Langkawi Geopark Global UNESCO

Siapa yang tak kenal Langkawi..bila sebut je Langkawi boleh dikatakan 1 dunia mengenali Langkawi sebagai tempat pelancongan yang terkenal di Malaysia.

Menurut Tan Sri Khalid Bin Ramli "..tiada yang lebih utama dan lebih penting bagi Langkawi sekarang selain LANGKAWI GEOPARK. Agenda ini akan disusul secara agresif dan dipromosikan dalam setiap peluang dan kesempatan di dalam dan luar negara..LANGKAWI GEOPARK akan menjadi yang terbaik di dunia dan akan menjadi contoh kepada semua geopark lain di dunia.."


Tapi tahukah korang apakah maksud GEOPARK tersebut? Merujuk pada laman web LADA sendiri, Geopark merujuk kepada sesuatu kawasan yang terdapat tapak warisan geogologi yang boleh digunakan oleh semua pihak bagi tujuan pemeliharaan, pendidikan dan pembangunan secara lestari.

Adalah penting bagi sesebuah geopark mempunyai unsur-unsur ekologi, arkeologi, sejarah dan budaya. Kehidupan di dalam sesebuah masyarakat tidak boleh dipisahkan dengan alam semulajadi, budaya dan sejarah sosialnya. Hubungan di antara kehidupan, kepelbagaian geologi dan biologi serta budaya merupakan komponen penting bagi setiap Geopark.

Apa Istimewanya Langkawi Geopark Global UNESCO?

Menurut laman web LADA, Langkawi ada segala-galanya untuk menjadi sebuah Geopark yang ternama di dunia :

  • Pertama di dunia, terdapat sebuah geopark berstatus pulau bebas cukai
  • Pertama di dunia terdapat sebuah geopark meliputi gugusan 99 buah pulau.
  • Pusat bermula pembentukan Malaysia dan Asia Tenggara, 550 juta tahun dahulu - Cambria Machinchang.
  • Alam semulajadi yang lengkap, meliputi geologi dan biodiversiti unik dan unggul.
  • Lagenda dan mitos menyerlahkan misteri dan mewarnai budaya menjadi unsur penting di bawah geopark
  • Budaya dan sosioekonomi menjadi tarikan pelawat juga adalah sebahagian daripada tarikan geopark

Kilim Karst Geoforest Park

Baru-baru ini aku berkesempatan pergi ke Kilim Karst Geoforest Park yang terletak di Jalan Air Hangat, Kuah, Langkawi. Di sini terdapat beberapa pakej mangrove tour yang disediakan kerana di sini adalah hutan paya bakau.




Namun jujur, aku tak sempat untuk ke mangrove tour kerana kedatangan aku ke sana bagi memeriahkan upacara perasmian Langkawi Geopark Discovery Centre. Upacara perasmian yang berlangsung meriah turut mempersembahkan silat Melayu dan turut memperkenalkan makanan tradisi Langkawi.


Buat pengetahuan, Langkawi Geopark Discovery Centre ini adalah sebuah pusat informasi tentang Langkawi. Di sini turut menceritakan tentang lagenda terkenal Langkawi iaitu Mahsuri dan beberapa kisah mitos lain seperti kisah Dayang Bunting dan Manchinchang.


Pendek kata segala maklumat tentang Langkawi ada di Langkawi Geopark Discovery Centre ni. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Langkawi, boleh la layari laman web Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) : https://www.lada.gov.my/



Post a Comment

1 Comments

  1. Langkawi sememangnya sangat menarik! Sesuai sangat bawa keluarga bercuti kat sini. :)

    ReplyDelete