Secara jujur aku sukakan rasa Calzone Pizza yang rangup diluar dan sangat halus di dalam. Bagi mereka yang sukakan pizza dengan olahan dan citarasa Melayu, Calzone Pizza di The Buzz Cafe, Premiere Klang ini pasti menjadi kesukaan korang!



  • Asam Pedas Salmon (RM48.00)
Asam Pedas Salmon ni kegemaran aku! Siapa sangka ikan salmon sedap rupanya dimasak asam pedas. Dengan resipi asam pedas Johor iaitu negeri kelahiran Chef Noor Hisham, rasa asam pedas ikan salmon ni betul-betul kena dengan selera aku.

Datang dengan set nasi, telur masin dan sayur, hidangan ini mampu memenuhi selera korang. Cuma komen aku pada Chef, kalau dilebihkan sedikit daun kesum dan bunga kantan rasanya pasti lebih umphhh!!!.




Bagi yang berminat untuk mencuba kesemua hidangan menarik yang aku ceritakan ini, jangan lupa serbu ke The Buzz Cafe yang terletak di Ground Floor, Premiere Hotel Klang bermula Januari 2020 sehingga Februari 2020 nanti.





Bagi mereka yang berminat untuk mencuba menu-menu di atas boleh lah menghubungi :

Tel : 603 3325 6828 / 03 3325 6879
Whatsapp : 012-449 6258
Email : fnb@premiere-hotels.wct.my
Facebook : https://www.facebook.com/PremiereHotels
Instagram : https://www.instagram.com/premierehotelklang/


Sedikit Mengenai Premiere Hotel Klang

Premiere Hotel Klang yang mempunyai 250 buah bilik dan suites termasuk 4 Executive Club floor ini terletak di tengah-tengah Bandar Bukit Tinggi, Klang. Bertempat di kawasan yang sangat convenience memudahkan tetamu untuk ke tempat-tempat menarik sekitar Klang dan kawasan yang berdekatan.


Share
Tweet
Pin
1 comments
Pernah tak korang tiba-tiba rasa lapar di tengah malam tapi dah bosan nak makan mee segera? Atau korang kesuntukan masa tapi masih perlu menghidangkan makanan buat keluarga..Nah! Aku nak kongsikan dengan korang 1 produk istimewa dengan penyediaan semudah 1,2,3


Spageti Segera Master Pasto Penyelamat Keadaan

Jika korang ada masalah macam yang aku tanya di atas, Master Pasto adalah jawapan bagi segala masalah korang! Sebenarnya aku jumpa produk ni secara tak sengaja. Aku memang sejenis yang suka simpan stock makanan yang banyak di rumah dan suka juga simpan stock makanan segera bagi menyelamat keadaan kalau tengah lapar.

Tak sangka sebab spageti segera keluaran Master Pasto ni betul-betul mampu menyelamatkan keadaan malah rasanyanya pun sangat sedap! Didatangkan dalam 2 jenis pek iaitu :

  • Pek segera 280g
  • Convenience Pack (yang didatangkan bersama garfu) 290g 
Dengan 3 perisa yang enak iaitu :

  • Spaghetti Bolognese
  • Spaghetti Mushroom Cream Sauce
  • Spaghetti Aglio Olio with Chicken

Cara Penyediaan Pek Segera 280g

Macam yang aku ceritakan dari awal, untuk menyediakan spegeti segera Master Pasto ni tersangatlah mudah. Dalam setiap kotak didatangkan dengan 1 pek spageti dan 1 pek sos. Untuk pek segera 280g ini korang cuma perlu panaskan air dalam periuk/cerek, rendamkan spageti dan sos di dalam air panas yang sudah didih dan biarkan selama tiga minit, langkah terakhir keluarkan spageti dan sos dari periuk, buka dan tuangkan ke dalam pinggan dan sedia untuk dihidangkan.

Didihkan air dalam periuk



Masukkan pek sapegti dan sos ke dalam periuk

Biarkan selama 3 minit

Tuangkan spageti ke dalam pinggan

Tuangkan sos

Gaul sebati dan sedia untuk dimakan

Cara Penyediaan Convenience Pack 290g

Manakala penyediaan dalam convenience pack ni lagi mudah dari penyediaan pek segera yang aku tuliskan cara-cara penyediaan di atas.

Convenience pack ini dipekkan di dalam bekas yang tahan panas, pek spageti dan pek sos serta sebatang garfu. Apa yang korang perlu buat ialah cuma bukakan pek spageti dan pek sos, tutup bekas dan panaskan ke dalam ketuhar gelombang selama 1 minit. 



Korang boleh tengok video yang aku sertakan dibawah tapi aku nak ingatkan korang untuk panaskan selama 1 minit sudah memadai. Macam aku, aku buat 3 minit sebab aku lebih suka sedikit lama dipanaskan.



Di Mana Nak Dapatkan Spageti Segera Master Pasto?

Ha..aku pasti itu soalan korang. Untuk dapatkan spageti segera Master Pasto ni korang boleh klik link ni http://bit.ly/MasterPastoStoreLocator

Juga boleh dapatkan Master Pasto di :
  • Hero Market
  • Billion Group
  • Urban Retail
  • Jazco Speedmart
  • Jaya Grocer (Penang)
  • KSUtama
Webstore : https://www.masterpasto.com/
Instagram : https://www.instagram.com/masterpasto/
Facebook : https://www.facebook.com/masterpastolioco




Share
Tweet
Pin
3 comments
Ini ada berita gembira buat mereka yang sukakan barangan Pre-loved terutama dari Jepun. Jalan Jalan Japan (JJJ) bakala dibuka utuk orang ramai bermula 28hb Disember 2019 ini di KIP Mall Bangi.


Terletak di aras 2 di dalam bangunan KIP Mall Bangi, Jalan Jalan Japan telah membuka cawangan ke 5 yang luas dengan pelbagai pilihan keperluan termasuk barangan keperluan dapur, barangan keperluan bayi, pakaian, peralatan sukan hinggalah ke mainan.


Serba serbi lengkap dengan harga yang sangat berbaloi! Suka aku nak ingatkan di sini yang Jalan Jalan Japan menjual barangan pre-loved (bundle) yang berkualiti dengan kondisi barangan yang masih baik.



Nah..lihat je pakaian yang aku beli ni, masih kelihatan baru dengan kualiti pakaian yang tak dapat dinafikan. Untuk baju H&M ini aku beli pada harga RM20 manakala jeans berkualiti dari Jepun ini dibeli pada harga RM10 sahaja!



Seriously korang, memang rambang mata dibuatnya bila masuk ke Jalan Jalan Japan ni. Mana taknya, barangan yang berkualiti dengan kondisi masih baik malah ada antaranya masih kelihatan baru dijual pada harga yang sangat murah.

Malah korang boleh beli keperluan bayi seperti stroller juga di sini. Kelengkapan lain seperti pakain bayi, kasut bayi malah mainan dan patung juga boleh didapati di sini. Aku yang dah tua ni pun kemain teruja tengok patung-patung yang di jual di Jalan Jalan Japan ni..memang kelihatan baru wei!





Buat pengetahuan korang, Jalan Jalan Japan mula membuka cawangan pertama mereka di One City Mall, Subang dan atas sebab mendapat sambutan yang menggalakkan mereka kini mula mengembangkan sayap dan telah membuka cawangan ke-5 mereka di KIP Mall Bangi yang bakal beroperasi sepenuhnya pada 28hb Disember 2019 ni.

Cawangan lain Jalan Jalan Japan ialah :

  • Subang One City Mall
  • 1 Shamelin Mall
  • Centre Point Seremban
  • M3 Mall Taman Melati
  • KIP Mall Bangi
Jadi tunggu apa lagi? Jom la sebu cawangan baru mereka di KIP Mall Bangi pada 28hb Disember 2019 ni ye! Untuk maklumat lanjut korang boleh juga layari media sosial mereka :

Facebook : https://www.facebook.com/JalanJalanJapan.Malaysia/

Sempat bergambar dengan Pengurus JJJ yang berasal dari Jepun

Share
Tweet
Pin
3 comments
Newer Posts
Older Posts

Pn. Haniza 019-3995566

 


017-2757517 Shaklee


 

About me

About Amalie

Hai. Saya Cik Min, pemilik blog ini yang suka membebel dalam banyak perkara. Namun, bebelan saya bersifat positif demi untuk perbaiki diri dan orang yang membaca blog ini.

Terima kasih.

Follow Me

  • Facebook
  • Instagram
  • Twitter
Min'z Sambal Hitam Pahang

Cik Min

Jangan Copy Paste Artikel Saya :)

Followers


Popular Posts

  • Jatuh cinta dengan Vit E Cream Cosmoderm
  • Jom Bercuti Ke Penang Bersama Traveloka
  • Sandwich Telur Roti Tesco..
  • Tips Memilih Minyak Hitam Untuk Kenderaan Korang!
  • Mee Roti Goreng Hidangan Rare & Unik di Premiere Hotel Klang

Labels

Beauty Fashion Food Review Health Personal Product Review Recipe Travel

Contact Form

Name

Email *

Message *

Instagram Facebook Twitter

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates