8 Teknik Kejayaan Dato' Sri Aliff Syukri & Peluang Affiliate Jana Pendapatan dengan E-Book Zero to Hero

Siapa yang tak kenal dengan Dato' Sri Aliff Syukri..bila sebut je Aliff Syukri mesti benda pertama yang terlintas ialah TERLAJAK LARIS. Bukan je orang-orang dewasa, malah kanak-kanak pun sangat familiar dengan perkataan TERLAJAK LARIS tu.


Tapi tahu tak korang.. sebelum menjadi jutawan, Dato Sri Aliff Syukri pernah melalui detik-detik kesukaran dalam kehidupan beliau. Beliau bermula sebagai peniaga kecil-kecilan di pasar tani yang mana pendapatannya hanya cukup-cukup makan setiap bulan bagi menapung kehidupan. Kehidupannya tak banyak berlainan dari kehidupan kita sekarang. Namun atas usaha keras beliau, kini beliau memiliki empayar perniagaan sendiri hingga bergelar jutawan.

Pelancaran E-Book Zero to Hero 

Bertempat di Megaview Banquet Hall, Menara KL baru-baru ini, Dato' Sri Aliff Syukri telah melancarkan E-Book bertajuk Zero to Hero. Dalam E-Book Zero to Hero ini Dato' Sri Aliff Syukri telah berkongsi 8 teknik untuk berjaya seperti beliau.


Memandangkan beliau seorang yang sangat berjaya, beliau bermurah hati untuk berkongsikan resipi kejayaan beliau pada umum setelah mengharungi pelbagai rintangan dalam hidup sebelum mengecapi kejayaan. Teknik yang telah dikongsikan oleh Dato' Sri Aliff Syukri ialah :

  • Teknik mencari big why yang powerful
  • Teknik mula bisnes dengan modal rendah
  • Teknik mencari funder dari awal bisnes
  • Teknik cari ejen dengan pantas
  • Teknik berani terima kritikan
  • Teknik buang malu
  • Teknik urus masa
  • Teknik sentiasa kekal positif & aktif
Pre-launch E-Book yang pertama dibuka kepada 200 unit sahaja dengan harga promosi telah berjaya dijual dalam tempoh kurang 24 jam. Pre-Launch harga E-Book di tutup pada 26/7/2019 iaitu jam 9.30 malam. Ketika ini penjualannya masih seperti biasa da bukan pada harga promosi.



Peluang Untuk Affiliate

Apa yang menariknya tentang E-Book ini ialah bukan sahaja Dato Sri Aliff Syukri berkongsi teknik-teknik untuk berjaya malah beliau turut membuka peluang kepada semua untuk 'membuat duit secara mudah' dengan membuat affiliate. Maksudnya korang menerima komisyen atas tiap penjualan E-Book melalui link masing-masing.

Ketika diajukan soalan tentang sistem affiliate ketika sidang akhbar selepas pelancaran E-Book, Dato' Aliff Syukri mensasarkan Influencer, Instafamous dan blogger untuk membuat affliate kerana golongan ini mempunyai pengikut yang ramai.


Pada aku ini adalah peluang yang besar dan sangat menarik terutama pada semua Influencer, Instafamous dan bloggers di luar sana.

Apa pun untuk mengetahui lebih lanjut mengenai E-Book dan pembelian secara terus korang boleh la klik :



Post a Comment

1 Comments