Peminat Kecewa Konsert Kim Jae Hwan Dibatalkan Saat Akhir

Arghhhhh...tidak! Konsert artis KPOP Kim Jae Hwan dibatalkan saat akhir. Aku pasti semua peminat Kim Jae Hwan yang dah berhabis duit memang kecewa giler dengan berita ni.



Aku faham sebab aku pun berada di tempat kejadian. Dah la ni kali pertama aku ‘terbuka hati’ nak pergi konsert kpop ni hahah..stress rasa bila dah semangat pergi tapi tiba-tiba disaat akhir pihak pengurusan membuat pengumuman yang konsert ini dibatalkan.



Bayangkan, sepatutnya konsert bermula pada pukul 6 petang tapi kami tunggu punya tunggu..pukul 6.30 diumumkan yang konsert Kim Jae Hwan ni dibatalkan atas sebab permit tak diluluskan saat akhir.

Khabar tentang permit tak diluluskan tu hanya diketahui pada pukul 6 petang. Aku yang dtg dgn Sally beria2 gak la td tanya pada pihak pengurusan dan memang disahkan yang konsert dibatalkan di saat akhir kerana tidak mendapat kelulusan permit.

peminat yang membanjiri mula kecewa dengan pengumuman konsert dibatalkan


Aku tengok rata-rata peminat memang kecewa. Ye laaa..aku pun faham sebab bayangkan yang mana peminat tegar tu memang dah berada di stadium sejak awal pagi.

Tadi sempat aku berborak dengan sorang peminat Kim Jae Hwan, gigih datang dari Perak sorang-sorang drive..dah la tiket bukan murah..tiket yang dia beli RM438! Kecewa sungguh aku tengok dia tadi. 

Apa pun aku harap di masa hadapan pihak berkuasa sila la jangan cancel kan konsert last minute cam ni..kesian pada mereka yang datang dari jauh

Ni gambar masa pukul 5.30, time happy konon nak tengok konsert haha..

Post a Comment

6 Comments

  1. tak ley refund ke ? da beli kottt? knpa tak dapat permit? penganjur pertama kali buat konsert ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapat full refund wak tapi kesian la kat effort diaorang yang datang dari pelbagai pelusuk tu..haha

      Delete
  2. Rugi la penganjur dan penonton yang dah beli tiket..tak patutnya buat macam ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la..kesian kat peminat yang datang dari jauh tu

      Delete
  3. Nasib baik akak x terjebak..tp kesian la pada peminat yang dh beli tiket..x leh refund ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh kak..diaorang bagi full refund tapi sian la pada yang dtg naik flight bagai sbb yg refund tu untuk tiket je

      Delete