ezbuy Shopping Online Termurah

by - July 23, 2018

Sekarang bermacam platform untuk bershopping. Tak dinafikan, bershopping secara online ini memudahkan kerja cuma kita perlu bijak berbelanja dan memilih barangan yang diperlukan. 

Terbaru terdapat satu platform baru bagi yang gemarkan berbelanja secara online seperti Lazada dan Shopee iaitu ezbuy. Kebanyakan barang yang dijual di ezbuy ini datangnya daripada China, Taiwan & USA.


Bagaimana Cara Berbelanja di ezbuy?

Macam platform-platform online shopping yang line, pertama sekali haruslah masuk le laman web ezbuy https://ezbuy.my/ dan mendaftar dulu kan..hehe..aku guna fon je..senang, malas nak buka laptop.


Macam aku, aku daftar menggunakan e.mail, nanti mereka akan send OTP no pada no telefon yang kita daftar.


Bila dah daftar ezbuy akan hantar email dan untuk kali pertama mereka akan menghadiahkan kita dengan 'welcome gift' iaitu kupon no untuk mendapat 15% OFF untuk penghantaran.



Macam mana cara nak redeem voucher tu pulak? Ok ikut je step ni :

Bila korang dah pilih barang apa yang korang nak beli, dah masukkan di chart tu..korang klik di ruangan yang tertera 'Coupon'


Kemudian akan keluar kotak seperti yang dibawah ni, masukkan je coupon kod yang dah dihantar ke email korang. 



Coupon kod tu akan tertera seperti gambar dibawah ni :


Kemudian buat lah pembayaran seperti biasa..



Hehehe..cuma aku nak pesan awal-awal kat korang, jangan rambang mata sebab barang-barang kat ezbuy ni memang murah-murah belaka. Terdapat pelbagai barangan yang dijual di ezbuy ni termasuklah pakaian, barangan rumah, keperluan pejabat hinggalah ke barangan dapur.


Tapi kalau korang nak berbelanja dengan lebih murah lagi, korang daftarlah untuk menjadi keahlian PRIME.

Apa itu Prime?

Prime adalah program keahlian yang boleh dilanggan secara eksklusif oleh pelanggan ezbuy. Dengan prime service, yuran penghantaran untuk antarabangsa cuma RM8.80 untuk setiap barangan tak kira lah barang tu sebesar mana seperti perabot atau pun kelengkapan sukan.



Untuk pendaftaran prime kos yang diperlukan ialah sebanyak :
  • Percubaan 5 hari RM18.80
  • 6 bulan RM99
  • 1 Tahun RM188
Banyak kelebihan sebenarnya mendaftar sebagai Prime ni.

  • Prime RM8.80 unlimited shipping

Macam yang aku terangkan tentang 'shipping fee' cuma RM8.80 (penghantaran antarabangsa) tu. Kalau membeli tanpa daftar prime harga penghantaran lebih mahal berkali ganda misalnya jika kita beli perabot seberat 53kg, ship via sea adalah sebanyak RM2.60/500g jadi darabkanlah untuk 53kg kos penghantarannya ialah sebanyak RM275.60 tetapi dengan mendaftar Prime kos penghantaran cuma RM8.80. Wah!!!! jimat berganda-ganda!


  • Free agent fee rate
Tiada yuran ejen yang akan dikenakan

  • Insurans percuma sehingga RM2000
Ahli ezbuy Prime akan menikmati insurans sehingga RM2000 per parcel untuk cover kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kehilangan parcel, kerosakan parcel.


Untuk maklumat lanjut mengenai prime ni boleh la klik di sini https://ezbuy.my/Prime?session_id=1027d168f55cbee186385cb1135022

Jadi..tunggu apa lagi? Jom lah berbelanja dengan mudah dan murah di ezbuy.




You May Also Like

0 comments