Tekun Mart Kedai Serbaneka Milik Usahawan Muslim

Tekun Mart sebuah kedai serbaneka milik Koperasi Rakan TEKUN Berhad kini telah dibuka di Terminal Bas Bersepadu (TBS).

Kedai serbaneka ini mula dibuka pada 4 Syawal yang lalu dan terletak di aras 4 di dalam bangunan TBS. 

Buat pengetahuan, Tekun Mart ini dimiliki sepenuhnya oleh pengusaha muslim. Wah! Dah tak perlu ragu-ragu nak membeli makanan di sini.




Isnin lepas aku berkesempatan untuk melawat sendiri Tekun Mart ni. Memang teruja sebab kat sini konsepnya ala-ala Mart yang lain. Cakap je nak apa..Oden? Jagung manis? Meat ball? Semuanya ada dan yang pasti boleh menikmati kesemua makanan ini tanpa ragu!

Aku dah cuba Oden kat sini dan dah pasti Oden dengan sup tom yam menjadi pilihan. Terus terang, oden dengan sup tom yam kat sini sangat menepati citarasa aku. Bukan setakat bau je yang wangi malah rasa pun bukan main sedapnya! Tapi ini AMARAN KERAS ye..sup tom yam kat sini pedas! Jadi bagi mereka yang tak makan pedas sila la pilih sup biasa.




Selain Oden, seperti mart-mart yang lain..kat sini  turut dijual makanan segera dan ringan serta pelbagai pilihan minuman. Antaranya jagung manis, meat ball, spaghetti, green tea, Thai Tea, air jagung, pelbagai jenis ais krim dan banyak lagi.







Bagi aku Tekun Mart ini persinggahan yang sangat sesuai terutama bagi mereka yang sering menunggu bas untuk ke pelbagai destinasi. Kat sini terdapat pelbagai jenis makanan, minuman, kudapan malah Tekun Mart turut menerima tempahan katering live stall halal oden untuk sebarang majlis! Wahhh menarik sungguh!!

Lokasi Tekun Mart di aras 4 bangunan TBS ni yang berhampiran dengan food court juga memudahkan para pelanggan untuk singgah membeli belah di sini.

Sedikit Mengenai Koperasi Rakan Tekun Berhad.

Koperasi Rakan Tekun Berhad adalah sebuah syarikat di bawah TEKUN. Koperasi Rakan Tekun ini ditubuhkan bagi menyediakan dana tambahan untuk keperluan para usahawan di bawah TEKUN.


Tekun Mart Milik Koperasi Rakan Tekun Berhad.

Berbalik pada kisah Tekun Mart, di sini korang boleh dapatkan pelbagai makanan ringan dan segera dengan harga yang sangat berpatutan. Antaranya :

  • Jagung manis - RM3

  • Jagung susu/cheese - RM3.50

  • Spaghetti - RM6

  • Dim Sum (6pcs) - RM5

  • Meatball/chickenball - RM6
  • Thai Red Tea/Thai Green Tea - RM3

  • Oden - RM2/cucuk

Kalau ke TBS jangan lupa tau singgah ke Tekun Mart yang terletak di aras 4 (berhadapan dengan KK Mart)

Waktu operasi : 7 pagi hingga 11 malam (dibuka setiap hari)
Tel : 016-9645544 (Kak Wani)
Email : tekunmart@gmail.com




Post a Comment

1 Comments

  1. boleh caras family mart dah ni ehheheh nak try la nanti...

    ReplyDelete