Kordel's Lancarkan Bio-Curmin 100mg

Korang pernah dengar tak yang kunyit baik untuk kesihatan? Aku dah biasa dengar sebab dari kecil dulu arwah mak selalu bagitahu yang kunyit sangat baik untuk kesihatan. Kata arwah mak lagi, kalau nak kekal awet muda selalu lah amalkan makan kunyit.

Tapi kalau tanya aku personally, mana mau nya aku nak telan kunyit tu. Pulak-pulak ada yang bagitahu kalau buat ulam pun sedap..hahaha..memang aku rasa ramai lah yang macam aku..tak mampu nak telan kunyit semata-mata.

Mujur la sekarang Kordel's telah mengeluarkan suplemen kesihatan Theracurmin yang mempunyai rumusan curcumin yang terbukti secara inovatif dan klinikal menggunakan ekstrak Curcuma longa atau lebih dikenali sebagai kunyit.


Kajian telah menunjukkan bahawa curcumin boleh mematikan aktiviti keradangan utama dalam badan dengan menghalang kompleks protein yang dikenali sebagai NF-kB, atau faktor nuklear kappa-light-chain-enhancer sel B diaktifkan yang dipercayai memainkan peranan utama dalam pelbagai penyakit kronik seperti artritis, penyakit kardiovaskular, kanser, sindrom metabolik, Alzheimer serta keadaan degeneratif menurut Mr. SL Ho iaitu pengurus besar kepada syarikat yang mengedarkan pelbagai makanan kesihatan popular ke farmasi runcit seluruh negara.



Buat pengetahuan semua, Bio-Curmin 100mg keluaran Kordel's ini telah dihasilkan menggunakan teknologi partikel Nano Jepun yang membolehkan penggunaan kunyit untuk melawan penyakit zaman moden.

Menurut SL Ho lagi, bukan semua produk curcumin yang terdapat dalam pasaran boleh memberi manfaat yang diingi kerana curcumin, dalam bentuk aslinya tidak boleh larut secara berkesan di dalam air, dan oleh itu mungkin tidak dapat menghasilkan jumlah yang mencukupi untuk sel dan tisu badan.


"Theracurmin berkesan kerana ia dihasilkan melalui proses yang dipatenkan menggunakan teknologi Nano-zarah Jepun yang memanfaatkan sistem granulasi dan penggantungan ultra-halus untuk menukar serbuk kunyit kepada zarah sub-mikron yang digelar curcumin Nano-zarah".


Beliau juga menjelaskan bahawa proses yang digunakan untuk menghasilkan Theracurmin membolehkan curcumin diserap dan disimpan selama 24 jam di dalam badan, membolehkan tubuh mendapat perlindungan segera dan lebih lama daripada keradangan.

"Kajian klinikal menunjukkan bahawa Theracurmin bolehkan meningkatkan ketersediaan bio bahan aktif sebanyak 2800% ke atas serbuk kunyit, menjadikannya suplemen tambahan kesihatan yang berkesan terhadap penyakit tidak berjangkit (NCD)."

"Theracurmin juga telah diuji secara klinikal dengan meluas dan terbukti memberi banyak manfaat yang dapat meningkatkan kesihatan seseorang terhadap penyakit berkaitan dengan gaya hidup". kata S.L Ho

Menurut beliau lagi, terdapat juga beberapa laporan yang menunjukkan bahawa mengambil curcumin dalam bentuk Theracurmin dapat meningkatkan fungsi otak dan menurunkan risiko penyakit yang berkaitan dengan otak dengan meningkatkan tahap faktor neurotropik yang berasal dari otak, atau protein BDNF yang meningkatkan pertumbuhan neuron bahari di otak.

Sekitar Majlis Pelancaran Bio-Curmin 100mg

Semalam bersamaan 30hb April 2019 aku berkesempatan untuk menghadiri majlis pelancaran Kordel's Bio-Curmin 100mg.

Dalam majlis pelancaran yang penuh meriah itu kami turut didedahkan tentang kebaikan Bio-Curmin 100mg dan diberi kesempatan untuk mencuba serta membuat demo sendiri tentang bagaimana kapsul Bio-Curmin 100mg ini sangat mudah dilarutkan di dalam air.


Tapi apa yang paling menarik, kapsul Bio-Curmin 100mg ni langsung tak terasa kuat aroma kunyit. Semalam, bila aku larutkan di dalam jus mangga..memang langsung tak mengganggu atau menjejaskan rasa jus mangga tersebut.


Bagi yang berminat untuk mendapatkan suplemen kesihatan Theracurmin ini, suplemen ini boleh didapati di semua peruncit dan farmasi terkemuka di seluruh negara. Makanan tambahan ini disediakan dalam bentuk kapsul yang setiap satunya mengandungi 100 gram curcumin iaitu bersamaan empat sudu besar serbuk kunyit.


Post a Comment

3 Comments

  1. zaman bujang dulu rajin gak beli produk kordels ni heheh

    ReplyDelete
  2. brand kordell ni dah lama memang bagus.. kita selalu makan yang royal jelly dia

    ReplyDelete
  3. Org tua2 kata mkn kunyit byk bole sbbkn haid cpt kering.cmna tu

    ReplyDelete