Pencarian Wanita Melayu 2019

Korang pernah dengar tak tentang Pencarian Wanita Melayu? Bagi yang tak pernah tahu tentang Pencarian Wanita Melayu, Pencarian Wanita Melayu dianjurkan Plaza Shah Alam diwujudkan bagi mencari gadis Melayu yang masih mengamalkan gaya hidup Melayu dalam dunia serba moden hari ini.


Pencarian Wanita Melayu mula dianjurkan pada tahun 2014, bermakna ini adalah tahun ke-6 bagi program yang mengangkat martabat wanita Melayu ini. Peserta yang diangkat sebagai pemenang utama akan diberikan gelaran Ikon Wanita yang melengkapi ciri-ciri seperti personaliti menarik, beretika dan memiliki pemikiran yang seiring dengan kemajuan dunia moden hari ini. 

Sepanjang penganjuran acara ini, lima Ikon Wanita telah diangkat iaitu Ashira Kaseh, Ayu Harris, Hazwani Zaini, Nurul Ain Nasiron dan Amy Nur Tinie.





Pencarian Wanita Melayu 2019 Kini Kembali Dengan Musim Ke-6

Untuk tahun 2019 iaitu tahun ke-6 program Pencarian Wanita Melayu sebenarnya telah membuka penyertaan secara online sejak 11 Februari 2019 menerusi laman web rasmi www.plazashahalam.com dan telah menerima hampir 500 penyertaan keseluruhannya.

Sesi uji bakat pertama diadakan pada tarikh 23 Mac lalu dan diikuti dengan sesi kedua pada 30 Mac lalu di Plaza Shah Alam. Bagi membuka lebih peluang, satu ujibakat terbuka diadakan pada 9 Mac 2019 lalu di Kompleks Kraftangan Kuala Lumpur bersempena dengan Minggu Kraftangan Malaysia.

Bagi sesi uji bakat ini, pemarkahan para peserta telah dinilai daripada sudut personaliti, skil komunikasi dan bakat yang ditonjolkan.

Dua sesi promosi awal sudah dilakukan di Kompleks Kraf Kuala Lumpur bersempena Hari Kraftangan Kebangsaan yang lalu serta satu sesi promosi "Open Day PWM2019" di Plaza Shah Alam yang berlangsung pada 15 Mac 2019 yang lalu.

Hadiah Lumayan Buat Ikon Wanita Melayu

Bagi pemenang yang berjaya merebut gelaran Ikon Wanita Melayu 2019 bakal menerima hadiah lumayan dan bakal membawa pulang wang tunai bernilai RM5,000, barangan Habib Jewels bernilai RM4,000, Jam tangan Ice-Watch bernilai RM2,000 serta penajaan daripada Xixili dan Anytime Fitness. Beberapa penajaan hadiah lain akan diumum dari semasa ke semasa.



Berikut adalah tarikh-tarikh penting bagi program Pencarian Wanita Melayu 2019 :

Tarikh uji bakat : 23 & 30 Mac 2019
Separuh Akhir : 13 April 2019
Acara Kemuncak : 20 April 2019

Post a Comment

1 Comments