Travelogue Perlis : Indahnya Bumi Perlis

Macam yang aku janji kan sebelum ni..aku nak kongsikan tempat menarik dan spot cantik untuk melihat matahari terbenam atau dalam bahasa omputihnya 'sunset'.



Eh tapi sebelum tu..korang dah baca ke kisah travelogue aku di bumi Perlis ni? Kalau belum baca..boleh la klik kat link ni ye :


Perghhh..punya la banyak tempat menarik yang korang wajib terokai kalau pijak ke bumi Perlis ni. Muahaha..sampai 4 entri aku nak sambung kisah Perlis ni supaya korang betul-betul kenal apa yang ada di Perlis ni. Pas ni jangan tanya lagi soalan 'apa yang ada di Perlis?'

Jeti Kampung Sungai Padang

Kami dibawa pihak Perlis Nature & Wild (PNW) ke jeti kampung Sungai Padang. Katanya pemandangan sunset di sini sangat lawa.

Dan ternyata apa yang diberitahu kepada kami oleh pihak PNW tu memang benarlah. Gigih aku ambil gambar-gambar sunset di sini. Rasanya berpuluh-puluh gambar yang aku snap kat sini.

Bagi mereka yang sukakan pemandangan sunset, jangan lupa ke jeti kampung Sungai Padang..pasti takkan mengecewakan korang



Kuala Perlis

Di Kuala Perlis ni ada 2 spot cantik untuk melihat matahari terbenam yang aku suka. Memang cantik sangat. 1 spot tu terletak di kawasan berdekatan dengan kampung. Dari tempat ni akan nampak dengan jelas Pulau Brasmana yang terletak di negara Thailand.

Umum tahu yang Perlis ni berjiran rapat dengan Thailand. Pulau Brasmana yang dalam bahasa Thai dikenali sebagai Ko Pratmana ini asalnya memang milik Perlis. Tapi cerita macam mana menjadi milik Thailand tu aku tak pastilah pulak. Pulau Brasmana ni terletak di wilayah Satun.

Nampak tak pulau kecil tu? Tu la Pulau Brasmana, Thailand

Port kedua pula ialah jeti Kuala Perlis. Jeti Kuala Perlis ni memang agak popular la terutama bagi mereka yang nak ke Langkawi. Perjalanan dari Jeti Kuala Perlis ni ke Langkawi mengambil masa selama 1 jam 15 minit.

Cantiknya pemandangan sunset kat sini ditambah dengan keindahan Masjid Al-Hussain iaitu masjid terapung yang terkenal di Kuala Perlis ni.




Hari tu sempat juga aku ambil gambar produk review kat sini hahaha..kebetulan produk review tu telekung dari Sistergojes (https://www.facebook.com/pemborongtelekungmuslimah/) so apa lagi..ni memang tempat paling sesuai la..hehe..

Ada ciri-ciri cam kalendar Islam tak  gambar sis? hahaha..
Haa..cantik dan menarikkan? Jadi aku harap perkongsian aku tentang spot-spot menarik ni dapatlah membantu korang untuk merancang percutian korang ke Perlis ni. Jangan kata Perlis tak ada tempat menarik tau! Banyak sangat tempat menarik untuk korang terokai. Tapi cam aku bagitau la..kalau datang ke Perlis ni jangan la harapkan percutian ala-ala diva..nanti korang tak merasa enjoy cam aku rasa ni.

Contohnya cam gambar aku ni..ha..ni gambar aku snap kat Chuping, di ladang betik. Asalnya dulu Chuping ni terkenal dengan ladang tebu. Tapi dikabarkan sekarang tak ada lagi ladang tebu..yang ada ladang betik je.




Oh ye..haritu masa di Kuala Perlis kami bermalam di Putra Brasmana Hotel. Hotel ni betul-betul berhadapan dengan jeti Kuala Perlis. Hotel Putra Brasmana ni antara hotel yang lama la di Kuala Perlis ni. 



Ha..ni lah kisah antara tempat-tempat menarik yang korang boleh lawati di Perlis ni. Bagi yang sukakan sejarah korang boleh pergi ke Muzium Kota Kayang yang banyak menyimpan tinggalan-tinggalan lama yang berkaitan dengan negeri Perlis.





Dan kalau korang jenis sukakan ular..boleh la ke Taman Ular. Kat sini pelbagai jenis spesis ular yang korang boleh tengok. Pertunjukan ular pun ada. Cam aku hari tu memang tak boleh tengok sebab aku takut ular sangat-sangat dan diaorang ni pulak buat pertunjukan ular bersama king cobra. Perghhh seram oiii..memng menjerit-jerit la aku. Oh ye..nak bagitau..ular ni sebenarnya korang nak menjerit sekuat mana pun dia tak kisah sebab ular ni dia mengenali musuh atau sesiapa melalui pergerakan dan haba. 

Kalau korang terjumpa ular tu tengah naik kepala..korang diam je jangan bergerak. Keraskan diri cam patung je. Sebenarnya kejadian ular ni aku pernah alami lama dulu. Masa tu ular senduk warna hitam naik dan berdiri nak sama tinggi dengan aku. Aku memang tergamam sangat-sangat masa tu. Memang aku menjerit tapi aku kaku tak bergerak. Nasib jiran sebelah rumah nampak kejadian masa tu dan baling kayu pada ular tu..then ular tu terus lari. Sebab tu kenapa aku fobia dan takut sangat dengan ular.

Time ni konon berani la sebab ular tak pandang kami..haha

Time ni aku dah bertempiaran lari..takut aku..haha

Kalau korang berminat nak ke Taman Ular ni..aku ada sedikit informasi nak dikongsi :

Alamat :
Taman Ular Sg Batu Pahat,
02400 Kangar,
Perlis

Waktu Operasi :
Sabtu - Khamis : 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Jumaat : 9.00 pagi hingga 12.15tengahari
Jumaat : 12.15 tengahari - 2.45 petang REHAT dan dibuka semula pada 2.45 petang sehingga 5.00 petang
Cuti Umum : beroperasi seperti biasa

Tiket :
Dewasa : RM6.00
Kanak - kanak (5-12 Tahun) : RM3.00
Jika bawa kamera : Caj RM1.00
Jika bawa handycam : Caj RM2.00


Post a Comment

4 Comments

  1. Zumal yang ada di Perlis tak habis teroka lagi. hehe...

    ReplyDelete
  2. sha suka jugak pi sungai padang tu sbb tu je laut yang dekat pun haha

    ReplyDelete
  3. rindunya kita dgn perlis..dulu duduk dkt alor setar selalu g perlis rumah atok kawan kita..pergi gua kelam dgn taman ular tu..

    ReplyDelete